Tahniah buat skuad bola sepak kebangsaan kerna telah berjaya menjadi juara Piala AFF. Walaupun piala ini tak la sehebat mana,tetapi setidaknya ia merupakan 'satu lonjakan' buat bola sepak Malaysia dan terutamanya peminat bola sepak negara.
Bola sepak negara selama ini telah mengalami 'kemarau' yang teruk hinggakan stadium menjadi lengang bila mana melibatkan perlawanan antara negeri. Mungkin dengan kemenangan ini bakal menjadikan stadium negara 'penuh' kembali bila Liga Malaysia bakal kembali tahun depan.
Bangga jugak bila melihat rakyat Malaysia kini kembali menyerung Jersey kebangsaan...Boleh di katan jualan jersey negara meningkat. Yang lebih membanggakan bila mana ia dah di jadikan baju untuk kita keluar ke shopping kompleks.
Hasil kemenangan yang di perolehi rakyat Malaysia di berikan cuti Umum pada 31.12.2010. Cuti memang bestkan....Inilah trend negara kita jika kita memperolehi sesuatu yang luar biasa. Mungkin cuti ini telah di duga oleh rakyat Malaysia,malah ada juga telah meramalkannya.
Tapi terdapat masalah di pihak industri. Masalah ia pekerja yang tidak di berikan cuti oleh majikan,ada pula yang menggantikan cuti pada hari lain, dan ada pula majikan tidak mahu membayar OT bagi yang bekerja pada hari tersebut...Bagi rakyat atau 'kilang man' ia memang best bila bercuti,tapi karenah majikan adakalanya membuat kita 'hempeh'...
Apa pun sebentar tadi Menteri Sumber Manusia telah 'meresmi' bahawa ia adalah cuti umum,majikan wajar membayar upah lebihan jika pekerja terpaksa bekerja pada hari tersebut. Jika majikan ingkar maka pekerja harus membuat laporan....
Bagus, syabas....Tapi jika pekerja membuat laporan,adakah tindakan akan di ambil...bersama kita tunggu dan lihat akan 'kebenaran' Menteri Sumber Manusia.
Wassalam.