Pages

Showing posts with label Isi Hati. Show all posts
Showing posts with label Isi Hati. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

Sah,Memang Utusan Meloya

Salam 2 all.

Terkezut bangat bila mendapat tahu bahawa Utusan Meloya mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri.

Ternyata sah lah bahawa utusan Meloya kini merupakan penyebar fitnah no 1 suratkhabar harian. Buktinya ialah sidang media yang di adakan oleh Maliik Kassim iaitu Exco Agama dan Lim Guan Eng sendiri. Yang lebih 'terasa' ialahlah kenyataan Lim Guan Eng ada mengatakan "adakah sampai kiamat baru Utusan Meloya ini berhenti menabur fitnah"...Kalau aku penulis utusan meloya dalam isu itu dah lama aku berhenti menjadi orang.

Pelik la juga dengan penulis yang membuat statement seperti itu,tergamak ia memfitnah sedemikian rupa. Sanggup memainkan sintimen agama bagi memecahkan belahkan rakyat Pulau Pinang serta sanggup menyebarkan fitnah ketahap yang tinggi.

Yang paling sedih sekali ialah pakcik-pakcik di kampung yang menjadikan utusan meloya ini sebagai sumber maklumat mereka,maka mereka akan terkena 'racun' dari penulis yang tak bertanggung jawab ini. ...menjawab lah kamu di depan Allah nanti.

Sedarlah kawan (penulis tersebut) fitnah itu dasyat dari membunuh,fikir lah yang kita akan mati suatu hari nanti. Janganlah kita membunuh orang tanpa kebenaran yang Allah s.w.t telah tetapkan, hak mengambil nyawa itu hanya milik Tuhan yang Esa sahaja. Adakah kamu berlagak menjadi Tuhan ?

Lu fikirla sendiri.

Wednesday, January 27, 2010

Gelora Melanda PKR

Salam 2 all.

Kini gelora tempiasan ribut kian menghampiri PKR. Terbaru ialah mengenai kenyataan Panglima Melayu PKR iaitu Zulkifli Nordin yang mempertahankan kesucian Islam telah di pandang serong oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain. Niat beliau adalah suci,tapi suci itu dilihat dalam debu.

Maka satu tindakan displin akan di hadapinya. Tetapi sebagai panglima Melayu Islam sejati tiada pun sedikit persaan gentar yang akan di rasainya...Inilah pejuang sejati...Kenapala MP Shah Alam tu 'melompat sangat'...harap MP Shah Alam tu faham akan hakikat politik sebenarnya dengan mengambil kira akan keudukan Islam di Malaysia...Islam di Malaysia mudah di tembus oleh musuh-musuh Islam...Maka pendekatan lain harus di gunakan...

Kini PKR mula hilang akan sedikit perjuangannya...mana tidaknya,kepimpinan PKR di Pulau Pinang kini akan menghadapi sedikit kekalutan..tunggu dan lihat sahaja...apa yang akan berlaku nanti...Tungguuuuuuuu....

Budaya cah kating sebelum ini di katakan ada pada PAS kini pada PKR ia lebih teruk lagi...Kepempinan negeri gagal menterjemahkan semangat DSAI di dalam pentadbiran..kini setelah hampir 2 tahun memerintah tiada ada apa perubahan yang dapat di lihat oleh rakyat...Budaya lobi melobi pula kini semakin menjadi-jadi di kalangan PKR itu sendiri...Bermulanya dari episod 'menjatuhkan' Fairus dari kerusi TKM 1,kini budaya itu semakin menular dengan agak luas di kalangan kepimpinan PKR di Pulau Pinang amnya...

Sebagai antara yang mendukung 'kemaraan' KeADILan terasa sedikit kecewa dengan kepimpinan negeri seolah-olah apa 'kehendak' DSAI masih gagal di laksanakan di negeri permulaan era Reformasi kini...Ingatlah rakyat kini bukanlah bodoh seperti dahulu,kami mula menilai akan ketulenan intan yang di katakan...kami takut ia adalah kaca semata-mata...

