Pages

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Krisis Selangor

Salam semua.

Kini iklim politik di Selangor mula meningkatkan suhunya. Kini isu kepimpinan Khalid Ibrahim ada yang sidah mempertikaikannya. Maka berkocak lah sedikit PKR di Selangor terutamanya.

Terus terang aku katakan bahawa syukur aku kepada Tuhan kerna tidak 'merestukan' 16 September...Syukur sangat aku pada Tuhan,kalau tidak 'jahanamlah' negara akibat dari kerakuasan ahlul-ahlul politik yang nak tunjukkan jaguh.

Aku adalah antara yang mendukung akan perjuangan PR,tetapi sejak kebelakangan ni sedah menampakkan hero jalanan yang ingin menonjolkan diri. Maka hero-hero ini sebanarnya naif dalam berpolitik sebenar.

Aku tak tahu akan masalah sebenar yang menimpa PKR Selangor,tetapi harus lah di ingat bahawa musuh PR kini bagaikan mengangguk di air yang keruh...maka yang rugi adalah PR terutamanya Keadilan itu sendiri...Sewajarnya PR terutama Keadilan Selangor haruslah menangani sebaik mungkin supaya ia tidak merebak bagaikan barah...

Penyakit haruslah di rawat sebaik mungkin agar ia tidak merebak menjadi besar atau pun kronik,jika terjadi sukarlah ia di sembuhkan,maka kemungkinan besar di kuburkan adalah tinggi...fikirkan lah...

Sedarlah wahai teman-teman dalam PR,UMNO kini kian merapikan strategi mereka dalam merampas kembali negeri-negeri yang di kuasai oleh PR. Mereka hanya menanti masa dan ketikanya sahaja untuk bertindak...Sedarlah wahai teman-teman sekelian...

Jangan hanya pandai mereka rumah,tapi tak tahu membuatnya...

Wassalam.

Sunday, January 31, 2010

Najib Oh Najib.

Kelmarin,PM Malaysia ke 6 Najib mula bersuara akan masalah dalaman yang di hadapi oleh PR,terutamanya di Pulau Pinang...Suara 'sumbang-sumbing' Najib mula berbunyi bilamana Dato Seri Zahrin iaitu MP Bayan Baru suarakan ketidak puashatian terhadap CM Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng.

Maka, muka depanlah paper Pro BN dengan isu tersebut. Najib cuba mensensasikan agar ia menampakkan ketidak seimbangan dalam PR. Inilah hakikat dan pendekatan yang Najib gunakan bagi menggambarkan PR kini di landa masalah dalaman. Maka isu ini 'di mainkan' sebaik mungkin bagi memaklumkan kepada rakyat yang PR tidak mampu memerintah.

Najib Oh Najib...

Kenapa la Malaysia yang makmur ini dipimpim oleh pemimpin yang agak 'naif' dalam berpolitik. Kesian juga aku kepada 'kesihatan' UMNO yang semakin di jauhi oleh rakyat melayu. UMNO kini semakin nazak,bak kata pepatah 'retak menanti belah sahaja' - inilah ungkapan realiti UMNO ketika ini.

Adakah PM Najib tidak tahu akan 'kematangan' rakyat Malaysia dalam isu politik. Adakah rakyat kini menjadikan Berita di TV dan 'paper' harian sebagai sumber maklumat!...Najib,rakyat Malaysia kini sudah ke arah pemikiran 'matang' dah...Sedih juga aku dengan pemimpin yang memimpin Malaysia yang ada hari ini...Macam la rakyat yang ada sekarang ni 'bodoh' dalam politik tanah air...jangan la isu yang 'kecik punya hal' ini dijadikan topik utama negara...Ia sebenar menampakan 'tidak kecerdikan' sendiri...waduh waduh..kesian aku kat UMNO...

