Pages

Thursday, April 8, 2010

Perkasa:Talian Hayat Ibrahim Ali

Hari ini isu Perkasa banyak di 'komentar' kan oleh pemerhati politik. Tidak ada yang istimewa bila di renungkan akan perjuangan yang di bawa oleh perkasa sebenarnya.

Pertubuhan ini di naungi oleh Ibrahim Ali iaitu MP Bebas dari Pasir Mas. Pada hemat aku,Perkasa ini di tubuhkan adalah untuk talian hayat atau pun political milage kepada Ibrahim Ali sahaja. Ini kerana selepas ini akan berlaku PRU13. Ibrahaim sedar akan 'kedudukannya' pada masa itu. Di manakan beliau akan bertanding,dan atas tiket apakah beliau akan duduki. Sebelum ini beliau calon atas tiket PAS.

Aku yakin selepas ini atas tiket PAS beliau tidak akan di beri tempat lagi...Atas tiket UMNO,haram.......maka sebagai 'talian hayatnya' maka tiket NGO lah dia perlu 'tampilkan' dirinya....Maka dengan itu Perkasa di tubuhkan.

Dalam menarik perhatian rakyat bagi mendampingi perkasa,maka Ibrahim Ali telah di berikan sedikit slot dalam media massa arus perdana bagi 'mempromosikan' diri dan menaik taraf akan ketrampilannya...Sebelum ini dia juga ingin menjemput Sultan Selangor untuk merasmikan Pertubuhan itu,tapi Sultan Selangor adalah seorang Sultan yang bijak,di mana Tuanku telah menolak pelawaan itu...Ini lah contoh Sultan yang 'politic above'...Tak masuk campur mana-mana pihak.

Maka di hari 'pelancarannya' maka di jemput Tun Mahathir. Maka sedikit kredit juga Ibrahim Ali perolehi di atas kesudian kehadiran Tun Mahathir. Umum telah mengetahui bahawa Tun sebenarnya ada sedikit tawar hati kepada UMNO...statement yang dikeluarkan oleh beliau sedikit sebanyak 'menghentam' UMNO...itu semua orang tahu.

Ibrahim Ali perlu tahu dan tahu akan 'milage' nya sendiri. Tahu kah anda,bahawa anda bukanlah DSAI. Setakat ini hanya insan DSAI sahaja yang mampu mengubah peta politik Malaysia. Tahukah anda yang kini PERKASA sedang berada dalam gelombang kepincangan di mana orang kuat anda sendiri bakal di himpit dengan 'masalah sosial' yang mana suatu hari nanti orang akan mengatakan PERKASA adalah pertubuhan yang 'munafik'...Mungkin anda sendiri tahu yang orang kuat anda itu 'boleh tahan jugak sosialnya'...Kini beberapa blogger telah 'menampakkan siapa sebenarnya orang kuat anda itu.

Janganlah kita hanya menanam tebu di pinggir bibir,kini maklumat hanyalah di hujung jari....
Sedarlah Pertubuhan Anda tak ubah macam UMNO...cakap tak serupa bikin...ingatlah bahawa perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata...kini kata anda tidak seperti di kota.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment