Pages

Friday, August 20, 2010

Penangan Ramadhan

Salam 2 all.

Hari ini merupakan sudah hari ke 10 umat Islam menyambut serta menjalani ibadah Puasa. Terasakan seperti cepatnya berlalu bulan yang mulia ini. Makna kata lebih kurang 20 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidil Fitri.

Tapi pelru di ingat bulan Mulia ini akan melabuhkan tirainya lagi 20 hari lagi,maka ia akan pergi meninggalkan kita. Apakah kita sudah 'memaknakan' ramadhan tahun ini. Harap kita semua dapat 'memaknakan' bulan yang mulia ini sebaiknya.

Penangan Ramadhan memang cukup hebat sebenarnya. Ia di katakan bulan yang Allah membuka seribu kerahmatan buat umatnya. Di gandakan segala amal yang kita lakukan. Maka dapat la kita melihat masjid-masjid di seluruh negara di penuhi dengan umat yang bertarawih. Hebatkan...jika kita membandingkan dengan bulan yang lain,maka kita dapati bulan ini begitu meriah terawih serta iftar (moreh) yang di buat di masjid-masjid dan juga di surau-surau.

Antara 'penangan' lain pula ialah begitu banyak 'perniagaan' kecil yang di jalankan. Yang tak pernah berniaga pun akan turut berniaga di bulan yang karamah ini. Lihatlah, betapa makmurnya bumi Malaysia ini dengan makanan,hinggakan tak 'keruan' kita dalam memilih makanan yang hendak di beli..

Dalam 'kegembiraan' kita dalam 'shopping kecik' di bazar ramadhan,jangan la kita lupa kepada golongan yang 'kurang' bernasib baik dalam masyarakat kita. Sebenarnya masih terdapat golongan yang memerlukan perhatian dari kita,bantu lah mereka 'semampu' kita dalam meringankan beban mereka. Ringankan tangan menghulur bantuan bagi meringankan penderitaan mereka.

Selain itu juga penangan yang lain dari yang lain ialah,siaran TV di Malaysia sedikit 'tertib'. Di mana di bulan yang mulia ini kita di sajikan dengan info serta 'certitas' yang agak 'berjenih' sedikit. Banyak hiburan yang berunsur kan dakwah serta Islam di terapkan dalam setiap rancangan yang ' di sajikan'. Sebelum ini rancangan yang ke arah barat di sajikan walaupun pelakon nya adalam 'melayu Islam' kini keadaan sebalik nya sudah berlaku....harap-harap ia berterusan hendaknya.

Masyarakat kini mula berubah,mana taknya,kini semakin ramai 'gadis-gadis' melayu mula bertudung. Antara nya ialah melihat ramai pelakon-pelakon di Malaysia dah mula 'menutup kepala'...kini trend sedah berubah,banyak artis yang 'ada nama' dah mula menutup aurat...bagus la tu...setidaknya ia mencerminkan hiburan yang berlandaskan Islam untuk di sajikan kepada masyarakat amnya golongan remaja.

Banyak lagi la penangan ramadhan yang kita dapat lihat yang belaku sejak akhir-akhir. Di harapkan ramandhan yang kita lalui hari ini akan memberi seribu 'makna' buat kita semua.

Rebutlah sebanyak mana 'kesempatan' yang ada ini sebanyaknya...mungkin ini ramadhan terakhir buat kita atau sebaliknya...

Wassalam...

Thursday, August 19, 2010

Buang Bayi

Salam 2 all.

Salam Ramadhan Kareem...rasanya belum terlewat utk di 'wish' kan...

Sejak kebelakangan ini isu membuang bayi semakin menjadi-jadi. Saban hari ada sahaja cerita yang 'di sajikan' di dalam akhbar. Hinggakan ia bakal menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita kelak nanti. Kenapa menjadi begini,sifirnya mudah....ia di sensasikan,tapi tiada tindakan susulan secara konkrit di ambil dalam menangani isu ini.

Hingga hari ini,bapak-bapak menteri hanya bercakap tapi tiada satu pun 'keputusan' tegas yang di ambil. Pelbagai reaksi dan cadangan telah di laungkan,tetapi biasala...'cakap politik' katakan.

Sebenarnya kes yang berlaku ini sebenarnya menampakkan kejahilan umat 'Islam' di zaman melinium sebenarnya. Terutamanya di Malaysia,mana tak nya,hampir kesemua kes buang bayi yang 'terjadi' semuanya adalah Melayu. Di Malaysia,mengikut perlembagaan 'Melayu itu Islam'...Tapi hakikat sebenarnya tidak begitu...

Jahilnya umat melayu kini semakin jelas,ia bagaikan perkara biasa dalam isu ini,tapi mengikut syariat Islam,mereka ini telah melakukan beberapa dosa besar. Pertamanya zina dan keduanya membunuh dan selanjutnya mengabaikan 'amanah' yang Tuhan berikan kepada mereka.

Di bulan yang Mulia ini sebenar Tuhan telah membuka pintu rahmat seluasnya kepada umat Islam. Hayatilah akan kerahmatan yang di berikan kepada kita semua. Hayatilah isi kandungan Al-Quran itu sebaiknya...Dalam Al-Quran sendiri telah di berikan penyelesaian yang telah lama 'di kabarkan' kepada kita semua umat Islam...iaitu perlaksanaan hukum HUDUD...jika ia di laksanakan nescaya masalah buang bayi dapat di atasi malah tak keterlaluan di katakan tiada langsung,walau ada pun mungkin hanya terpencil...

Oleh demikian,umat Islam bakal ditemukan dengan hari yang di kenali sebagai 'Nuzul Quran' hari yang di katakan Al-Quran di turunkan. Maka bersama lah kita mengambil peluang yang ada ni sebaik mungkin dalam 'menghayati pengertian Al-Quran' itu sebenarnya.

Bersamalah kita hayati apa yang yang tersurat dan tersirat di dalam kitab suci ini. Ia merupakan 'Mukjizat' yang di turnkan kepada baginda Rasullullah S.A.W yang kemudian Baginda tinggalkan kepada kita semua umat Islam. Baginda Rasullullah sebelum wafat meninggalkan 2 perkara kepada umatnya iaitu :

1) Al-Quran

2) Sunnah Rasullullah.

Jika kita mengikut 2 perkara ini sebaiknya,maka kita tidak akan sesat 'di zaman pencarian' yang serba mencabar ini...

Renung-renungkan....

Wassalam.