Pages

Friday, July 31, 2009

Semoga Tuhan membuka hati Dr Mohd Puad Zarkashi

Semoga Tuhan 'mencerahkan' hati saudara Dr Mohd Puad Zarkashi .

Sedih dan tersentak bilamana saudara kita iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi meminta golongan muda terutama dari PAS menentang Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)...Astafirullah halazim..

Kepada saudara Dr Mohd Puad Zarkashi harap cerminlah diri anda sebelum anda menentang seorang Ulama...Penulis bukanlah taksub atau mendewakan TGNA. Tetapi nilailah pemimpin itu dari kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan bukannya Islam yang mengikut kehendak 'kerajaan'...Jika semua golongan muda menentang seorang alim ulama siapa pula yang harus kami turuti. TGNA pernah menjadi imam semasa rakyat bersembahyang jemaah...Pernahkah pemimpin anda iaitu Najib menjadi imam ketika umat Islam bersolat...Setakat ini belum pernah rasanya Najib menjadi imam di masjid semasa umat Islam berjemaah...

Jika TGNA di tentang,adakah Najib ataupun saudara sendiri akan mengajar,memberi kuliah agama kepada kami?...Adakah saudara orang yang berkelayakan dalam memberi ilmu agama kepada kami?

Mahukah kamu melihat generasi muda terutamanya yang perempuan tak menutup aurat seperti Rosmah atau pun Nori.?

Harap saudara Dr Mohd Puad Zarkashi memikirkan semula apa yang saudara katakan itu. Jangan hanya untuk kepentingan parti saudara sanggup menyuruh pemuda menolak kepimpinan ulama.

Mungkinkah kita kini berada di 'akhir garisan',bila mana golongan munafik di angkat menjadi pemimpin...

Yang baik itu dari Allah,yang buruk itu dari penulis sendiri.

Akhir kata,lain kali tu cakap guna akai la sikit...

'Rupa-rupanya UMNO mahukan lahirnya pemimpin yang biadap pada Ulama'

0 comments:

Post a Comment