Pages

Saturday, March 27, 2010

'Kehangatan' Face Book

Salam 2 all.

Memang giler 'face book' ni sekarang yek...bagus la tu...bagi aku ia sebenarnya satu laman yang dapat 'menghimpunkan' kawan2 lama yang dah tak jumpa kan...
Secara jujurnya aku ada 'face book' tapi tak la gila sangat...Bila jumpa kengkawan jer mesti tanya pasai face book....face book hang ape yer....secara jujur aku jawab,aku ada juga 'buka' laman ini,tetapi tak aktif sangat..just masuk untuk amik tahu jer...

Ada yang kata kan pada aku,adakah kerna 'Yahudi' pemiliknya ker hang tak minat...ish ish...soalan tu....bagi aku tak ada hal la...cuma tak minat jer...lagi pun aku sendiri kerja dengan 'kompeni' yahudi jugak kan...tidak salah sebenarnya jika kita bekerja dan berusrusan dengan yahudi ni...cuma pepandailah....

Pasai face book ni plak ada mengatakan ia menyumbang kepada masalah sosial...bagi aku ini adalah pendapat yang 'primitif' sekali...kenapa la nak di salahkan laman ini kepada punca gejala sosial...sebagai contohnya artis-artis dalam media massa juga 'posing' maut tu tak di komplainkan...inilah hakikat manusia katakan...

Pada aku,dengan ada 'face book' ni secara tak langsung ia mengeratkan lagi silaturahim,kerna kita dapat 'update' kengkawan kita di zaman 'belajar' dulu...Sebagai contoh kawan-kawan yang baru menimbang cahaya mata,kita akan dapat melihat wajah anak mereka melalui laman ini,malah dapat di kongsi bersama 'temam-teman ' yang lain sama...

Pada aku nak atasi masalah sosial di kalangan melayu-Islam mudah jer...laksanakan hudud...Ia Hukum Tuhan kita...dia tahu macam mana nak ajar hamba-hambaNYA yang kurang ajar ini...mudahkan..

Nak seribu daya,tak mau seribu tipu daya...

Wassalam

Tuesday, March 23, 2010

Kesian Zahrin- Taubatlah...Berundur

Salam 2 all.

Terkini kehangatan Dato Seri Zahrin iaitu bekas PKR yang telah menjadi bebas semakin 'serabut'...Serabut betui la MP Bayan Baru ni...cehhhhh...

Kehangatan nya kini bertambah apabila semua orang di Malaysia tahu akan sikapnya...tiada siapa pun 'mencanangkan' sikapnya,tetapi dia sendiri yang mendedahkan 'peel' sebenarnya...Sejak di 'BEBAS' dia telah di berikan slot dari UMNO/BN untuk menyerang PR sehabisnya...maka dia gunakan peluang itu sebaiknya....media massa pro BN pula 'meruangkan' slot Zahrin sebaiknya....

Tapi apa dah jadi...kini DS Zahrin sudah menampakkan akan kelemahannya sendiri...sehingga kini beberapa Ahli Parlimen BN/UMNO dan mengecopkan Zahrin penipu...hehehehe..kesian...

Inilah yang di katakan kuasa Tuhan Yang Maha Mengetahui...bayangkan selama ini habis semua rakyat pengundi Bayan Baru di tipu olehnya...kini UMNO plak nak di tipu oleh Zahrin...

Cukuplah Zahrin...bertaubatlah dan undurkan diri je dari menjadi MP Bayan Baru tu...tak la banyak sangat dosa dan makin hamun dari rakyat..

Yang menyedihkan lagi ialah bila MP dari Kalabakan Datuk Ghafur Salleh sendiri meminta PM iaitu Najib tidak mengambil Zahrin sebagai ahli UMNO...lepas ni mana la plak Zahrin nak berpaut yer...

Dengan 'peristiwa' mengarut dari Zahrin ini boleh la rakyat menilai siapa Zahrin sebenarnya...tak perlu 'konglomat' dari PR menyerang beliau,cukuplah beliau sendiri menunjukkan akan dirinya yang sebenar.

Maka 'serabut' rakyat kini sudah terurai..maka bertambah gah lagi lah PR di hati rakyat...

Allahuakbar...

Just Info

Salam 2 all.

Dah lama la jugak aku tak 'melalut' kat sini...Tadi aku terima panggilan dari 'pelayar yang bertanya khabar pada ku...kata nya dah 'pencen' ka...Jawapannya tidak...

