Pages

Monday, February 9, 2009

Maha BijaksanaNYA Tuhan.

Terlebih dahulu AL-FATIHAH buat Allahyarham Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum yang telah kembali ke rahmatullah yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Keengganan penguasa BN mengadakan pilihanraya semula di Perak kini telah menjadi sebaliknya. Pilihan Raya Kecil terpaksa di lakukan bagi mengisi kekosongan kerusi yang di tinggal oleh Allahyarham. Itulah keadilan yang telah di tunjukkan olehNYA kepada kita iaitu hamba-hambaNYA yang hina ini.

Pening kepalalah kepimpinan saf BN dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Terutamanya Najib yang kian 'menggila' kini.

Kesempatan yang ada kini adalah kayu ukur untuk melihat kehendak rakyat Perak amnya yang berada di jajahan Bukit Gantang. Rakyat bakal menjawab siapakah yang akan menjadi pilihan rakyat ketika ini. Lebih-lebih lagi Perak yang sedang dilanda kemelut politik yang dasyat ketika ini.

Oleh demikian Saf PR bersamalah kita mengembeling segala tenaga bagi memastikan PRK kali ini milik kita lagi. Andainya Tuhan memberi kemenangan kepada kita,maka tohmahan yang sedang melanda kita kini bakal di jawab. Maka tertutuplah mulut-mulut jahat 'kumpulan'yang terlupa mengingati Tuhan.

Tapi perlu kita semua sedar bahawa Najib akan merancang segala-gala niat jahatnya dalam mengembalikan reputasinya sebagai bakal PM ke 6. Bersamalah kita menangkis semuanya.

DUIT= Daya Usaha Istiqamah Tawakal...Selebihnya adalah urusanNYA.. Kita merancang,Tuhan menentukan.

Tuhan sayangkan umatnya yang pnuh kesabaran.

Saturday, February 7, 2009

UMNO = ZIONIS

Rasanya tak keterlaluan andainya tinadakan yang di ambil oleh Melayu-UMNO sama dengan tindakan Yahudi-ZIONIS. Perlu di tegaskan di sini Zionis merupakan satu fahaman yang kebanyakan orang-orang Yahudi di Israel mengikutinya. Di Malaysia orang-orang melayu ada yang mengikuti fahaman dari PAS,PKR dan UMNO...harap faham supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Di Palestine orang-orang Yahudi fahaman zionis telah mencabul demokrasi yang di pilih oleh rakyat Palestine dengan memilih Hamas sebagai pemimpin mereka. Tindakan sama juga di ambil oleh UMNO untuk merampas pilihan rakyat. Kesimpulannya;Rakyat Palestine telah di nafikan hak mereka oleh Yahudi berfahaman Zionis,manakala di Perak pula hak rakyat mereka di cabul pula oleh melayu yang berfahaman UMNO. Maka tak keterlaluan jijiknya tindakan yang di lakukan oleh kedua-dua puak ini.

PR mempunyai 28 kerusi iaitu sama dengan BN. Tetapi mereka mengatakan mereka mendapat sokongan dari badut-badut BEBAS. Maka dengan itu mereka rasa mereka layak mengambil alih kepimpinan Perak dari PR.

Pemikir Islam pernah berkata, "dalam kalut ada peraturan,peraturan ciptakan kekalutan". Kekalutan ini terjadi kerna,seperti kata Seniman Agung dalam filemnya 'Ini undang-undang ana yang punya,kalau tak sesuai tukarla'...Inilah yang terjadi kepada kita hari ini. Kita sebenarnya bukan berada dalam demokrasi terpimpin,tapi dalam demokrasi yang di pimpin oleh pihak tertentu...Di manakan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang. Kalau pemimpin sendiri tak berpegang kepada rukun negara,apatah lagi kepada'rukun iman' inilah bahananya.

