Pages

Tuesday, April 20, 2010

BN Ketandusan Idea.

Salam 2 all.

Sejak 2 tiga hari ni aku mula tertarik membaca berita PRO kerajaan. Tentulah utusan Meloya dan berita hairan...Maklum la paper ni kan paper 'rasmi' famili aku.

Aku suka sangat bilamana isu Zaid Ibrahim kaki 'minum' di isukan. Tergelak jugak la aku dengan BN yang ketandusan idea-idea dalam pilihanraya kecil kali ini. Isu peribadi Zaid di mainkan dengan melabel Zaid ni kaki minum...

Di celah serangan peribadi itu terselit juga pengakuan Zaid yang mengatakan dia bukan 'malaikat'...bagus tu..jawapan yg agak bagus...

Tapi aku heran jugak la dengan UMNO ni...mcm la depa semua tu baik sangat...macam la pemimpin UMNO tu semua nya alim..macam la pemimpin UMNO tu tak pernah minum arak kot...hehehehe..naik tergelak la aku dengan kewarakan UMNO sejak kebelakangan ni.

Nampak sangat la yang UMNO kini benar-benar 'kecut' bila berdepan dengan Zaid Ibrahim...Maklum la isu peribadi plak yang di mainkan..licik betul la UMNO sekarang ni...

Minum arak haram,tak pakai tudung macam mana pulak yek...hehehehe...

Apa pun sebenarnya UMNO dah silap langkah sebenarnya...Walaupun di takdirkan mereka menang kali ini,tapi ingatla jangka masa panjang nanti ...Tungguuuuu....

Sifirnya begitu mudah...Menang kali,lepas ni nantila isu 'tudung' plak yang bakal di bawa...baru la melompat plak kali tu UMNO di buatnya...mungkin lepas ni mungkin SPR terus membuat akta mengharamkan serangan peribadi kan...hehehehe

Kesian jugak la UMNO...nampak sangat yang mereka ni dah 'gelabah' berdepan dengan Zaid Ibrahim...

Pesanan buat Najib,lepas ni suruh la Rosmah belajar pakai tudung yek...Malaysia kan negara Islam,tak kan 'first lady' tak tutup aurat kan..hehehehe...

Thursday, April 15, 2010

Ketaksuban Terhadap Agama

Salam Semua.

Terkejut juga aku bila mendengar pendedahan terbaru dari Dr Asri bahawa terdapat golongan yang taksub dengan agama hingga sanggaup 'menelan' air liur gurunya...

Inilah yang membuatkan Agama Islam akan di pandang hina oleh masyarkat bukan Islam. Guru kita itu adalah penyampai,dia juga manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan dosa walaupun dosa kecil. Rasullullah ialah golongan 'istimewa' yang di pilih oleh Allah sendiri dalam membawa kalam Allah kepada umat manusia.

Adakah guru yang sanggup di telan air liur itu sama darjat dengan Muhammad Bin Abdullah...jawapan nya memang tidak kerna Tuhan tidak memberikan sifat 'maksum' sebagai mana yang Tuhan berikan kepada Muhammad Bin Abdullah iaitu Nabi Junjungan Besar kita iaitu Rasullullah S.A.W.

Semakin hari semakin timbul lah golongan yang telalu fanatik agama hinggakan sanggup menyamakan darjat gurunya sedarjat dengan dengan Nabi Muhammad. Inilah yang dikatakan golongan pelampau Agama yang secara tak langsung akan mencemarkan 'kemurnian' Islam itu sendiri. Islam itu adalah agama Allah yang telah wahyu kan kepada Muhammad B Abdullah melalui kitabnya bernama Al-Quran.

Al-Quran sebuah kitab yang telalu agong hinggakan barat dan golongan bukan Islam 'teruja' akan isi kandungannya yang mana ia merupakan kitab sempurna yang tiada tandingan. Di dalam nya terkandung palbagai isu yang kalau nak di kupas ia tiada berakhirnya...Inilah kehebatan kitab yang bernama Al Quran. Tapi malangnya ia hanya di jadikan sebagai koleksi peribadi tanpa 'mendalami' isi kandungannya.