Tidak kah Najib 'perasan' yang BN sebenarnya mempunya masalah dalaman yang lebih meruncing...Sebagai contohnya ialah perihal parti yang mewakili masyarakat cina iaitu MCA. Isu ini sebenarnya ternyata lebih 'gawat' lagi hingga ada penganalisis berkata ia sudah tiada 'kesudahan' lagi...Tak perlu la nak di ulas dengan lebih panjang lagi kerna rakyat amnya sudah tahu akan 'pergolakan' yang melanda MCA...Ini secara tak langsung menunjukkan BN gagal mengatasi masalah ini. Sedarlah bahawa BN kini memerintah Negara,masalah BN adalah lebik 'kenampakan' dari Masalah dari PR.

Sebenarnya PR lebih terbuka dalam hal ini. Mereka lebih 'open' berbanding dengan BN yang di ketahui umum lebih menyembunyikan masalah sebenar mereka. Rakyat akan lebih 'memilih' PR kerana keterbukaan dan 'jujur' dalam menyatakan isi hati mereka..Ingat,setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Terbuka atau mengaku itu lebih baik dari 'tutup' yang akan terus melingkup.

Kini rakyat dah dapat melihat sendiri akan 'ketempangan' pemerintahan BN sebenarnya. Mana taknya,ia seolah menampakkan Najib macam tak 'mencerminkan' diri dahulu sebelum melihat kelemahan PR. Inilah kelemahan ketara yang di 'tunjuk' oleh BN. Najib sepatutnya 'merepair' dahulu masalah dalaman BN sebelum menyatakan kelemahan orang lain. Bak kata pepatah ia seolah 'meludah kelangit'...pikir la sendiri.

Keterbukaan PR lah sebenarnya menyelesaikan banyak masalah yang sebelum ini belum di selesaikan dahulu. Ini kerana mereka 'jujur' dalam menyatakan pendirian masing-masing berbanding dengan BN. Perbalahan dan tidak sependapat adalah perkara biasa dalam urusan kehidupan. Ia juga perkara yang lumrah dalam kehidupan dan juga ibadat. Sebagai contah ialah dalam urusan agama dalam bab 'fekah' sendiri..Contoh jelasnya ialah perbezaan pendapat para' mazhab-mazhab', sedangkan mereka ini saling berkaitan dalam berguru menuntut ilmu (Agama)...Dalam bab zakat pendatan itu sendiri,Mazhab Syafie tiada kerana ia merupakan Mazhab Hambali,tetapi ia tiada masalah langsung di laksanakan di Malaysia kerna amnya di Malaysia 'bermazhab' Syafie..dan banyak lagi la contoh kalau nak di sebutkan...

Maka kesimpulan yang boleh di buat ialah,Najib sebenarnya di belunggu dengan pelbagai masalah dalaman yang agak sukar di selesaikan oleh seseorang yang bergelar PM...Kalau nak di senaraikan tak habis la nak di kupaskan...cukuplah sekadar rakyat Malaysia yang kian matang dalam politik memperkatannya...Sebagai jalan mudah ataupun 'divert' situation maka serangan yang di katakan 'habis-habisan' di lakukan ke atas PR harus di lakukan dalam nak 'mendivert' kan situation. Hakikat sebenarnya 'kelemahan' BN ditimbulkan sendiri dalam keadaan tanpa di sedari...Maka, 'melugailah' rakyat di buatnya...

PR sebenarnya bukanlah 'bodoh' seperti yang di jangkakan oleh Najib...Nantikanlah serangan balas yang di lakukan oleh kem PR ke atas BN plak...rasanya tak 'terlawan' BN nanti. Mungkin baru saja berperang,mungkin 'padang jarak,padang terkukur' di buatnya...Itu belum isu Khairi Jamaludin di bangkitkan...Hanya 'pengikut' politik tahu akan tahu akan hakikat sebenarnya.

Jalan terbaik ialah jalan selamat...Jalan selamat itu ialah jalan 'ISLAM'...kembalilah kejalan yang lurus sebelum jalan itu di tutup buat selamanya...Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

Itulah kehebatan kitab yang bernama Al-Quran yang di bawa oleh Muhammad S.A.W yang telah di suruh oleh Tuhan yang SATU iaitu ALLAH s.w.t.

Wassalam.

Tuesday, December 29, 2009

Politikus MenCATUR Startegi

Salam 2 all.




Tertarik juga dengan berita politik sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya pihak pemerintah dan pembangkang saling berbalas 'tembakan' di antara satu sama lain..Inilah yang di katakan politik..hehehe..bagi aku ia merupakan perkara yang best...mungkin kerna aku ni minat politik...entahla...





Lebih menarik lagi bila Ex PM vs Ex PM...kekekekekeke...Mahadet meminta Pak Lah di siasat atas 'kehabisan' sebanyak RM 270 bilion semasa pemerintahannya selama 5 tahun...Mahadet pula di katakan 'berhabis' sebanyak RM 100 bilion di zaman 22 tahun pemerintahannya...ish ish ish...mudah jer kan duit di gunakan...kebenaran hanya Tuhan jer yang tahu...



Zaman Mahadet PM nampak juga akan perubahan,tapi zaman Pak Lah tak nampak apa pun...cuma yang nampak ialah 'kemunculan' menantunya sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada zaman pemerintahannya jer...hehehehe...bertuahnya KJ kan...fikir la sendiri kan...
mudah jer dapat tempatkan...



Bagi aku pulak kes paling menarik di 'perhatikan' ialah kehilangan enjin jet pesawat pemintas yang di katakan bernilai RM 50 juta. Mudah jer kan barangan penting negara di curi...Ia berlaku pada Tahun 2007 di mana Najib adalah Menteri Pertahanan ketika itu...Jawab la Najib...penatla Najib nak 'menaici' benda itu...



Inilah yang di katakan politikus-politikus...



Di Kem Pembangkang plak isu 'puak-puak' yang menyatakan sokongan pada PAS pulak 'berdemo' menuntut PAS keluar dari PR...hehehehe..lawak-lawak...



Hari ini pula mengenai bakal 'gugurnya' 2 orang setiausha kepada MB Kelantan...ish ish...'kesahihannya hanya Tuan Guru Nik Aziz jer yang tahu...



'what ever situation'...rakyat janganlah di pinggirkan..dah Tuhan bagi jawatan tu,tanggungjawab janganlah di abaikan...



Apa-apa pun sebagai Rakyat Malaysia yang boleh mengundi,kami sedang memerhati 'permainan' kalian...Ingatlah bahawa rakyat kini dah 'celik' IT dan tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca..

Bersamalah kita lihat 'gerak langkah silat' yang di mainkan...

Rakyat Hakim Negara...

Wassalam...

Monday, December 28, 2009

Cubaan Jatuhkan PR di Selangor


Salam 2 all.



Naik geli bulu hati bila lihat 'gerombolan' yang menamakan diri mereka Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mengadakan 'luahan' menuntut PAS keluar dari PR...bagi aku ini bukanlah tidakan yang bodoh atau sia-sia kerana mereka ini sebenarnya adalah balaci-balaci UMNO dalam 'meranapkan' PR di Selangor buat kali kedua.

Gambar sekadar hiasan

Kenapa di katakan balaci,kerana mereka ini bukanlah ahli PAS yang berdaftar. Ini di akui sendiri oleh Naib Presiden PAS iaitu YB Salahuddin Ayub . Gelak hati lagi bilamana 'perhimpunan ini mendapat sokongan yang kuat iaitu seramai 21 orang menyertainya....hehehehe...Kenapa la bangang sangat puak-puak ni ha....



Umum telah mengetahui bahawa satu 'gerakan' merampas kuasa dari PR telah dilakukan buat kali pertama,tetapi gagal...Ini kerana Selangor kini di pimpim oleh insan yang tak banyak bercakap tapi buat kerja lebih..beliau lebih berdiam dari bercakap kerna kerjanya lebih...Inilah kelebihan beliau...Selangor juga di pimpin 'secukup' rasa kerna terdapat pelbagai 'ideologi' di dalamnya...Ini lah yang di katakan Pemimpin PR terbaik setakat ini...



