Salam 2 all.
Dah lama rasanya tinta ini tak melebarkan 'coretan'..mungkin di sebabkan iklim tanah air yang tak menentu keadaannya..bertambah la plak iklim politik yang semakin 'kepanasan' sedikit....
Panas kan...itulah hakikat yang perlu di terima oleh semua 'politikus' tanah air ...hakikat beb...
Yang paling aku suka ialah di mana Parti PKR iaitu parti yang memacu perubahan landskap politik sedikit bergelora..Media massa saban hari men 'spin' kan isu ini sehabisnya..bak kata pepatah, mengangguk di air yang keruh....itulah UMNO/BN...maka di ambil kesempatan sebaik mungkin bagi menyelamatkan 'survival' politik UMNO amnya...Umum mengetahui bahawa UMNO dan BN hanya menanti saat dan tika belah sahaja kerna keretakan semakin merebak...dalam memastikan 'kerekahan' itu tak dapat di lihat maka isu PKR iaitu musuh utama UMNO/BN ,maka kesempatan ini harus mereka gunakan sebaik mungkin...
Berbalik pada isu PKR yang menjadi topik panas di media massa,ia sebenarnya tiada apa pun...Ini lah yang di katakan keterbukaan dalam PKR...tak puas hati 'tembak' sahaja...jangan berselindung atau pun diam...ia boleh di umpamakan sebagai 'penyakit'...cegah dari awal sebelum ia merebak...bila merebak susah lah nanti untuk di ubati...jangan kita jadi seperti UMNO yang mana 'barah' mereka kini sudah sampai ke tahap kronik..sukar di ubati...
Dalam 'masalah' dalaman yang melanda PKR,biarlah pihak 'pengurusan' besar duduk semeja dan berbincang akan 'masalah' sebenar yang di hadapi...cari jalan penyelesaian...dengar suara akar umbi..habis cerita....Maka semakin 'cantiklah' akan keterbukaan yang kita laungkan selama ini....
Isu besar yang melanda sebenarnya ialah antara Azmin dan Zaid...perbalahan adalah perkara biasa sebenarnya...bak kata cendiakawan Islam : " Hidupnya ilmu itu adalah muzakarah"...Maka dalam menyelesaikan perkara ini maka 'muzakarah lah" sahaja jalan penyelesaiannya...Bab di 'spinkan' oleh media BN/UMNO,ia perkara biasa...mereka inii sebenarnya hanya 'mengangguk di air yang keruh' sahaja...'persetankan' media BN/UMNO kerna ajal mereka semakin hampir kot...
Apa pun aku sebenarnya 'salute' dengan keterbukaan PKR yang bawakan ini...setidaknya kita dapat ketahui akan ketempangan yang kita 'miliki',maka kita haruslah secepat mungkin 'memperbaikinya' dari terus tenggelam di bawah arus...Bab akan kebenaran isu ini,rakyat Malaysia kini bijak menilai akan sesuatu yang berlaku...
Inilah ujian pertama yang harus kita semua lalui sebelum melangkah ke 'Putrajaya'...sebab,bila berjaya kesana,banyak lagi dugaan dan cabaran yang lebih besar bakal mendatang...bagi kau perkara yang berlaku ini kecil sahaja...
Pesanan buat 'calon-calon' yang bertelagah ini perkara biasa..dah masuk gelanggang maka 'bertarunglah secara sihat seperti yang telah 'di syaratkan'...Kami penonton kini sedang memerhatikan 'gerak langkah' anda...
Buat CheGuBard...teruskan momentum anda...kami bangga memiliki jiwa 'besar' anda....
0 comments:
Post a Comment