Lihatlah banyak penyelesaian yang telah di muatkan sebagai panduan kita semua,cuma kita sahaja yang tak mahu 'beriman' dengan kitab tersebut...Sebagai contoh kehebatan Al Quran ialah penyelesaian yang terbaik iaitu kes pembuangan bayi. Masyarakat hari ini hanya memperkatakan isu tersebut tanpa mencari jalan penyelesaiannya...Masyarakat hanya 'mengkompangkan' simpati tanpa mencari jalan dalam mengatasinya.

Tapi dalam Al Quran itu sendiri sudah ada jawapannya iaitu perlaksaan Hukum Allah...Andai ia di laksanakan nescaya pembuangan bayi di kalangan masyarakat kita dapat di atasi. Bayangkan golongan yang melakukan jenayah tersebut telah melakukan 2 dosa besar yang telah di 'had' kan di dalam Al Quran.
1- Berzina
2- Membunuh (bayi tersebut)

Bezina hukumnya sebatan bagi 80 rotan bagi yang belum berkahwin,manakala bagi yang dah berkahwin ialah rejam sampai mati

Membunuh,maka bunuh la hukumannya.

Naik gerun jugak la kita dengar,tapi inilah hukuman yang sewajarnya di kenakan keatas pembuang bayi tersebut...Inilah yang di katakan kehebatan Al Quran dalam menyelesaikan segala masalah yang melanda manusia. Bayangkan pesalah juga akan berasa gerun bila tahu akan akibatnya jika telah melakukan kesalahan,maka secara tak langsung ia akan 'membantut' kan niat jahat mereka itu,maka jenayah akan berkurangan....

Tapi malangnya di Malaysia ini,nama sahaja negara Islam,tetapi perlaksanaan terhadap undang-undang Islam macam 'haram'...mungkin kerna inilah negara kita ' di ulit' dengan pelbagai masalah yang melanda. Lebih malang lagi,baru-baru ini kesalahan syarian dapat di ampunkan oleh 'ketua agama'..pelik betul la Islam di Malaysia.

Kini hanya perubahan kita sahajalah yang mampu mengatasi semuanya yang berlaku. Serta hanya doa sahaja lah yang mampu kita lakukan dalam mengembalikan kegemilangan Islam dalam bertapak di negara kita.

Mudah-mudahan golongan yang taksub dengan gurunya itu kembalilah kepangkal jalan iaitu kembali kepada Al Quran dan Sunnah yang sebenar benarnya. Jangan lah kita mengagongkan guru kita hingga kan kita setarah dengan Kristian yang terlalu mengagongkan Nabi Isa,hingga kan menjadikan Isa itu Tuhan mereka...Selagi nama manusia,selagi itu kita adalah hambanya,sehebat mana kita pun kita tak akan setaraf dengan Muhammad B Abdullah a.k.a Nabi Muhammad S.A.W


Berubahlah sebelum kita menjadi parah...

Wednesday, April 14, 2010

APCO: Penasihat Malaysia

Salam 2 all.




Terkejut juga lah rakyat Malaysia bahawa kita selama ini mempunyai 'Tuan Penasihat' dari Israel melalui sebuah syarikat yang bernama APCO. Malah lebih malang lagi juga ia merupakan syarikat yang menyelenggara perkhidmatan PDRM...adussss...merbahaya ni.



Alangkah tertipu rupanya kita selama ini,bayangkan kita selama ini merupakan sebuah negera Islam,yang pernah menjadi pengerusi OIC rupa-rupanya 'menggaji' Israel laknatullah sebagai tuan penasihat kita sebagai publisiti antara bangsa...



Selama ini Anwar Ibrahim di kecam sebagai ejen Amerika-Yahudi,tetapi siapa sebenarnya ejen Yahudi sebenarnya...Sampai tahap tu lah politik BN-UMNO sanggup lakukan demi 'political milage' mereka.



Syukurlah pada Tuhan kerna telah membuktikan kepada kita,siapa sebenarnya pengkhianat kepada tanah air kita selama ini. Jika tidak kerana pendedahan DSAI di Parlimen,nescaya ramai lagi yang telah ditipu dengan mudahnya oleh pemimpin kita.