Exco nya terdiri dari semua bangsa dan pelbagai agama...Maka nak jatuhkan mereka bukanlah perkara yang mudah...maka taktik-taktik yang bodoh telah di keluarkan oleh BN untuk menjahanamkan PR..tetapi semuanya gagal...Maka semakin teserlah lah 'kenaifan' politik UMNO.



Saban hari media BN memainkan isu ini bagi mandapat 'kredit' , tapi hakikatnya 'kemelugaian' rakyat semakin memuncak bila mana taktik yang paling bodoh sering di gunakan...

Rakyat kini semakin matang...

Wassalam

Saturday, November 28, 2009

Nik Aziz Pemimpin Hebat

Salam 2 all.

Saban hari media arus perdana 'memkompangkan' isu pengganti MB Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).
Bagi aku peminat politik tanah air amnya,isu ini merupakan satu isu yang 'mensensasikan' keadaan BN yang seakan 'menyambung' nyawa kerna kewibaan BN ketika ini agak tenggelam.

Sebenarnya isu ini 'kecik punya hal' yang sengaja di besarkan bagi 'menjelmakan' kepada penduduk Malaysia bahawa PAS seakan goyah. Dalam POLITIK ia boleh di umpamakan seperti permainan CHEST. Setiap pihak masing-masing 'check mate' lawan. Jika kita kena 'check mate' maka pihak lawan harus lah memastikan 'KING' selamat. Sama la seperti politik tanah air kita hari ini. Masing-masing memasang perangkap agar 'KING' lawan tak dapat di selamatkan.

Berbalik kepada isu TGNA. Kenapalah pihak lawan amnya BN sangat naif dalam hal ini. Sedarlah sikit bahawa sekarang ni dunia tanpa sembapadan...Maklumat terkini dan tepat dalam isu ini cepat di perolehi,jika kebenaran telah di temui,maka semakin 'di bencilah' BN di hati rakyat.

Cuma beberapa kerat jer terutamanya golongan yang mengundi saluran 1 sahaja yang sedikit termakan dengan dakyah-dakyah naif ini.

Kekadang tu ada juga di antara golongan-golongan elit yang malas nak ambil tahu hal politik kerna mereka akan sedar bahawa ia satu 'permainan' chest sahaja bagi mereka,tetapi secara tidak langsung mereka sedar akan 'kenaifan' sesuatu pihak yang selama ini merasa diri mereka hebat. Isu perkauman usahla di mainkan kerna semakin di mainkan semakain 'melugai' rakyat melihatnya. Ada juga di antara teman-teman dari golongan bijak pandai 'melugai' akan politik tanah air. Bagi mereka mudah jer,siapa yang memerintah sama sahaja. Cuma sedikit 'penambahbaikan' akan dilakukan. Untuk melakukan perubahan yang drastik ia agak sukar di lakukan.

Golongan-golongan 'elit' inilah akan memberi undi mereka kepada golongan PR kerana mereka tahu akan kelemahan pentadbiran yang sedia ada. Ini kerana setelah 52 tahun BN memerintah Malaysia'coraknya' tetap sama cuma acuan sahaja yang baru.

Lihatlah bagaimana 'penangan' yang telah rakyat lakukan pada Pilihan Raya Umum yang lepas,satu rekod telah di ciptakan iaitu pemerintah (BN) kehilangan majaroti 2/3. Ditambah pula negeri maju iaitu Selangor dan Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan PR.


Berbalik lagi kepada TGNA. Beliau merupakan contoh pemimpin di abad ini, kerana mana ada MB yang hidupnya begitu 'zuhud' seperti yang di lakukan oleh Ulama ini. Nak buat tuduhan rasuah pun susah,cuma baru-baru ni sahaja kes yang agak 'bangang' sekali ditampilkan mengenai penajaan VVIP kepada Tuan Guru menunaikan Haji. Wajarlah TGNA tidak memaafkan golongan-golongan bangang ini kerana mereka ini sebenarnya teramat bangang. Punya pasaila hamba Allah itu nak taja TGNA. lagi pun dia bukannya 'merompak' wang rakyat...Menjawab lah golongan-golongan bangang ini di hadapan Allah S.W.T kelak.

