Pages

Saturday, May 15, 2010

Roller Coaster

Salam 2 all.

Dah lama aku tak 'melalut'. Reason nya,entahla..kenapa la sejak 2 menjak ni seakan malas jari aku ni nak meluahkan apa yang aku pikirkan,dan menterjemahkan sebaik mungkin untuk di 'sajikan'..Keadaan kini sebalik nya bila mana ia seakan tudung salji menutup 'aku'...

Iklim politik sekarang semakin 'melalut' hinggakan aku dah malas nak amik 'port'...aku dalam politik kini hanya tunggu dan lihat sahaja...'kekotoran' dalam politik semakin jelas di mata aku...ada pendapadat mengatakan ' money make u king'...Kini 'raja-raja' semakin kelihatan...Bukan Raja Melayu beb...tapi raja yang di tabalkan oleh duit...

Cuma isu yang agak memperihatkan kebodohan pemimpim Malaysia kini ialah membenarkan lesen Judi Kepada Bola Sepak...betapa bodohnya pemimpin yang ada hari ini hinggakan isu yang jelas itu pun sanggup di buat..kekadang tu terpikir la jugak..kenapa la bangang sangat pemimpim yang memimpin Malaysia la ni...Yang umum tu plak orang melayu,beragama Islam...betapa bangang la betui la...

Ada pendapat juga mengatakan demi duit apa saja sanggup di lakukan...Mungkin pemerintah menampak kan ia boleh ' masyuk' (cukai),maka matlamat menghalalkan cara...-memetik kata2 Riduan Tee Abdullah-...tapi nampak sengap la plak ustaz muallaf ni dalam hal lesen judi bola sepak ni....ini la yang di katakan politik....

Inilah antara isu yang panas di bincangkan serta sedikt mendapat perhatian aku...Aku kini seolah ketandusan idea dalam menulis serta berbahas isu semasa...Entahla...apa la yang tak kena dengan diri aku sekarang ni kan...biar la aku cari jawapan serta 'merawat' diri aku...nak kata tak sihat,tak juga..setiap munggu melayan 'badminton' dan sepak raga tuju...berpeluh badan jugak la di buatnya...

Mungkin kot di sebabkan sedikit punya hal aku di belenggu...tapi bersyukur pada Tuhan kerna di berikan seorang hawa yang bakal melengkapkan diri aku sebagai adam....Bab kata pujangga moden- Dalam hari tetap ada taman...

Mungkin inilah lumrah hidup katakan...Bagaikan 'Roller Coaster'..sekejap di atas dan sekejap di bawah...harap tak tergantung sudahla...

Kini yang tinggal hanya lah "Doa" kepada Tuan Punya Alam iaitu Tuhan ku yang Maha Satu iaitu Allah S.W.T...hanya dia lah Tuhan yang kita sembah dan minta pertolongan...AMIN...