Apakah tidak ada syarikat lain ker yang di bayar untuk melaksanakan kerja-kerja seperti APCO buat..adakah 'caroi' sangat ka syarikat orang di Malaysia ni...adakah rakyat Malaysia tidak berkeupayaan untuk melakukan kerja seperti APCO ni ka...



Aku percaya,ramai rakyat Malaysia dah 'meluat' dan tak percaya lagi akan BN/UMNO ekoran isu APCO ini...Dalam politik jatuh menjatuh ini merupakan perkara biasa..tapi jangan la sampai menggadai negara dengan melantik syarikat yahudi sebagai 'Tuan Penasihat'... Bangangkah Najib dalam agama,kerna di dalam Al-Quran sendiri telah mengatakan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kita kecuali kita mengikut telunjuk mereka...MasyaALLAH..



Beginikah rupanya Najib yang sanggup menggadai negara kita....sanggup dia mengupah Yahudi...



Mudah-mudahan rakyat sedar akan 'perjalanan' UMNO kini..kesian kat orang kampung yang selama ini mempercayai UMNO dalam memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam...Rupa-rupanya mereka telah di tipu selama ini...

Sedarlah bahawa Malaysia kini berada dalam 'telunjuk' Yahudi...Oleh demikian,bersamalah kita menolak UMNO...


Wassalam.

Thursday, April 8, 2010

Perkasa:Talian Hayat Ibrahim Ali

Hari ini isu Perkasa banyak di 'komentar' kan oleh pemerhati politik. Tidak ada yang istimewa bila di renungkan akan perjuangan yang di bawa oleh perkasa sebenarnya.

Pertubuhan ini di naungi oleh Ibrahim Ali iaitu MP Bebas dari Pasir Mas. Pada hemat aku,Perkasa ini di tubuhkan adalah untuk talian hayat atau pun political milage kepada Ibrahim Ali sahaja. Ini kerana selepas ini akan berlaku PRU13. Ibrahaim sedar akan 'kedudukannya' pada masa itu. Di manakan beliau akan bertanding,dan atas tiket apakah beliau akan duduki. Sebelum ini beliau calon atas tiket PAS.

Aku yakin selepas ini atas tiket PAS beliau tidak akan di beri tempat lagi...Atas tiket UMNO,haram.......maka sebagai 'talian hayatnya' maka tiket NGO lah dia perlu 'tampilkan' dirinya....Maka dengan itu Perkasa di tubuhkan.

Dalam menarik perhatian rakyat bagi mendampingi perkasa,maka Ibrahim Ali telah di berikan sedikit slot dalam media massa arus perdana bagi 'mempromosikan' diri dan menaik taraf akan ketrampilannya...Sebelum ini dia juga ingin menjemput Sultan Selangor untuk merasmikan Pertubuhan itu,tapi Sultan Selangor adalah seorang Sultan yang bijak,di mana Tuanku telah menolak pelawaan itu...Ini lah contoh Sultan yang 'politic above'...Tak masuk campur mana-mana pihak.

Maka di hari 'pelancarannya' maka di jemput Tun Mahathir. Maka sedikit kredit juga Ibrahim Ali perolehi di atas kesudian kehadiran Tun Mahathir. Umum telah mengetahui bahawa Tun sebenarnya ada sedikit tawar hati kepada UMNO...statement yang dikeluarkan oleh beliau sedikit sebanyak 'menghentam' UMNO...itu semua orang tahu.

Ibrahim Ali perlu tahu dan tahu akan 'milage' nya sendiri. Tahu kah anda,bahawa anda bukanlah DSAI. Setakat ini hanya insan DSAI sahaja yang mampu mengubah peta politik Malaysia. Tahukah anda yang kini PERKASA sedang berada dalam gelombang kepincangan di mana orang kuat anda sendiri bakal di himpit dengan 'masalah sosial' yang mana suatu hari nanti orang akan mengatakan PERKASA adalah pertubuhan yang 'munafik'...Mungkin anda sendiri tahu yang orang kuat anda itu 'boleh tahan jugak sosialnya'...Kini beberapa blogger telah 'menampakkan siapa sebenarnya orang kuat anda itu.