Semakin hari semakin 'menlugailah' rakyat nak membaca media arus perdana. Ingatlah setiap perkara yang melibatkan TGNA akan memberi kesan besar kepada lawannya. Aku bukan taksub dan memuja TGNA. Tapi aku hormati serta mengagumi contoh dan teladan yang Beliau tunjukkan. Seorang MB yang jiwanya rakyat. bak kata pepatah, berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.

Beliau begitu 'cool' dalam menghadapi apa juan tohmahan dan fitnah-fitnah jahat yang di lontarkan kepada beliau...Inilah yang di katakan pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Di uji begitu hebat kerna kelak,kegemilangan yang hebat bakal beliau nikmati,jika tidak di dunia mungkin di akhirat kelak...

Buat musuh-musuh TGNA. Fikirlah dengan akal yang waras,hidup ini hanya sementara sahaja. Jika kita menghalang golongan yang 'membawa' kita kejalan Allah buruk akibatnya.

Sejahat dan sejahil kita,janganlah kita menghalang golongan yang membawa Islam dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah...Kita akan mati. Harta yang kita perolehi tak akan dapat membeli malaikat serta Tuhan kelak. Kita akan di adili di 'MAKHAMAH MASYAR' di mana tiada hakim dapat di beli dan di caturkan ketika itu...FIKIRLAH SENDIRI.


Wassalam.

Sunday, November 22, 2009

Pada Firasat

Kerusi Kota Siputeh masih dalam 'keteka tekian'.
Hanya menanti keputusan rayuan sahaja bagi memastikan kepastian. Maka terdengar pula akan kompangan bahawa Mukhriz anak kepan Tun Mahathir akan mengisi kekosongan jika 'kepastian' mengatakan ia kosong.

Bagi aku la (mencongak) kerusi iti akan kosong kerna 'kuasa speker' amat mutlak dalam hal ini,maka satu agenda perlu di buat oleh BN bagi memastikan PR sedkit leka dalam menghadapinya. Secar logiknya sekarang mereka telah berusaha gigih dalam memastikan bahawa kerusi DUN yang kosong itu terus menjadi milik mereka.

Jika terjadi,maka Mukhriz la calonnya,percayalah...
Kerana ia merupakan ahli Parlimen Jerlun,Anak kepada Tun Mahathir dan seterusnya dia berjaya menawan hati rakyat Jerlun pada pilihanraya yang lalu. Maka dialah calon yang sesuai untuk BN Kedah masa kini.

Buat 'pendukung' PR,bersedialah kerna 'horn' akan di bunyikan bila-bila masa sahaja. Mereka sebenarnya (BN) hanya melengahkan kita sahaja,mereka sebenarnya telah sudah mula 'merengkuh' untuk pilihanraya kecil kali ini.

Ingatlah bahawa Tun Mahathir sudah kembali dalam BN di mana ruang untuknya sebelum telah di tutup semasa pemerintahan 'sementara' Tun Abdullah,maka Najib membuka kembali untuknya. Mahathir itu luas pengalamannya,maka bermacam cara yang tak terfikir oleh kita akan di fikirkan olehnya.

Lihatlah 'sekembalinya' Mahathir dalam politik apa yang telah terjadi sama ada kita sedar atau tidak,lihatlah 'keruntuhan' PR di Perak,kekocakan PR di Selangor,gegaran PR di Kedah dan yang terbaru ialah sedikit huru hara di Kelantan.

Mungkin secara tak 'berlebihan' beliau mampu menawan kembali hati rakyat untuk memihak kepada BN.

Oleh demikian buat 'sedara' dalam PR,selesaikanlah masalah 'setempat' secara bijak sana...Belajarlah apa itu politik kerna perlu kita di akui bahawa kita ini baru setahun jagung,jika nak di bandingkan BN yang dah 50 tahun.

