Pages

Tuesday, March 2, 2010

Ramai Dah Berubah.

Salam 2 all.

Mutakhir ini ramai dari teman-teman dalam PR telah 'sedikit pening' akan isu menjadi 'BEBAS' di kalangan Ahli Parlimen PR terutamanya di Pulau Pinang. Setakat ini dua ahli Parlimen di Pulau Pinang telah 'membebaskan' diri mereka. Mungkin lepas ini ada lagi yang akan 'membebaskan' diri mereka.

Apa dah jadi dengan PR terutamanya di Pulau Pinang. Di fahamkan oleh bekas SU Agong Keadilan sendiri,bahawa terdapat lebih kurang 10 orang lagi akan 'membebaskan' diri. Ini mungkin sedikit akan menggusarkan para penyokong dan yang selama telah bekorban wang ringgit bagi memastikan PR di Pulau Pinang menang. Setelah menang,inikah balasan yang rakyat terima, ' kekecohan' urus tadbir negeri yang semakin memuncak.

Buat pemimpin PR terutamanya di Pulau Pinang,sedarlah bahawa kami pengundi telah bekorban bagi memastikan bahawa kita memperoleh kemenangan,tapi setelah menang inikah balasan yang kita perolehi...

Janganlah sampai nanti bila mengundi barulah rakyat di dekati. masa itu sebenarnya sudah terlambat. Jangan lah menjadi cara 'politik UMNO' dalam berpolitik. Rakyat kini bukannya bodoh seperti dahulu.

Berbalik kepada peristiwa Fairus dan Tan Tee Beng,secara jujur rakyat tahu akan 'reputasi' mereka. Tan Tee Beng sebenarnya telah bekorban wang ringgit dalam memastikan kemenangan PRK P 44 yang lalu. Ratusan ribuan ringgit telah di hulurkan bagi menggerakan jentera,dan inikah balasan yang harus beliau terima. bagi kes Fairus pulak,rakyat tahu akan cerita sebenar siapakah dalang-dalang di sebalik ayng cuba menjatuhkan beliau...Bersedialah 6 jahanam itu akan kepulangan Fairus nanti. Aturlah apa rancangan kalian sebelum kehadiran Fairus kembali ke arena politik. Tunggulah bahawa 'pekung-pekung' anda akan di buka. Masa itu baru rakyat tahu batapa kotornya politik kalian.

Ingatlah bahawa politik itu mudah di ungkapkan,tetapi dalam melaksanakan hanya yang mampu sahaja utuk mampu melaksanakan. Dalam mengurus politik negeri ia tidak sama dengan politik jalanan.

Sebagai kesimpulannya,sedarlah rakyat kini sedang memerhati apakah yang kerajaan negeri buat untuk faedah kepada rakyat. Rakyat kini bukanlah bodoh seperti yang di sangkakan.

0 comments:

Post a Comment