Aku belum 'pencen' lagi dalam menyatakan pendapat aku...cumu bulan Feb dan Mac aku di 'di bondongkan' dengan pelbagai task....Task itu semuanya unschedule dan unplaning...tup tap ada jer mesej 'kerja' yang aku kena buat...

Aku baru sahaja selesai menghadiri Mesyurat Agung Tahunan Cabang... Biasa la politukus usang katakan...

Aku sebenarnya nak 'rileks' jab...nak kumpulkan tenaga dan aura yang banyak 'tercicir' di tengah jalan... Mungkin Jambatan Pulau Pinang dah boleh 'bau' aku kot...mana taknya ada kalanya sehari 2 kali aku lalui nya...

Pada masa yang sama juga aku sebenarnya menantikan tarikh 18.4.2010 ni....harap kali ni DIA mengizinkannya...hehehehe...tak sabar menunggu yob....kalau di plankan 20.3.2010,tapi DIA belum mengizinkan lagi...dugaan katakan...Harap 18.04.10 ni di materikan..hehehehe...apa dia tu..biarlah rahsia....- hanya aku dan si dia dan rakan terdekat jer yang tahu...

Sebenarnya banyak yang membelengu fikiran aku...sebab tu lah aku nak rileks jab...nak penuhkan power-power sekit..lepas ni macam peluru lah coretan-coretan yang bakal di sajikan... Rahsia tetap rahsia..kini banyak rahsia 'besar' telah aku simpan...Amanah namanya...

Ok lah aku rasa sampai di sini dulu yek...Cukup rasanya nak 'hidup' kan coretan aku ini...sebab dah lama menyepi...ada kengkawan katakan -' ingatkan dah mampus'..hehehe...bersedialah,dia dah kembali....


Salam perubahan....

Tuesday, March 2, 2010

Ramai Dah Berubah.

Salam 2 all.

Mutakhir ini ramai dari teman-teman dalam PR telah 'sedikit pening' akan isu menjadi 'BEBAS' di kalangan Ahli Parlimen PR terutamanya di Pulau Pinang. Setakat ini dua ahli Parlimen di Pulau Pinang telah 'membebaskan' diri mereka. Mungkin lepas ini ada lagi yang akan 'membebaskan' diri mereka.

Apa dah jadi dengan PR terutamanya di Pulau Pinang. Di fahamkan oleh bekas SU Agong Keadilan sendiri,bahawa terdapat lebih kurang 10 orang lagi akan 'membebaskan' diri. Ini mungkin sedikit akan menggusarkan para penyokong dan yang selama telah bekorban wang ringgit bagi memastikan PR di Pulau Pinang menang. Setelah menang,inikah balasan yang rakyat terima, ' kekecohan' urus tadbir negeri yang semakin memuncak.

Buat pemimpin PR terutamanya di Pulau Pinang,sedarlah bahawa kami pengundi telah bekorban bagi memastikan bahawa kita memperoleh kemenangan,tapi setelah menang inikah balasan yang kita perolehi...

Janganlah sampai nanti bila mengundi barulah rakyat di dekati. masa itu sebenarnya sudah terlambat. Jangan lah menjadi cara 'politik UMNO' dalam berpolitik. Rakyat kini bukannya bodoh seperti dahulu.

Berbalik kepada peristiwa Fairus dan Tan Tee Beng,secara jujur rakyat tahu akan 'reputasi' mereka. Tan Tee Beng sebenarnya telah bekorban wang ringgit dalam memastikan kemenangan PRK P 44 yang lalu. Ratusan ribuan ringgit telah di hulurkan bagi menggerakan jentera,dan inikah balasan yang harus beliau terima. bagi kes Fairus pulak,rakyat tahu akan cerita sebenar siapakah dalang-dalang di sebalik ayng cuba menjatuhkan beliau...Bersedialah 6 jahanam itu akan kepulangan Fairus nanti. Aturlah apa rancangan kalian sebelum kehadiran Fairus kembali ke arena politik. Tunggulah bahawa 'pekung-pekung' anda akan di buka. Masa itu baru rakyat tahu batapa kotornya politik kalian.

Ingatlah bahawa politik itu mudah di ungkapkan,tetapi dalam melaksanakan hanya yang mampu sahaja utuk mampu melaksanakan. Dalam mengurus politik negeri ia tidak sama dengan politik jalanan.

Sebagai kesimpulannya,sedarlah rakyat kini sedang memerhati apakah yang kerajaan negeri buat untuk faedah kepada rakyat. Rakyat kini bukanlah bodoh seperti yang di sangkakan.