Pages

Friday, May 1, 2009

Penanti: Rakyat sedang menanti

Salam Hormat...

Dah agak lamanya laman ini tidak di nukilkan. Kini ia hadir semula. 31 Mei ini rakyat di bawah naungan DSAI - Permatang Pauh menantinya dengan penuh isyarat. Isyarat nya ialah BN harus di tolak.

Sebelum kekosongan kerusi Dun Penanti oleh saudara Fairus,berbagai 'pancaroba' harus di lalui oleh penyandangnya sebelum ini. Hinggakan saudara Fairus telah mengambil keputusan untuk mengosongkannya untuk memuaskan hati semua pihak,terutamanya "kengkawan" sendiri yang tak 'sebulu' dengannya...

Tindakan saudara Fairus adalah tindakan yang bijak kerna 'meredakan' kengkawan yang 'pedih mata' dengan rentak saudara Fairus. Mungkin rentak Fairus itu tak 'selari' dengan rentak mereka,maka seluruh 'angkatan' telah di gerakan dalam 'menjayakan rencana mereka.'

SPRM telah mengisytiharkan bahawa saudara Fairus 'suci' dari tohmahan yang di lemparkan oleh 'kengkawan'...maka berbagai andaian dan spekulasi lain plak menjelma.
Buat saudara Fairus, "persetan' kan ini semua...Dah lumrah manusia...Kesempurnaan itu milik Tuhan...Biar Tuhan sahaja tahu akan kebenarannya. Manusia hanya mampu menilai dari luaran,tapi dari dalaman ,Tuhan sahaja yang tahu.

Penanti akan menjadi gelanggang baru rakyat untuk menyatakan pemerintahan baru yang 'bertrendkan' Satu Malaysia..Bagi aku ia sama dengan Malaysia Malaysian...Entahlah...tapi bagi aku ia mungkin sebagai 'politic millage' untuk Najib.

Secara kasarnya rakyat dah tak sabar nak menyatakan isi hati mereka tentang 'trend' Najib yang penuh dengan 'masalah' kreadibilitinya sehingga kini. Terbaru dan terkini ialah tentang 'statment' media Perancis. Sehingga kini Najib masih belum menjawab mengenainya...Betul atau tidak,Tuhan sahaja yang tahu akan kepastiannya.

Rakyat kini bukanlah seperti 20 tahun yang lalu. Kini rakyat telah berada di abad ke 20. Mungkin BN tak mengerti akan keadaan rakyat yang berada di abad ke 20. Inilah di antara 'ketempangan' BN hari ini. Mungkin kepeimpinan mereka leka dalam 'mencangkul' gunung emas dan terlepas pandang akan situasi hari ini.

Terima Kasih Tuhan kerna telah memberikan akan keterbukaan hati rakyat yang selama ini 'buta' akan kebenaran. Telah lama pejuangMU berjuang dalam menyatakan kebenaran,mereka telah di duga dengan hebat olehMU...Kini dugaan yang Kau berikan telah Kau balas dengan kejayaan. Kini kejayaan demi kejayaan telah Kau titiskan,semoga suatu hari nanti pejuang-pejuang yang telah berjuang di jalanMU akan beroleh kejayaan...siapalah kami yang hina ini tanpa bantuan dari MU yang Maha Satu...

Buat penduduk kawasan Penanti serta pendukung perubahan,inilah sekali lagi peluang yang di berikan olehNYA dalam menyatakan isi hati kita...Jangan lepaskan peluang keemasan ini...Buktikan bahawa 'Satu Malaysia hanya untuk Satu Penggal sahaja'

Buat yang kengkawan 'tergelincir' sedikit itu, pintu taubat masih terbuka...

0 comments:

Post a Comment