Pages

Tuesday, September 15, 2009

Capal: Warisan Bangsa

Kasut capal begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Dulunya banyak di pakai oleh pembesar dan para pendekar melayu di zaman silam terutamanya di zaman kesultanan melayu Melaka.


Kini ia menjadi trend anak muda terutamanya ketika menyambut lebaran. Capal akan menjadi pilihan bagi golongan tua dan muda masyarakat melayu bila menyambut syawal. Capal juga menjadi pilihan bila si teruna dan si dara menjadi raja sehari.


Di Pulau Pinang Capal Jago memang cukup terkenal bagi penggemar capal. Ini kerana mereka juga membuat capal kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad badawi.


Kini Capal Jago turut mengikuti perkembangan terkini dengan pelbagai jenis capal yang telah di naik tarafkan mengikut perkembangan zaman yang mana ciri-ciri keasliannya masih di kekalkan.

Pelbagai jenis capal terdapat di sini. Oleh itu marilah kita jadikan juga sebagai koleksi selain di gunakan ketika menyambut lebaran. Berikut adalah antara koleksi capal yang telah mengalami pembaharuan:-






Terdapat pelbagai jenis lagi jenis capal yang di keluarkan oleh Jago. Untuk maklumat lanjut bolehlah datang lihat sendiri di Jago Kepala Batas di alamat 706,Jalan Perak,Kepala Batas.Pulau Pinang dan hubungi 017-4158958,012-4032360-AM.












Tuesday, September 8, 2009

Ramdhan Karim


Pada Isnin lalu iaitu tanggal 7 Sept adalah hari turunnya Al-Quran.Ia lebih di kenali sebagai Nuzul Quran.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam kerna di bukakan pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka.Malah kesemua syaitan-syaitan telah dibelengu ataupun di ikat. Begitu sayangNYA Tuhan kepada umatnyanya untuk memberi ganjaran kepada umat Islam.

Tetapi agak sedih bila mana masih ada segelintir umat Muhammad S.A.W yang tak endah akan suruhannya.Bagi mereka ia seolah beban ke atas mereka untuk berpuasa.


Bersahur adalah satu nikamat yang penuh hikmahnya di mana Umat Islam di galakan bersahur sebelum berpuasa keesokan. Waktu yang terbaik bersahur adalah di lewatkan. Ini kerna ada hadis Nabi mengatakan bahawa 'bersahur itu berkat'.Bersamalah kita mencari akan hikmahnya..Gambar menunjukkan mereka yang sedang bersahur. Tidak ketinggalan juga rakan dari bukan Islam juga turut merasa akan nikmat bersahur bersama.

Kalau di congak hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam diwajibkan berpuasa kerna Bulan Yang Mulia ini akan melabuhkan tirainya,Syawal semakin hampir menjelma. Dengan baki yang ada ini maka gunakanlah sebaik mungkin terutama di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini...Carilah Lailatul Qadhar..

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa makna dan keberkatan buat kita. Gunakan sebaik mungkin kerna belum tentu Ramadhan tahun depan kita dapat merasakannya.

Salam Ramadhan dan Salam Syawal.

Thursday, September 3, 2009

Kepala Lembu

Gumpita jugaklah Selangor pabila kepala lembu di hantar ke pejabat SUK Selangor.

Kekadang terasa bangang jugak dengan manusia ini(Si bahalol yang membawa).Lembu bagi umat Islam halal di makan malah ia boleh di jadikan Ibadah Korban. Manakala bagi masyarakat India plak ia merupakan haiwan yang suci.

Tetapi si bangang yang ada ni menampakkan lagi kejahilannya kerna mempermainkan kepala lembu yang berdarah. Ini di lakukan kerana protes terhadap kerajaan negeri Selangor membabitkan isu kuil. Si bangang yang membawa kepala haiwan ini lebih hina lagi dari 'binatang' kerna tak faham akan sensetif masyarakat majmuk...Tak keterlaluan andai di katakan si bahalol ini jahil dalam bab agama Islam.

Bodohnya si bahalol ini tidak menghayati isi kandungan Al-Quran di mana Allah s.w.t telah mengatakan bahawa 'tidak ada paksaan dalam beragama'...Bahalol sungguh pemuda tersebut.

Aku sebagai penganut Islam dengan ini mengutuk si bahalol tersebut. Kerna kejahilan beliau dalam agama membuatkan agama Islam tercemar dan di pandang serong oleh penganut bukan Islam.

Oleh demikian aku berharap agar Menteri Dalam Negeri memngambil tindakan yang tegas terhadap si bahalol tersebut. Di harap juga KDN tidak memilih kasih terhadap si bahalol ini.

Aku dan Rakyat Malaysia juga sebenarnya menunggu ulasan dari 'Menteri Agama'-Khir Johari dalam isu ini. Janganlah kerna si bahalol yang bangang ini Agama Islam di pandang hina oleh penganut agama lain.

IslaM itu Indah,Golongan semacam Si Bahalol inilah yang mencacatkan kemuliaanya.

Apa pun salam Ramadhan Karim buat umat Islam.