Pages

Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts

Saturday, January 9, 2010

SERANGAN KE ATAS GEREJA

KENYATAAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN




Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;

Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;

-Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.

-Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.

-Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.


Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).

Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.

Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.

Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.


Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin -8 Jan 2010

Thursday, December 3, 2009

Mahalnya Nasi Kandar

Salam 2 all.

Sebelum ni artikel aku lebih kepada politik,kini aku akan ceritakan pasal masyarakat plak...Nasib baik ada idea...hehehe.

Tadi baru je aku je melahap kat kedai Nasi kandar yang agak terkenal kat Penang. Lokasinya ialah Batu Maung...Namanya tak perlu la aku sebutkan lagi.

Sekali makan jer RM 8.20 dan air plak RM 1.oo (teh o ais). Jumlah keseluruhannya ialah RM 9.20...Mak aihhhhhh....

Masalahnya ialah harga tu tak berbalaoi dengan lauk yang di ambil. lauknya hanyalah ayam gulai,udang kecik bersama ubi 'bangla' dan kacang bendi 3.
Nasi yang harganya RM 8.20...memang tak berbaloi.

Setelah di check dengan casher tadi di menyatakan harga Ayam RM 3.00,Udang kecil +Ubi RM3.50 (ubi je lebih dari udang) dan kacang bendi RM 0.70 dan nasi RM 1.00. Totalnya RM 8.20...

Patutla pengusaha nasi kandar tu ada beberapa cawangan kat Penang ni...untung besar katakan.

Aku sebenarnya tak la kira sangat pasai duit tu,tapi biarlah berbaloi dengan lauk yang di ambil...Memang tak berbaloi pun tadi...

Aku akan panjatkan kes ini ke atas...sia-sia juga aku pegang jawatan kat dalam Parti yang memerintah di Pulau Pinang ni...hehehehe.

Bukan apa demi rakyat yang telah memberi mandat kepada kita,so kita kenalah 'suarakan demi keadilan' isi hati mereka ke peringkat atasan. Aku rasa ramai lagi pelanggan yang terkena seperti aku...Aku tak akan diam kan diri dalam hal ini.

Demi tanggungjawab aku,aku akan selesaikannya..

Wassalam.

Penzalim Yang Degil Wajar di Doa Bala

Dari petikan Harakah Daily

KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan."Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain."Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain."Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan."Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti."Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya

Harap-harap Kepimpinan BN fikirla sendiri...

Tuesday, September 15, 2009

Capal: Warisan Bangsa

Kasut capal begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Dulunya banyak di pakai oleh pembesar dan para pendekar melayu di zaman silam terutamanya di zaman kesultanan melayu Melaka.


Kini ia menjadi trend anak muda terutamanya ketika menyambut lebaran. Capal akan menjadi pilihan bagi golongan tua dan muda masyarakat melayu bila menyambut syawal. Capal juga menjadi pilihan bila si teruna dan si dara menjadi raja sehari.


Di Pulau Pinang Capal Jago memang cukup terkenal bagi penggemar capal. Ini kerana mereka juga membuat capal kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad badawi.


Kini Capal Jago turut mengikuti perkembangan terkini dengan pelbagai jenis capal yang telah di naik tarafkan mengikut perkembangan zaman yang mana ciri-ciri keasliannya masih di kekalkan.

Pelbagai jenis capal terdapat di sini. Oleh itu marilah kita jadikan juga sebagai koleksi selain di gunakan ketika menyambut lebaran. Berikut adalah antara koleksi capal yang telah mengalami pembaharuan:-






Terdapat pelbagai jenis lagi jenis capal yang di keluarkan oleh Jago. Untuk maklumat lanjut bolehlah datang lihat sendiri di Jago Kepala Batas di alamat 706,Jalan Perak,Kepala Batas.Pulau Pinang dan hubungi 017-4158958,012-4032360-AM.