Pages

Thursday, March 26, 2009

Rumi Dah Mula Menari

Salam Sejahtera


Bulan April bulan peristiwa.- 7 April adalah hari 'raya' untuk rakyat yang berada di dalam naungan Bukit Gantang dan Bukit selambau. Pada tarikh tersebut, maka berduyun-duyunlah para pejuang reformasi dari 'Semalaya' akan mengembelingkan tenaga dalam memastikan BN amnya UMNO akan jatuh tersungkur. Rekod sebelum ini 2-0 telah berjaya di gapai,maka 3-0 pula akan menyusul...Tapi itu semua adalah dengan keizinannya...Kita di suruh berusha.

Tapi yang kurang menarik pula pada 8 April pula,anak muda yang mewakili Dun Penanti akan melepaskan jawatan. Alasan yang di berikan ialah 'sambung belajar' kat oversea. Pejuang reformis amnya tertanya-tanya,apakah maksud sebenar atau apakah sebabnya anak muda itu melepaskan jawatan TKM1 itu. Baru setahun sahaja mengepelai saf keADILan Pulau Pinang,sudah jatuh!...Pening-pening rakyat memikirkannya...Adakah something wrong dalam kepimpinanya.?

Sejak saudara Fairus memegang jawatan TKM 1 dulu lagi ada beberapa cerita yang kurang enak di dengar...Terutamanya pengendali blog Alahaifairustkmpenang.Saban hari ada saja cerita yang cuba menelanjangkan Fairus di tampilkan.Seolah - olah ada something yang hendak di sampaikan. Kekadang tu terpikiaq jugak aku,kenapala cerita peribadi sering di jamukan. Macam ada saja agenda yang hendak di sampaikan. Sampai hutang Fairus kepada seseorang juga di jamukan. Macam la penulis tu tak pernah berhutang... Yang lebih mengesyak aku lagi ialah di mana ada pula tajuk yang mengatakan gambar DSAI pula akan di terbalikan jika tindakan ke atas Fairus tidak di ambil...Pening-pening aku dengan puak-puak ni..

Sedarlah....Tuhan telah berikan kita peluang,maka gunakanlah peluang itu sebaik mungkin. Jangan sekali penggal sahaja rakyat dah muak dengan kita.Maka lepas ni menggigit jari plak kita. Kesempurnaan itu milik Tuhan,kita hanya mampu jujur dan ikhlas sahaja. Maka jika kawan-kawan yang tak betul tu tegur jer. Faham-fahamlah kita baru je memerintah,belum ada pengalaman lagi.Jika ada cacat cela itu normallah kawan.

Akhir sekali,aku tak katakan yang Siapa Benar,Siapa yang silap dalam hal ini.Yang tahu akan hakikat sebenarnya ialah PEMILIK ALAM, maka jika kita berlaku 'clash' maka sebaiknya rujuklah kata-kata PEMILIK ALAM dan SURUHANNYA...InsyaALLAH kita akan selamat...Jangan sampai kepentingan diri mengatasi kepentingan PARTI.

Musuh kita iaitu UMNO yang dah nak mampas kini dah mula bertepuk tangan....

Yang Baik Dari PEMILIK ALAM,yang buruk dari aku sendiri.


Salam Reformasi.

0 comments:

Post a Comment