Janganlah kita hanya menanam tebu di pinggir bibir,kini maklumat hanyalah di hujung jari....
Sedarlah Pertubuhan Anda tak ubah macam UMNO...cakap tak serupa bikin...ingatlah bahawa perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata...kini kata anda tidak seperti di kota.

Wassalam.

Paluan Gendang Dah Di Palu

Salam 2 all.

Sebelum ni tak ada pun berita yang benar-benar hot dalam negara kita. Kini 'kepanasan' sudah mula terasa. Tetapi panas ini lain sikit...ini panas politik namanya.

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Kini BN dan PR dah memulakan 'paluan kompang'...haihhhhhh...itu lah yang dikatakan politik namanya...

PRK kali ini di katakan akan menjadi kayu pengukur kepada kekuatan pemerintah dan pembangkang..ini lah yang di katakan medan sebenarnya kerna ia melibatkan negeri yang di tadbir oleh PR...kalau di ikutkan rekod lalu,PR menang tipis sahaja...

Apa pun kita lihat akan kesudahannya nanti k.

Panas nya berita negara kita ialah isu APCO...sebuah firma yang di terajui oleh rejim zionis yang di katakan menjadi 'tuan penasihat' kepada UMNO/BN...maka gumpitalah satu Malaysia akan 'penglibatan' Satu Israel...Di parlimen di katakan ia sedang rancak di bicarakan hinggakan hingga kini beberapa tokoh pembangkang akan di hadapkan ke Jawatan Kuasa Khas...

Masing-masing kini memberi hujah dalam mempertahankan kenyataan yang di buat oleh kedua-dua belah pihak...Pihan BN mesti lah ' me make sure' bahawa ia tuduhan tak berasa,tetapi mereka kena lah ingat yang membawa isu ini ialah DSAI....satu dunia kenai akan 'kehebatan' beliau...Secara adil aku katakan bahawa BN dah 'terduduk' akan 'penangan' isu ini.

Di sini kita melihat akan 'kreadibiliti' DSAI amat teserlah kerna hujah,bukti dan fakta yang di tampilkan lebih meyakinkan rakyat terhadap 'apa yang di kata'...aku memang pendukung PR,tapi itu lah hakikat yang perlu di terima oleh semua pihak...

Isu ini sebenarnya telah lama di bicarakan,cuma kini sahaja baru di sensasikan oleh media,media massa yang ada hari ini terutama yang pro-BN sebenarnya 'telah silap langkah' kerna mensensasikan isu APCO ini...Ini kerna kelemahan Najib sudah teserlah akan 'penangan' yang di berikan oleh DSAI...Boleh di katakan hingga kini Najib masih belum membuat kenyataan dalam isu ini...Ketara sekali kan 'kelemahan Najib'...Ia seolah 'hadiah' dari DSAI sempena ulang Tahun pertama menjadi PM...

Teman-teman 'atas pagar' dah mula menilai akan isu ini sebenarnya...mereka agak terkejut kerna Najib telah menggunakan khidmat zionis dalam urusan pentadbirannya...Mereka hari ini dah mula kecewa akan 'kewibawaan' Najib kerna menggunakan khidmat APCO sebagai 'Tuan Penasihat' nya...Sebelum ini DSAI telah di katakan ejen mereka,tetapi sebaliknya telah berlaku..

Bagi aku ia sebenarnya satu rahmat bagi membuktikan siapa sebenarnya berada di landasan yang betul,bukan di landasan yang munafik...Kekadang tu,terfikir la jugak,kenapala BN ni buat tindakan yang 'kurang bijak' yek...mungkin hati dah di tutup sedikit kot...entahla...

Harapan aku sebenarnya ialah nak tengok la pulak,bila la Malaysia ini di pimpim oleh pembangkang atau pun kini di kenali sebagai PR...Biarla Tuhan 'membersihkan' PR dari 'hati-hati yang kotor' dalam PR dulu...Biarla 'BEBAS' dari anasir-anasir yang tak 'istiqhomah' dalam perjuangan...Biar mereka berhijrah dari kita...

Wassalam.