Pages

Sunday, August 2, 2009

MB Selagor dahului etika penjualan Arak.

Salam hormat.

Syabas dan tahniah di atas kesedian MB Selangor kerna 'terdetik' hatinya untuk mengkaji penjualan arak ke atas orang Islam.

Sememang arak di ketahui umun adalah minuman yang telah di haramkan oleh Islam,tetapi penjualannya berleluasa di mana orang Islam sendiri dengan mudah boleh menikmatinya. Kedai serbaneka yang kerajaan luluskan permitnya dengan mudah dan sewenangnya menjual arak kepada orang Islam.

Sedar tak sedar minuman arak sekarang telah menjadi trend kepada penganut Islam,terutamanya golongan muda. Mereka sendiri sedar akan 'keharamannya' malah ia telah menjadi seperti biasa sahaja ke atas umat Islam.

Lihatlah contoh baru-baru ini,seorang GRO telah mengakui meminum minuman 'najis' itu di khalayak ramai,dan dengan relanya menyuruhkan makhamah mempercepatkan hukuman 'sebat' ke atasnya diatas permintaannya sendiri.

Ini adalah satu contoh di mana beliau telah sedar akan 'dosa'nya...mudah-mudahan Tuhan mengampuni dosanya.

Oleh demikian usaha yang yang bakal dilakukan oleh MB Selangor haruslah di puji dan di sokong oleh semua pihak tanpa 'berpaksikan' mana parti politik.

Secara tidak langsung ia merupakan contoh kepada semua pemimpin Islam dalam menangani isu arak ini. Di harapkan juga pihak JAKIM,PEKIDA,ABIM dan lain-lain lagi yang 'bernamakan' pertubuhan 'ISLAM' membantu menyelesaikan masalah arak yang kini berleluasa ke atas orang Islam.

Harap majlis agama Islam juga haruslah memainkan peranan dengan lebih hebat lagi dalam menangani masalah 'peminum' di kalangan orang Islam,setidaknya ia mengembalikan kemulian Islam pada pandangan bukan Islam.

Banyak 'kelab-kelab' malam bebas menjual arak ini kepada orang Islam terutamanya golongan remaja Islam.Secara tidak langsung ia 'mencabar' kesucian Islam secara tidak langsung.

Oleh itu pihak-pihak yang bertanggung jawab,haruslah menyelesaikan masalah yang melanda umat Islam kini. Di samping itu untuk mengembalikan martabat Islam.

Berharap usaha murni MB Selangor mendapat sokongan semua pihak dan pertubuhan yang 'bernama' Islam.

Mengangkat maruah Islam itu lebih penting dari penyatuan bangsa,kerna Tuhan tidak pernah 'mengagongkan melayu'...

Buat apa bangsa hebat jika agama pemimpin itu layu...
Fikirkanlah sejenak.

Harap MB semua negeri patut 'bersama' MB Selangor dalam mengatasi masalah ini...Bukankah Malaysia ini negara ISLAM...

0 comments:

Post a Comment