Jangan siakan amanah serta kepercayaan yang di berikan rakyat kepada kita. Rakyat bukan mahu 'kekayaan',tapi mahu masalah sebelum ini di selesaikan. Rakyat kini bukanlah bodoh seperti dahulu dan rakyat kini dah pandai 'berinternet'

Jangan kita sia-sia kan pegorbanan para reformis ketika dahulu kerana 'Kepentingan diri mengatasi apa yang di janji'...

Saturday, February 7, 2009

UMNO = ZIONIS

Rasanya tak keterlaluan andainya tinadakan yang di ambil oleh Melayu-UMNO sama dengan tindakan Yahudi-ZIONIS. Perlu di tegaskan di sini Zionis merupakan satu fahaman yang kebanyakan orang-orang Yahudi di Israel mengikutinya. Di Malaysia orang-orang melayu ada yang mengikuti fahaman dari PAS,PKR dan UMNO...harap faham supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Di Palestine orang-orang Yahudi fahaman zionis telah mencabul demokrasi yang di pilih oleh rakyat Palestine dengan memilih Hamas sebagai pemimpin mereka. Tindakan sama juga di ambil oleh UMNO untuk merampas pilihan rakyat. Kesimpulannya;Rakyat Palestine telah di nafikan hak mereka oleh Yahudi berfahaman Zionis,manakala di Perak pula hak rakyat mereka di cabul pula oleh melayu yang berfahaman UMNO. Maka tak keterlaluan jijiknya tindakan yang di lakukan oleh kedua-dua puak ini.

PR mempunyai 28 kerusi iaitu sama dengan BN. Tetapi mereka mengatakan mereka mendapat sokongan dari badut-badut BEBAS. Maka dengan itu mereka rasa mereka layak mengambil alih kepimpinan Perak dari PR.

Pemikir Islam pernah berkata, "dalam kalut ada peraturan,peraturan ciptakan kekalutan". Kekalutan ini terjadi kerna,seperti kata Seniman Agung dalam filemnya 'Ini undang-undang ana yang punya,kalau tak sesuai tukarla'...Inilah yang terjadi kepada kita hari ini. Kita sebenarnya bukan berada dalam demokrasi terpimpin,tapi dalam demokrasi yang di pimpin oleh pihak tertentu...Di manakan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang. Kalau pemimpin sendiri tak berpegang kepada rukun negara,apatah lagi kepada'rukun iman' inilah bahananya.

Sampai hari ini pun isu masih hangat di perkatakan apatah lagi dalam media massa milik BN. Yang lebih menyongsang lagi dikatakan bahawa kepimpinan PR 'menderhaka' kepada Sultan. Inilah UMNO. Kalau sebelum ini di Terengganu 'Sultan' di samakan dengan 'NATANG'..(tak tergamak menyebutnya) di tutupkan,tapi bila Pakatan Rakyat menyatakan kebenaran secara terbuka di katakan pula penderhaka. Pandai sungguh pihak BN memainkan peranan.

Dalam situasi di Perak UMNO dengan bangga mengatakan mereka mendapat mandat dari rakyat. Tapi sebenarnya mereka ini pengecut sebenarnya. Kalau benar-benar merasakan diri mereka jantan,bubarkan DUN Perak segera! Mari kita tengok siapa yang jantan serta pilihan rakyat sebenarnya. Tetapi rakyat tahu bahawa UMNO perak sebenarnya bukan anak jantan. Mereka tahu bila DUN di bubarkan maka 'mampas' la mereka dengan kuasa rakyat.

Ayuh bersama kita mencabar kejantanan UMNO:

KALAU MERASA JANTAN DAN MERASA DIRI MENDAPAT MANDAT RAKYAT,BUBARKAN DUN PERAK SEGERA...MARI KITA BERTARUNG SECARA JANTAN...KITA TENGOK SIAPA YANG INTAN DAN SIAPA YANG KACA DI HATI RAKYAT PERAK.

"KALAU RASA JANTAN,BUBARKAN DUN SEKARANG"-biar rakyat menilai....

LaTahzan