Pages

Monday, July 5, 2010

PRU 13 - Isyarat Semakin Jelas

Salam 2 all.

Kelam kabut juga di buatnya bila mana paluan kompang mula di palukan mengenai akan wujudnya pilianraya dalam masa terdekat ini. Nadanya semakin'meng iyakan' akan berlangsungnya PRU 13.

Tak terkejut aku katakan bahawa mungkin ia berlaku sebelum umat Islam menyambut Ramadhan Al- Mubarak ini...Pelik kan,tapi bagai mana jika ia benar-benar berlaku...Terkejut beruk kita di buatnya kan.

Antara tanda-tandanya ialah serangan hebat ke atas musuh no 1 BN,iaitu PKR. Lihat saban hari media kian menghentam DSAI,antara isu atau senjata yang 'di tembak' ialah isu melututnya DSAI di hadapan Yahudi. Selain itu juga Isu liwat di katakan kurang berkesan ,maka isu 'melutut' di hadapan yahudi 'di tembak' sehabis-habisnya. Selain itu juga 'kepincangan' PKR Selangor juga 'di isukan' saban hari. Antara serangan yang di lakukan ialah kepimpinan MB dengan Azmin Ali di hangatkan.

Mengapa PKR yang harus utama ' di jahanamkan'...Jawapannya mudah,kerna wujudnya PKR maka dengan mudahla PR dapat 'mengubah' keselesaan BN. Sebelum ini,tanpa kelibat PKR,maka keadaan politik tidak sebigini...Bagi BN,untuk menyerang PAS dan DAP adalah perkara yang begitu mudah di laksanakan,kerna 'senjata' negara Islam sahaja yang dapat mengucar-kacirkan kedua-dua Parti ini. Tapi untuk serangan PKR ia begitu sukar kerna PKR di anggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan Ugama. Isu negara Islam begitu sukar di gunakan untuk serangan kepada PKR. Ia tidak langsung 'menembusi' tembok PKR. Maka senjata lain harus di gunakan.

Antara senjata yang di gunakan bagi 'menembusi' PKR yang jelas kelihatan ialah dengan 'mengambil' ahli-ahli PKR terutama Ahli Parlimen dan 'orang kuat' PKR sebelum nya menyertai atau bersama dengan BN. Kaedah baru ini 'di guna' pakaikan kerna mereka ini tahu sedikit sebanyak akan "PKR" itu. Maka pendekatan baru ini telah jelas di gunakan.

Contoh mudah yang boleh di tampilkan ialah kemasukan bekas ketua AMK iaitu saudara Ezam. Dengan hadir nya Ezam dalam BN khasnya UMNO, di lihat seakan dapat mengekang PKR sedikit sebanyak. Antaranya ialah 'cara' baru yang beliau serapkan dalam UMNO. kalau di amati betul-betul 'cara' pemerintahan atau gerak kerja baru UMNO di lihat seakan pendekatan yang di gunakan oleh PKR. Antara nya konsep turun padang yang di lakukan. Sejak kebelakangan ini di lihat UMNO lebih banyak turun padang dari PR. Tidak di nafikan bahawa PR juga turut serta turun padang,tapi kelebihan sedikit memihak kepada UMNO kerna mereka telah 'menguasai' media massa tanah air. Inilah kelebihan utama yang mereka ada berbanding dengan PR.

Tapi haruslah di ingat bahawa 'sejarah' UMNO. Mereka kini tersepit bahagaikan 'patah' tulung rusuk mereka,maka mereka akan melakukan apa saja demi mendapat kembali 'hati' rakyat terhadap mereka. UMNO memang terkenal dengan sikap sedemikian rupa. Sejarah pendek telah membuktikan. Semasa 'kegahan' memerintah dahulu mereka hanya asyik 'bermesyuarat' hinggga sedikit 'terlepas pandang' dalam mendengar 'suara' rakyat. Kini mereka telah lupakan 'meyuarat' mereka demi 'mengambil hati' rakyat....Sejauh mana keikhlasan mereka,hanya Tuhan yang SATU sahaja yang tahu akan keikhlasannya.

Terlebih pula aku berbicara nampaknya....

Oleh demikian,Buat semua pendukung PR,bersiap sedia lah dengan apa kemungkinan yang bakal 'menimpa' mengenai pilihanraya...Adakah kita semua bersedia....Renung-renungkan lah...Perlu di ketahui bahawa rakyat kini dah mula bijak menilai dan memilih akan Part mana yang menjadi pilihan. Rakyat kini dah mula dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca...Lakonan serta penampilan kita semua,terutamanya YB-YB kita dapat di nilai dengan hikmah sekali. Maka kembalikan PR kelandasan yang benar dan seperti yang kita 'kompangkan' selama ini. Jangan la kita bersedih dan meratapi jika kita di tolak oleh rakyat nanti sementah-mentahnya....Renung kembali akan 'khidmat' yang kita berikan selama ini. Jangan jadikan ia sebagai kepercayaan terakhir buat kita.

Jika ia benar berlaku jangan lah kita saling tuding-menuding jari satu sama lain. Satu jari menunjuk.tapi 4 jari lagi menuding kita kembali.

Akhir kata,bersiap sedialah menghadapi kemungkinan yang bakal terjadi kelak.

Yang Baik itu dari Allah,Yang buruk itu dari 'Aku'...


Wassalam.

0 comments:

Post a Comment