Kini UMNO bukanlah diamkan diri lagi..lihatlah dengan kemudahan yang ada mereka kini gunakan sebaik yang mungkin...Semakin hari semakin dekat mereka kepada rakyat,tapi PR di Pulau Pinang seolah-olah menjauhkan diri dari rakyat , maka kesempatan yang ada ini di gunakan sebaik mungkin oleh UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Harap DSAI dan kepimpinan tinggi PKR,bersihkan lah insan-insan yang cuba mengangguk di air yang keruh di dalam PKR..lihatlah betapa ramainya seperti ejen-ejen UMNO yang cuba 'menebang' PKR sikit demi sedikit...akhirnya PKR akan berkubur setelah sepenggal sahaja di beri peluang memerintah...tapis dan nilai la suara-suara yang kononnya menjadi hero tetapi mereka sebenarnya mempunyai kepenting diri dalam berpolitik...Kini semakin teserlah golongan tersebut di dalam PKR terutamanya di Pulau Pinang.

Jangan nanti sampai rakyat dah 'meloya' dengan kita baru kita sedar akan golongan-golongan ini. Setakat ini PKR dan PR di Pulau Pinang masih belum boleh di banggakan kerana masih belum ada 'some things' new di tampilkan di dalam pemerintahannya...

Jangan lah terkejut andainya ada MP kita yang melompat kerna kekecewaan mereka terhadap PKR...Mereka ini sebenarnya jujur di dalam perjuangan,tapi di sebabkan 'rangkaian-rangkaian' jahat yang terdapat di dalamnya maka kejujuran mereka telah di manipulasikan keadaan...Ingatlah kawan boleh menjadi lawan,dan lawan adakalanya menjadi lawan.

sesudah berdarah baru lah sedar...tapi sayang nya semuanya sudah terlambat.

Tuesday, January 26, 2010

Jodoh itu dari Tuhan


Salam 2 all.

Cinta sesama manusia adalah sesuatu fitrah manusia..bohonglah andai nya ada insan yang katakan tiada cinta dalam hidupnya...Mungkin yang pernah bercinta dan putus itulah ungkapannya...Tapi hakikatnya fitrah cinta itu ada tersemat di hati insan.



Bagi yang pernah putus cinta,cintailah yang Maha Satu kerana cinta itu sebenarnya adalah dari DIA...



Cintakan Maha Pemilik segalanya jadi...Benar tu....


Bagi yang pernah kecewa dalam bercinta kembalilah kepadanya dan muhasabahlah diri kita....Kita ini sebenarnya adalah milikNYA dan kita akan kembali kepadaNYA...Jodoh itu sebenarnya adalah darinya...Kita sebenarnya di uji olehNYA.



Cinta itu sebenarnya ada tiga...

1- Cinta Syaitan
Cinta yang terpaksa bercinta kerna ketelanjuran insan di sebabkan bisikan syaitan

2- Cinta Jin
Cinta yang menggunakan ilmu pengasih untuk memikat pasangan,menggunakan khidmat bomoh dan ia sebenarnya adalah perkara syirik...Ingatlah wahai teman syirik itu adalah dosa yang tak di ampunkan Tuhan.

3- Cinta dari Tuhan
Inilah yang dinamakan jodoh dan ketentuan dari Tuhan keatas kita...Ia adalah 'Syurga Cinta'
kita akan di temukan dengan pasangan yang sejati dan 'selari' dengan kita.

Bertuahlah andai kita di temukan dengan Cinta dari Tuhan...


Ia mengatur semua pertemuan dengan pasangan kita tanpa di duga...Adakalanya yang di temukan kepada kita itu jauh lebih baik dari yang sebelumnya...

Maka terus berdolah agar semuanya sempurna dalam mengharungi liku-liku hidup serta sisa hidup yang di berikan kepada kita.

Yang penting dalam hidup ini ialah kebahagian dan ketenangan...Maka kembalilah kepada Tuhan yang SATU dan berdoalah...

" Sesungguhnya Dialah Tuhan yang kita sembah dan minta pertolongan"

Wassalam.