Pada 4 Ramadhan nanti penduduk Permatang Pasir sekali lagi akan merayakan pilihanraya kecil sekali lagi selepas Pematang Pauh.
Gendang pertarungan telah pun di palu oleh kedua-dua pihak. PAS seperti biasa dah pun 'all out' seluruh jenteranya...Mungkin bagi mereka ia merupakan 'Peperangan Badar' kecil yang bakal di hadapi. Bagi ahli ia tidak ada masalah langsung.
Di pihak BN pula seakan tercari-cari rentak paluan yang hendak di mainkan. Mana tidaknya Majlis Peguam telah pun mengesahkan bahawa calon mereka telah di gantung 'lesennya' kerna terbukti pecah amanah.
Modal untuk berkempen pun sudah habis,maka plan seterusnya plak di gunakan. Maka talian hayat terakhir yang ada pada BN kini ialah Media Massa.
Meloya jugak bila aku membaca media massa milik pro BN. Hanya isu kenyataan Nik Aziz di putar belitkan bagi memanaskan suasana. Kekadang tu rasa jahil gak kumpulan BN ni bila tak memahami sesuatu isu. Harap lepas nie Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir mewajibkan tazkirah ke atas Menteri-menteri yang ada supaya mereka ni faham sikit apa itu Islam.
Bukan nya kita nak memandang rendah kepada menteri-menteri yang ada hari ini,tetapi kedaifan ilmu mereka semakin ketara. Ini secara tidak langsung menampakkan kejahilan mereka di hati rakyat.
Yang Pastinya pilihanraya kali ini BN hatuslah memikirkan duit yang akan di labur itu seharusnya di belanjakan ke jalan yang benar. Lagi bulan yang mulia bagi umat Islam dah pun hampir,maka duit itu sewajarnya harus lah di belalanjakan ke jalan yang baik...
Apu Salam Ramadhan al mubarak di ucapkan.
Buat petugas PR teruslah usha 'mencerminkan' UMNO di mata rakyt.
Salam berjuang.
0 comments:
Post a Comment