Kini dunia Arab saemakin bekecai,satu demi satu negara Arab menuju kehancuran pentadbiran,bermula dengan Tunisia,Mesir dan kini Libya pulak yang menuju kehancuran pentadbiran.
Libya di pimpin oleh Muammar Ghadafi kini berdepan dengan ketidak puashatian rakyatnya. Rakyatnya kini dah 'melugai' akan kepimpinannya kini mula bangkit meyatakan akan betapa 'melugainya' mereka kepada pimpinan mereka.
Yang paling menarik apabila kita semua di khabarkan dengan 2 orang pilot yang sanggup menjahanamkan 'jet pejuang' demi rasa sayang mereka kepada rakyat. Pilot tersebut telah ingkar dengan dengan arahan Muammar Ghadafi yang 'mengarahkan' pilot tersebut menghancurkan rakyat Libya,tetapi pilot tersebut masih mempunya hati dan perasaan 'kemanusiaan'...inilah yang di katakan sanggup bekorban demi 'nyawa-nyawa' insan yang tidak berdosa....Tahniah buat 2 orang pilot yang 'berhati manusia' tersebut.
Haruslah di ingat bahawa kuasa rakyat memang kuasa keramat...buat pemimpin di atas sama ada BN ataupun PR haruslah memandang akan kebenaran 'kalam' kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Lihatlah akan 'letusan' kuasa rakyat yang kian memuncak melanda negara-negara Arab,jadikan ia sebagai pedoman dalam memimpin sesebuah negeri atau negara.
Sedarlah akan 'pengetahuan' rakyat akan situasi semasa kini. Kita bukan berada di era 90 an lagi...kita berada di era melinium,era yang penuh dengan 'lambakan maklumat' maya..kini rakyat tak perlu lagi keluar mencari maklumat kerna semua maklumat hanyalah di hujung jari...
Kematangan rakyat Malaysia dalam menilai sesuatu kebenaran tidak dapat di dangkal lagi,rakyat sekarang mempunyai minda 'keterbukaan' ataupun dalam bahasa yang canggih ialah 'liberal thinking'...
Syabas buat rakyat Malaysia....
What ever situation,hadapilah dengan senyuman..Guna kan kuasa mengundi anda dalam membuat 'hukuman'...sedarkan pemimpin yang 'sedang tidur' itu.....
Wassalam.