Pages

Thursday, April 15, 2010

Ketaksuban Terhadap Agama

Salam Semua.

Terkejut juga aku bila mendengar pendedahan terbaru dari Dr Asri bahawa terdapat golongan yang taksub dengan agama hingga sanggaup 'menelan' air liur gurunya...

Inilah yang membuatkan Agama Islam akan di pandang hina oleh masyarkat bukan Islam. Guru kita itu adalah penyampai,dia juga manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan dosa walaupun dosa kecil. Rasullullah ialah golongan 'istimewa' yang di pilih oleh Allah sendiri dalam membawa kalam Allah kepada umat manusia.

Adakah guru yang sanggup di telan air liur itu sama darjat dengan Muhammad Bin Abdullah...jawapan nya memang tidak kerna Tuhan tidak memberikan sifat 'maksum' sebagai mana yang Tuhan berikan kepada Muhammad Bin Abdullah iaitu Nabi Junjungan Besar kita iaitu Rasullullah S.A.W.

Semakin hari semakin timbul lah golongan yang telalu fanatik agama hinggakan sanggup menyamakan darjat gurunya sedarjat dengan dengan Nabi Muhammad. Inilah yang dikatakan golongan pelampau Agama yang secara tak langsung akan mencemarkan 'kemurnian' Islam itu sendiri. Islam itu adalah agama Allah yang telah wahyu kan kepada Muhammad B Abdullah melalui kitabnya bernama Al-Quran.

Al-Quran sebuah kitab yang telalu agong hinggakan barat dan golongan bukan Islam 'teruja' akan isi kandungannya yang mana ia merupakan kitab sempurna yang tiada tandingan. Di dalam nya terkandung palbagai isu yang kalau nak di kupas ia tiada berakhirnya...Inilah kehebatan kitab yang bernama Al Quran. Tapi malangnya ia hanya di jadikan sebagai koleksi peribadi tanpa 'mendalami' isi kandungannya.

Lihatlah banyak penyelesaian yang telah di muatkan sebagai panduan kita semua,cuma kita sahaja yang tak mahu 'beriman' dengan kitab tersebut...Sebagai contoh kehebatan Al Quran ialah penyelesaian yang terbaik iaitu kes pembuangan bayi. Masyarakat hari ini hanya memperkatakan isu tersebut tanpa mencari jalan penyelesaiannya...Masyarakat hanya 'mengkompangkan' simpati tanpa mencari jalan dalam mengatasinya.

Tapi dalam Al Quran itu sendiri sudah ada jawapannya iaitu perlaksaan Hukum Allah...Andai ia di laksanakan nescaya pembuangan bayi di kalangan masyarakat kita dapat di atasi. Bayangkan golongan yang melakukan jenayah tersebut telah melakukan 2 dosa besar yang telah di 'had' kan di dalam Al Quran.
1- Berzina
2- Membunuh (bayi tersebut)

Bezina hukumnya sebatan bagi 80 rotan bagi yang belum berkahwin,manakala bagi yang dah berkahwin ialah rejam sampai mati

Membunuh,maka bunuh la hukumannya.

Naik gerun jugak la kita dengar,tapi inilah hukuman yang sewajarnya di kenakan keatas pembuang bayi tersebut...Inilah yang di katakan kehebatan Al Quran dalam menyelesaikan segala masalah yang melanda manusia. Bayangkan pesalah juga akan berasa gerun bila tahu akan akibatnya jika telah melakukan kesalahan,maka secara tak langsung ia akan 'membantut' kan niat jahat mereka itu,maka jenayah akan berkurangan....

Tapi malangnya di Malaysia ini,nama sahaja negara Islam,tetapi perlaksanaan terhadap undang-undang Islam macam 'haram'...mungkin kerna inilah negara kita ' di ulit' dengan pelbagai masalah yang melanda. Lebih malang lagi,baru-baru ini kesalahan syarian dapat di ampunkan oleh 'ketua agama'..pelik betul la Islam di Malaysia.

Kini hanya perubahan kita sahajalah yang mampu mengatasi semuanya yang berlaku. Serta hanya doa sahaja lah yang mampu kita lakukan dalam mengembalikan kegemilangan Islam dalam bertapak di negara kita.

Mudah-mudahan golongan yang taksub dengan gurunya itu kembalilah kepangkal jalan iaitu kembali kepada Al Quran dan Sunnah yang sebenar benarnya. Jangan lah kita mengagongkan guru kita hingga kan kita setarah dengan Kristian yang terlalu mengagongkan Nabi Isa,hingga kan menjadikan Isa itu Tuhan mereka...Selagi nama manusia,selagi itu kita adalah hambanya,sehebat mana kita pun kita tak akan setaraf dengan Muhammad B Abdullah a.k.a Nabi Muhammad S.A.W


Berubahlah sebelum kita menjadi parah...

0 comments:

Post a Comment