Salam 2 all.
Kini gelora tempiasan ribut kian menghampiri PKR. Terbaru ialah mengenai kenyataan Panglima Melayu PKR iaitu Zulkifli Nordin yang mempertahankan kesucian Islam telah di pandang serong oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain. Niat beliau adalah suci,tapi suci itu dilihat dalam debu.
Maka satu tindakan displin akan di hadapinya. Tetapi sebagai panglima Melayu Islam sejati tiada pun sedikit persaan gentar yang akan di rasainya...Inilah pejuang sejati...Kenapala MP Shah Alam tu 'melompat sangat'...harap MP Shah Alam tu faham akan hakikat politik sebenarnya dengan mengambil kira akan keudukan Islam di Malaysia...Islam di Malaysia mudah di tembus oleh musuh-musuh Islam...Maka pendekatan lain harus di gunakan...
Kini PKR mula hilang akan sedikit perjuangannya...mana tidaknya,kepimpinan PKR di Pulau Pinang kini akan menghadapi sedikit kekalutan..tunggu dan lihat sahaja...apa yang akan berlaku nanti...Tungguuuuuuuu....
Budaya cah kating sebelum ini di katakan ada pada PAS kini pada PKR ia lebih teruk lagi...Kepempinan negeri gagal menterjemahkan semangat DSAI di dalam pentadbiran..kini setelah hampir 2 tahun memerintah tiada ada apa perubahan yang dapat di lihat oleh rakyat...Budaya lobi melobi pula kini semakin menjadi-jadi di kalangan PKR itu sendiri...Bermulanya dari episod 'menjatuhkan' Fairus dari kerusi TKM 1,kini budaya itu semakin menular dengan agak luas di kalangan kepimpinan PKR di Pulau Pinang amnya...
Sebagai antara yang mendukung 'kemaraan' KeADILan terasa sedikit kecewa dengan kepimpinan negeri seolah-olah apa 'kehendak' DSAI masih gagal di laksanakan di negeri permulaan era Reformasi kini...Ingatlah rakyat kini bukanlah bodoh seperti dahulu,kami mula menilai akan ketulenan intan yang di katakan...kami takut ia adalah kaca semata-mata...
Kini UMNO bukanlah diamkan diri lagi..lihatlah dengan kemudahan yang ada mereka kini gunakan sebaik yang mungkin...Semakin hari semakin dekat mereka kepada rakyat,tapi PR di Pulau Pinang seolah-olah menjauhkan diri dari rakyat , maka kesempatan yang ada ini di gunakan sebaik mungkin oleh UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.
Harap DSAI dan kepimpinan tinggi PKR,bersihkan lah insan-insan yang cuba mengangguk di air yang keruh di dalam PKR..lihatlah betapa ramainya seperti ejen-ejen UMNO yang cuba 'menebang' PKR sikit demi sedikit...akhirnya PKR akan berkubur setelah sepenggal sahaja di beri peluang memerintah...tapis dan nilai la suara-suara yang kononnya menjadi hero tetapi mereka sebenarnya mempunyai kepenting diri dalam berpolitik...Kini semakin teserlah golongan tersebut di dalam PKR terutamanya di Pulau Pinang.
Jangan nanti sampai rakyat dah 'meloya' dengan kita baru kita sedar akan golongan-golongan ini. Setakat ini PKR dan PR di Pulau Pinang masih belum boleh di banggakan kerana masih belum ada 'some things' new di tampilkan di dalam pemerintahannya...
Jangan lah terkejut andainya ada MP kita yang melompat kerna kekecewaan mereka terhadap PKR...Mereka ini sebenarnya jujur di dalam perjuangan,tapi di sebabkan 'rangkaian-rangkaian' jahat yang terdapat di dalamnya maka kejujuran mereka telah di manipulasikan keadaan...Ingatlah kawan boleh menjadi lawan,dan lawan adakalanya menjadi lawan.
sesudah berdarah baru lah sedar...tapi sayang nya semuanya sudah terlambat.
0 comments:
Post a Comment