Sampai hari ini pun isu masih hangat di perkatakan apatah lagi dalam media massa milik BN. Yang lebih menyongsang lagi dikatakan bahawa kepimpinan PR 'menderhaka' kepada Sultan. Inilah UMNO. Kalau sebelum ini di Terengganu 'Sultan' di samakan dengan 'NATANG'..(tak tergamak menyebutnya) di tutupkan,tapi bila Pakatan Rakyat menyatakan kebenaran secara terbuka di katakan pula penderhaka. Pandai sungguh pihak BN memainkan peranan.

Dalam situasi di Perak UMNO dengan bangga mengatakan mereka mendapat mandat dari rakyat. Tapi sebenarnya mereka ini pengecut sebenarnya. Kalau benar-benar merasakan diri mereka jantan,bubarkan DUN Perak segera! Mari kita tengok siapa yang jantan serta pilihan rakyat sebenarnya. Tetapi rakyat tahu bahawa UMNO perak sebenarnya bukan anak jantan. Mereka tahu bila DUN di bubarkan maka 'mampas' la mereka dengan kuasa rakyat.

Ayuh bersama kita mencabar kejantanan UMNO:

KALAU MERASA JANTAN DAN MERASA DIRI MENDAPAT MANDAT RAKYAT,BUBARKAN DUN PERAK SEGERA...MARI KITA BERTARUNG SECARA JANTAN...KITA TENGOK SIAPA YANG INTAN DAN SIAPA YANG KACA DI HATI RAKYAT PERAK.

"KALAU RASA JANTAN,BUBARKAN DUN SEKARANG"-biar rakyat menilai....

LaTahzan

Friday, February 6, 2009

La Tahzan: Tuhan Menguji Kita

Najib mahu tunjuk belang !

Itulah yang rakyat nampak kini bila mana Najib dengan bangganya telah berjaya menawan semula Perak. Menawan secara bajul bukanlah hero namanya tapi ia merupakan satu taktik jahat kalau boleh di andaikan ia sama seperti Israel 'menghentam' Palestin. Tadi saya ada berbincang dengan orang kuat UMNO sendiri. Dia juga terkilan dengan sikap Najib yang tak profesional itu. Katanya tindakan Najib itu sendiri akan mengundang padah kerna rakyat melihat akan 'kebelangan betina' Najib...Maka katanya nescaya PRU13 nanti UMNO akan menerima balasannya. Yang sedih lagi menurut kawan UMNO saya ialah Najib 'menerima kembali 2 'badut' reject yang akan menghadapi tuduhan rasuah pada 10 Feb nanti. Baginya,Najib bagaikan meludah kelangit...Kata saya kepada kawan saya ialah: Itulah UMNO,harap teman saya itu sedar akan kesilapannya menghamba diri selama ini kepada UMNO.

Umumnya rakyat kini tahu akan situasi sebenar yang melanda PR di Perak. Rakyat bukannya bodoh. Inilah yang di katakan ujian dari Tuhan.Oleh itu kita janganlah kita bersedih. Terimalah ujian ini dengan hati yang terbuka.Ada hikmah di sebaliknya.
Perlu sedar yang kerusi BN kini sama dengan PR. Yang lebihnya ialah dari 'badut-badut' yang BEBAS itu. Adakah Najib terlupa yang hidup ini akan berkekalan buat selamnya? Yang hidup pasti akan mati. Bayangkan jika selepas ini,ada di antara ADUN BN kembali kerahmatullah,maka pilihan raya kecil perlu di adakan. Andaikan keputusannya nanti berpihak pada PR,bagai mana pula dengan pentadbiran kerajaan negeri? Maka berpindah balik kepada PR pula. Mungkin selepas itu DYMM Sultan Perak akan kekusutan dalam membuat keputusan...Bukannya penulis mendoakan kematian pihak BN,tapi hakikatnya kita ini bila-bila masa saja boleh 'di jemput ' pulang oleh Pemilik Alam Semesta. Bukankah mengingati mati itu orang yang bijak.

