Pages

Thursday, August 19, 2010

Buang Bayi

Salam 2 all.

Salam Ramadhan Kareem...rasanya belum terlewat utk di 'wish' kan...

Sejak kebelakangan ini isu membuang bayi semakin menjadi-jadi. Saban hari ada sahaja cerita yang 'di sajikan' di dalam akhbar. Hinggakan ia bakal menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita kelak nanti. Kenapa menjadi begini,sifirnya mudah....ia di sensasikan,tapi tiada tindakan susulan secara konkrit di ambil dalam menangani isu ini.

Hingga hari ini,bapak-bapak menteri hanya bercakap tapi tiada satu pun 'keputusan' tegas yang di ambil. Pelbagai reaksi dan cadangan telah di laungkan,tetapi biasala...'cakap politik' katakan.

Sebenarnya kes yang berlaku ini sebenarnya menampakkan kejahilan umat 'Islam' di zaman melinium sebenarnya. Terutamanya di Malaysia,mana tak nya,hampir kesemua kes buang bayi yang 'terjadi' semuanya adalah Melayu. Di Malaysia,mengikut perlembagaan 'Melayu itu Islam'...Tapi hakikat sebenarnya tidak begitu...

Jahilnya umat melayu kini semakin jelas,ia bagaikan perkara biasa dalam isu ini,tapi mengikut syariat Islam,mereka ini telah melakukan beberapa dosa besar. Pertamanya zina dan keduanya membunuh dan selanjutnya mengabaikan 'amanah' yang Tuhan berikan kepada mereka.

Di bulan yang Mulia ini sebenar Tuhan telah membuka pintu rahmat seluasnya kepada umat Islam. Hayatilah akan kerahmatan yang di berikan kepada kita semua. Hayatilah isi kandungan Al-Quran itu sebaiknya...Dalam Al-Quran sendiri telah di berikan penyelesaian yang telah lama 'di kabarkan' kepada kita semua umat Islam...iaitu perlaksanaan hukum HUDUD...jika ia di laksanakan nescaya masalah buang bayi dapat di atasi malah tak keterlaluan di katakan tiada langsung,walau ada pun mungkin hanya terpencil...

Oleh demikian,umat Islam bakal ditemukan dengan hari yang di kenali sebagai 'Nuzul Quran' hari yang di katakan Al-Quran di turunkan. Maka bersama lah kita mengambil peluang yang ada ni sebaik mungkin dalam 'menghayati pengertian Al-Quran' itu sebenarnya.

Bersamalah kita hayati apa yang yang tersurat dan tersirat di dalam kitab suci ini. Ia merupakan 'Mukjizat' yang di turnkan kepada baginda Rasullullah S.A.W yang kemudian Baginda tinggalkan kepada kita semua umat Islam. Baginda Rasullullah sebelum wafat meninggalkan 2 perkara kepada umatnya iaitu :

1) Al-Quran

2) Sunnah Rasullullah.

Jika kita mengikut 2 perkara ini sebaiknya,maka kita tidak akan sesat 'di zaman pencarian' yang serba mencabar ini...

Renung-renungkan....

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment