Pages

Friday, July 31, 2009

Semoga Tuhan membuka hati Dr Mohd Puad Zarkashi

Semoga Tuhan 'mencerahkan' hati saudara Dr Mohd Puad Zarkashi .

Sedih dan tersentak bilamana saudara kita iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi meminta golongan muda terutama dari PAS menentang Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)...Astafirullah halazim..

Kepada saudara Dr Mohd Puad Zarkashi harap cerminlah diri anda sebelum anda menentang seorang Ulama...Penulis bukanlah taksub atau mendewakan TGNA. Tetapi nilailah pemimpin itu dari kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan bukannya Islam yang mengikut kehendak 'kerajaan'...Jika semua golongan muda menentang seorang alim ulama siapa pula yang harus kami turuti. TGNA pernah menjadi imam semasa rakyat bersembahyang jemaah...Pernahkah pemimpin anda iaitu Najib menjadi imam ketika umat Islam bersolat...Setakat ini belum pernah rasanya Najib menjadi imam di masjid semasa umat Islam berjemaah...

Jika TGNA di tentang,adakah Najib ataupun saudara sendiri akan mengajar,memberi kuliah agama kepada kami?...Adakah saudara orang yang berkelayakan dalam memberi ilmu agama kepada kami?

Mahukah kamu melihat generasi muda terutamanya yang perempuan tak menutup aurat seperti Rosmah atau pun Nori.?

Harap saudara Dr Mohd Puad Zarkashi memikirkan semula apa yang saudara katakan itu. Jangan hanya untuk kepentingan parti saudara sanggup menyuruh pemuda menolak kepimpinan ulama.

Mungkinkah kita kini berada di 'akhir garisan',bila mana golongan munafik di angkat menjadi pemimpin...

Yang baik itu dari Allah,yang buruk itu dari penulis sendiri.

Akhir kata,lain kali tu cakap guna akai la sikit...

'Rupa-rupanya UMNO mahukan lahirnya pemimpin yang biadap pada Ulama'

Wednesday, July 29, 2009

Kemelut ISA

ISA ataupun Tahanan tanpa bicara kini menjadi 'panas' apabila GMI akan mengadakan 'himpunan' tanda protes terhadap ISA. Isu ini bukan kali pertama di luahkan oleh rakyat secara himpunan,malah dah berkali ia di lakukan.

Umum mengetahui bahawa ISA adalah satu akta yang membolehkan 'pemerintah' ataupun 'penguasa' menahan serta menghukum seseorang tanpa melakukan bicara. Alasannya ialah demi keselamatan negara.

Tapi sejak akhir-akhir ini ISA lebih cenderung kepada penahanan ahli politik ataupun aktivis yang membangkitkan isu-isu yang agak 'mengancam' pemerintah. Hukuman yang 'standard' akan di kenakan ialah 2 tahun. Itu pun jika 'pesalah' kembali patuh kepada arahan dan akur dengan kehendak pemerintah.

ISA ada baik juga di kekalkan jika ia di kenakan ke atas insan yang benar-benar menggugat keharmonian negara,agama dan kaum di Malaysia,tapi hari ini penahanannya lebih cenderung kepada ahli politik yang 'bias' kepada pemerintah hari ini.

Dalam menyelesaikan masalah ini eloklah kiranya kita bertanya kepada alim ulama di negera kita,yang lebih afdal lagi ialah pandangan para-para mufti yang berada di negara kita di setiap negeri. Nak lebih kukuhkan lagi,maka majlis fatwa haruslah mengeluarkan fatwa akan 'kedudukan' hukum ini dari sudut Islam...

Bukankah Islam itu membawa rahmat seluruh alam,Bukan kah Islam itu sesuai untuk semua,Bukankah Islam itu lengkap agamanya....Maka Penyelesaian harus di guna pakai dalam menjamin 'status' hukum ini...Malaysiakan negara Islam.

Maka majlis fatwa haruslah mengeluarkan fatwa tentang ISA...Baru lah aman negara kita. Maka terimalah dengan sebulat suara bila fatwa telah di keluarkan. Fatwa nanti biarlah berlandaskan Al-Quran dan bukannya telunjuk kerajaan.

Semoga kita semua beroleh rahmat dariNYA.

Tuesday, July 28, 2009

Kerjasama PAS dan UMNO

Salam sejahtera.

Selepas kegagalan pertama UMNO untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan (UG) dengan PAS kini timbul plak kerjasama PAS dan UMNO. Secara jujurnya penulis ingin katakan ia hanyalah serangan kedua untuk memecahkan PR yang kian mendapat tempat di hati rakyat.

Terbaru ialah apabila kemasukan dengan kemasukan Chua Jui Meng(MCA) dan S Subramaniam(MIC) ke dalam PKR.Maka gundah gulanalah saf BN terutamanya UMNO. Mahu tak mahu maka pendekatan ala Najib gunakan ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Di sini terbuktilah bahawa UMNO kini kian tersepit selepas Tsunami PRU12 lalu. Bagi menjamin 'political millage' mereka maka kerjasa dengan sebuah parti melayu perlu di wujudkan,maka PAS adalah sasaran mereka.

Hari ini media massa milik BN semakin hari semakin 'kompangkan' kerjasama dengan PAS. Hakikat sebenarnya bukanlah untuk penyatuan melayu ataupun Islam,tetapi ia lebih bersifat peribadi.

Tetapi kalau dah buta hati tu,buta hati jugak...mereka UMNO semakin hari semakin terdesak,jalan keluar dari 'kesesakan' itu perlu di cari,maka gabungan dengan PAS harus dilakukan...Tetapi sedarlah wahai saudara ku bahawa PAS bukanlah bodoh seperti yang di sangkakan.

Tuan Guru Nik Aziz itu bijak orangnya. Hanya satu ungkapan sahaja yang beliau berikan tetapi ia cukup mendalam buat UMNO...Ungkapa dari hamba yang soleh ini hanya mudah,iaitu Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila


Inilah kehebatan seoranga Ulama yang berjiwa murni dan ikhlas dalam perjuangannya. Satu ungkapan sahaja,sudah menjawab seribu persoalan.

Semoga ikatan PR terus berkekalan dalam menuju pemerintahan yang adil dan di berkati Tuhan.

Monday, July 27, 2009

Tun Salleh Abas: Sesuai Mengetui Suruhanjaya Di Raja

Kematian saudara Teoh Beng Hock amat mengejutkan masyarakat Malaysia. Kematian beliau di selubungi dengan pelbagai persoalan di fikiram masyarakat terutamanya keluarga terdekat mangsa.

Punca dan bagaimana beliau mati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagi mencari punca kematian yang agak misteri itu,maka wajarlah Suruhanjaya Diraja di tubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenarnya kematiannya bagi memuaskan hati semua pihak terutamanya keluarga mangsa. Yang lebih penting lagi ialah tunang beliau yang sedang mengandung anak mereka.

Maka besetujulah penulis dengan cadangan yang di berikan oleh pengerusi GERAK agar Tun Salleh Abas mengetuai suruhanjaya tersebut.Ini kerana kreadibiliti yang ada pada beliau tidak boleh di sangkal lagi oleh mana-mana pihak.

Biarlah ia berlaku adil tanpa prasangka bagi menjamin keharmonian dan nama baik institusi yang terlibat seperti SPRM yang agak tercalar sedikit namanya selepas kematian Teoh Beng Hock. Penulis tidak menuding jari ke arah SPRM, kerna di ketika dan saat ini hanya Tuhan sahaja yang tahu akan kebenarannya. Oleh itu bagi menjamin integriti SPRM eloklah ia di siasat oleh suruhanjaya yang bebas akan kreadibilitinya.

Bayangkan jika ini terjadi kepada kita,apakah perasaan kita ketika ini. Penulis juga ingin merakamkan takziah ke atas keluarga mangsa terutamanya tunang mangsa.

'Hak untuk mengambil nyawa adalah milik Tuhan,janganlah kita cuba menjadi Tuhan'

Salam Takziah.