Najib...bebanyaklah bersabar dalam melangkah ke kerusi no.1. Kita merancang,Tuhan yang menentukan. Adakalanya perancangan kita ini tak sama dengan perancangan Tuhan. Najib,kita hanya hidup di dunia ini bukanlah berkekalan buat selamanya. Suatu hari nanti kita akan di jemput olehNYA. Di situlah kita akan lihat akan kebenaran yang hakiki. Adakah wang berjuta kita dapat membeli Tuhan? Tuhan itu lebih kaya dari kita,malah Dialah yang Maha Kaya ke atas segalanya. Bayangkan udara yang di sedut oleh kita setiap percuma sahaja Dia berikan tanpa minta bayaran. PerintahNYA hanyalah sujud dan taqwa sahaja kepadaNYA...Perjalan ini masih jauh lagi.

Buat kepimpinan PR,terutamanya Dato Seri Ir Nizar kemenangan pasti milik kita. Hanya masa dan ketika sahaja yang akan menentukan. Tabahlah menghadapi dugaan ini. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Doa itu adalah senjata orang Mukmin...Kami sentiasa di belakang anda. Andalah MB yang paling hebat di Malaysia setakat ini. Kehebatan anda membuatkan UMNO tak senang duduk bila mana berbagai cara telah di gunakan,maka rampasan kuasa ala Puak Zionis di gunakan...Kami pengundi biasa percaya,lambat laun nanti kebenaran pasti teserlah...Di situlah kita akan lihat betapa jijiknya UMNO ketika itu...

Bersamalah kita Rakyat Malaysia berdoa agar Perak Kembali Milik Kita semula...Rakyat akan merancang,Tuhan menentukan. Tuhan sayangkan umatnya yang penuh kesabaran.

Salam Reformasi - La Tahzan

Thursday, February 5, 2009

Perak Dalam Dilema.

Hari ini Puak Zionis telah kembali membedil Hamas,di Malaysia kem PR di negeri Perak telah mengalami serangan yang dasyatnya oleh puak BN...Bezanya antara dua agenda serangan ini ialah ia (Zionis) melibat agama manakala di Perak ia melibatkan perebutan kuasa.

Sejak pengambilalihan kuasa Pegerusi perhubungan negeri oleh Najib dari Tajol Rosli,para peramal serta pemerhatipolitik telah terhidu bahawa 'sesuatu' akan berlaku. Hari ini terbuktilah bahawa pengambilalihan kuasa itu ada tersiratnya dan ianya kini telah tersurat...Malam tadi Najib dengan bangganya mengumumkan bahawa BN telah menguasai kerusi DUN dan boleh membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru. Walau bagaimana pun Ir Nizar berkata bahawa semuanya ini terletak pada Sultan Perak untuk memutuskan....Sama-samalah kita lihat.

Ekoran dari itu dapatlah kita simpulkan bahawa,patutlah 'badut' 2 orang itu hilang sebelum ini. Malah bila Speker mengatakan bahawa kerusi patut di kosongkan,dengan pantasnya mereka mengistiharkan diri mereka kini bebas. Tujuanya ialah untuk mengelakkan dari pilihanraya kecil (PRK)berlaku...Sedia maklum BN sekarang ini amat fobia bila PRK akan di adakan. Rekod sebelum ini ialah 2-0 dan mereka sedar akan kematangan rakyat kini dalam memilih. Untuk 'play safe' mereka menyarankan agar badut 2 ekor itu keluar dari PKR untuk membolehkan mereka Bebas...Maka pilihanraya kecil tak perlu di adakan. Maka senario yang terjadi hari ini terjawablah persoalan akan kehilangan 2 orang badut ini. Umum ketahui bahawa badut-badut ini akan di hadapkan ke makhamah kerna kes rasuah mereka. Mungkin bila mereka membantu melincinkan kerja Najib,maka hukuman ke atas mereka mungkin dapat di ringankan...Tuhan sahaja yang tahu akan isi hati mereka,tapi zahirnya begitulah.

Esoknya dapatlah kita ketahui akan keputusannya. Semuanya teletak pada Titah Sultan yang kita sanjungi iaitu Sultan Azlan Shah yang bijaksana. Pada semua reformer bersabarlah,kerna Tuhan itu lebih mngetahui dan Maha Pengatur untuk segalanya.

..Tuhan sedang menguji kita...

LaTahzan.