Pages

Showing posts with label cetusan. Show all posts
Showing posts with label cetusan. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Revolusi dan Kuasa Rakyat

Salam 2 all.

Kini dunia Arab saemakin bekecai,satu demi satu negara Arab menuju kehancuran pentadbiran,bermula dengan Tunisia,Mesir dan kini Libya pulak yang menuju kehancuran pentadbiran.

Libya di pimpin oleh Muammar Ghadafi kini berdepan dengan ketidak puashatian rakyatnya. Rakyatnya kini dah 'melugai' akan kepimpinannya kini mula bangkit meyatakan akan betapa 'melugainya' mereka kepada pimpinan mereka.

Yang paling menarik apabila kita semua di khabarkan dengan 2 orang pilot yang sanggup menjahanamkan 'jet pejuang' demi rasa sayang mereka kepada rakyat. Pilot tersebut telah ingkar dengan dengan arahan Muammar Ghadafi yang 'mengarahkan' pilot tersebut menghancurkan rakyat Libya,tetapi pilot tersebut masih mempunya hati dan perasaan 'kemanusiaan'...inilah yang di katakan sanggup bekorban demi 'nyawa-nyawa' insan yang tidak berdosa....Tahniah buat 2 orang pilot yang 'berhati manusia' tersebut.

Haruslah di ingat bahawa kuasa rakyat memang kuasa keramat...buat pemimpin di atas sama ada BN ataupun PR haruslah memandang akan kebenaran 'kalam' kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Lihatlah akan 'letusan' kuasa rakyat yang kian memuncak melanda negara-negara Arab,jadikan ia sebagai pedoman dalam memimpin sesebuah negeri atau negara.

Sedarlah akan 'pengetahuan' rakyat akan situasi semasa kini. Kita bukan berada di era 90 an lagi...kita berada di era melinium,era yang penuh dengan 'lambakan maklumat' maya..kini rakyat tak perlu lagi keluar mencari maklumat kerna semua maklumat hanyalah di hujung jari...

Kematangan rakyat Malaysia dalam menilai sesuatu kebenaran tidak dapat di dangkal lagi,rakyat sekarang mempunyai minda 'keterbukaan' ataupun dalam bahasa yang canggih ialah 'liberal thinking'...

Syabas buat rakyat Malaysia....

What ever situation,hadapilah dengan senyuman..Guna kan kuasa mengundi anda dalam membuat 'hukuman'...sedarkan pemimpin yang 'sedang tidur' itu.....

Wassalam.

Friday, January 1, 2010

2009 Melabuh Tirai

Salam 2 all.




Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi...Dalam melaluinya banyak pengalaman suka dan duka...resam hidup katakan...



Bagi aku Tahun ini ada banyak cerita duka dan di sebalik kedukaan itu ada terselit juga 'sedikit' kemanisan yang mengubat kedukaan.

Resam hidup katakan...Tapi bagi aku, Alhamdulillah semuanya datang dariNYA dan inilah yang di kataan dugaan...Terima Kasih Tuhan (Allah S.W.T)..KAU telah menyedarkan aku akan erti hidup,menyedarkan aku dari terus 'terlena' di buai keindahan bisikan syaitan...TQ ALLAH.

Pendek kata,"SESUDAH BERDARAH BARU KU SEDAR, BETAPA HEBATNYA ALLAH HUAKBAR"

Syukur juga Pada Tuhan,di saat kesempitan yang melanda ini di temukan aku dengan sesorang insan,bagi aku 'HEBAT' peribadinya...walaupun dia seorang yang profesional,tapi bersahaja...Tidak pernah menunjukkan akan kelebihan yang di kurniakan padanya...Setakat ini belum pernah aku berjumpa dengan wanita yang 'mensyukuri serta merendah diri'.

Setidaknya,dengan 'berkawan' dengan beliau, perjalanan aku kini telah kembali kelandasan yang benar...Selari pendapat dan minat...hehehehe...amat sesuai di jadikan jodoh..jangan marah...


Tapi aku sedar akan 'kekurangan' diri aku ini...ayat power ni.

Mungkin inilah yang di katakan kuasa Tuhan...Terima Kasih kepada 'si dia' yang tak terhingga kerna aku telah kembali menjadi diri aku kembali...Sebelum ini Tsunami 060209 seakan meranapkan hidup aku,kini sampan kecil aku tak bersendirian lagi Bolddalam menongkah arus hidup...Setidaknya dengan adanya 'insan' tersebut sampan aku kini pulih serta bertambah berkeyakinan lagi dalam menongkah arus hidup...Rasanya,kalau datang la ribut atau taufan,sampan aku sudah bersedia mengharungi apa jua rintangan yang mendatang.



Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan memberkati dan merahmati 'si dia'..Capaikan serta makbulkanlah segala apa jua impian yang 'si dia' impikan..AMIN..



Apa pun Tahun 2010 ku bersedia mengharunginya..Sampan aku kini lebih 'berkeyakinan' serta mampu bagi mengharungi dan menongkah apa jua arus yang mendatang...

Tahun 2010 akan aku usahakan menjadi milik aku semilik miliknya...Ini azam aku.



Sampan Ku Telah 'di baiki' dan bersedia..Terima Kasih TuhanKU..ALLAH HUAKBAR.

TUHAN,berkatilah dan rahmatilah aku di Tahun 2010 ini.

SELAMAT TAHUN BARU.

Wassalam.

Saturday, December 19, 2009

Lepas Tension

Salam 2 all.

Dah lama rasanya aku tak 'menyumbangkan' lagu. Tadi aku bersama member-member aku baru sahaja selesai 'melepaskan' hajat kami yang dah lama tak menyumbangkan suara. Nak kata 'sempoi' tu tak la,tapi sekadar menghiburkan hati ok la...

Ada juga pengikut baru join dengan kami...dia pada mulanya agak malu dan segan juga untuk 'meluahkan' bakat terpendamnya kerana dia ingat yang ada semuanya power-power belaka...tetapi apa yang di dapatinya hampeh...lagi teruk kot dari dia...

Bagi aku soal 'hebat' atau tidak bukan perkara utama,yang penting 'enjoykan' hati...Senang saja,kalau kami dah berbakat sangat dalam nyanyian,kami dah tak keja kilang dah...Jadi penyanyi siut...hehehehe...mcm la artis yang ada hari ini bagus sangat...

Macam biasa,suara aku ni hanya 'rock' sahaja yang 'masyuk' yang lain hampeh...sekali sekala tu ada juga irama 'rock kebun bunga' di dendangkan...Macam biasa la aku lagu lefthanded,wings dan xpdc adalah wajib 'di sumbangkan' aku...

Dalam pada kami semua menyumbangkan lagu-lagu yang ada itu ada juga 'bait-bait' ayat power juga di dengar...antaranya 'mengena' diri kita,dan ada kalanya boleh di jadikan 'kalam' untuk 'defend' hati...mana taknya ,semuanya kena batang hidung aku...hehehehe...biasa beb...

'Tidak indah hidup ini jika tak di warnakan dengan kenangan pahit"

Berbalik pada suara 'yang di gadaikan' tadi,ada juga kengkawan yang 'merdu' suranya...inilah yang di katakan dah minat tu segalanya dapat di atasi....

Sebagai kesimpulannya...

" Muzik itu tidak haram,kitalah sebenarnya menjadikan ia haram"


Sekian Wassalam.


Friday, July 31, 2009

Semoga Tuhan membuka hati Dr Mohd Puad Zarkashi

Semoga Tuhan 'mencerahkan' hati saudara Dr Mohd Puad Zarkashi .

Sedih dan tersentak bilamana saudara kita iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi meminta golongan muda terutama dari PAS menentang Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)...Astafirullah halazim..

Kepada saudara Dr Mohd Puad Zarkashi harap cerminlah diri anda sebelum anda menentang seorang Ulama...Penulis bukanlah taksub atau mendewakan TGNA. Tetapi nilailah pemimpin itu dari kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan bukannya Islam yang mengikut kehendak 'kerajaan'...Jika semua golongan muda menentang seorang alim ulama siapa pula yang harus kami turuti. TGNA pernah menjadi imam semasa rakyat bersembahyang jemaah...Pernahkah pemimpin anda iaitu Najib menjadi imam ketika umat Islam bersolat...Setakat ini belum pernah rasanya Najib menjadi imam di masjid semasa umat Islam berjemaah...

Jika TGNA di tentang,adakah Najib ataupun saudara sendiri akan mengajar,memberi kuliah agama kepada kami?...Adakah saudara orang yang berkelayakan dalam memberi ilmu agama kepada kami?

Mahukah kamu melihat generasi muda terutamanya yang perempuan tak menutup aurat seperti Rosmah atau pun Nori.?

Harap saudara Dr Mohd Puad Zarkashi memikirkan semula apa yang saudara katakan itu. Jangan hanya untuk kepentingan parti saudara sanggup menyuruh pemuda menolak kepimpinan ulama.

Mungkinkah kita kini berada di 'akhir garisan',bila mana golongan munafik di angkat menjadi pemimpin...

Yang baik itu dari Allah,yang buruk itu dari penulis sendiri.

Akhir kata,lain kali tu cakap guna akai la sikit...

'Rupa-rupanya UMNO mahukan lahirnya pemimpin yang biadap pada Ulama'