Pages

Saturday, July 3, 2010

Kalah Juga Brazil

Salam 2 all.
Kalam ini di tulis tatkala selesainya pertarungan Bola sepak Dunia antara Brazil dan Belanda. keputusan adalah di luar jangkaan, Gergasi bola sepak dunia Brazil tewas 2-1 kepada Belanda di mana ramai menjangkakan bahawa Brazil mudah 'melaukkan' pasukan Belanda.

Keputusan sudah muktamad,Brazil tewas kepada Belanda. Makna kata Brazil bolehlah 'mengemas' barang untuk pulang. Siapa sangka Gergasi Bola Sepak Dunia tewaskan...Inilah hakikatnya ataupun hukum alam,ada kalanya jangkaan kita 'meleset' dari apa yang kita ramalkan. Malah tidak di jangka sama sekali...'out of box thinking'

Bagi aku pula aku melihat dari sudut kehidupan,yang kuat itu tidak semestinya sentiasa berada di atas dan selalu menang dalam pertarungan. Ia juga akan boleh kalah dengan 'pasukan' yang bukan pilihan. Tapi Belanda bukanlah calang-calang pasukan kerna mereka juga memiliki pemain yang ternama seperi Snijder,Arjen Roben ,Van Persi dan ramai lagi (maafkan aku kalau ejaannya tidak seperti yang sebenar). Tetapi mereka tu semua tak la sehebat dengan pemain-pemain Brazil yang terkenal dengan 'sambanya'...Tapi mungkin kerna dek 'gah' dengan kehebatan sambanya mereka bermain dengan selamba (sambil lewa),mungkin juga dengan gol pendahuluan di minit awal iaitu 10 minit mereka berasa selesa...Tapi kesudahannya 'keselesaan' itu adalah 'neraka' buat mereka.

Berbalik dalam konteks politik pula,yang menang dan memerintah itu perlu la di ingat bahawa jangan berasa selesa jika kita 'di minati' ( di pilih) kerna perlu di fikirkan bahawa keselesaan itu ada kalanya membuatkan kita sedikit 'alpa' serta leka dengan kedudukan yang kita ada. Harus di ingat juga bahawa 'lawan' kita tidak akan putus asa,malah mereka akan berusaha hingga 'titisan' tiupan terakhir dalam 'menjahanamkan' kita...

Jaguh dan kehebatan kita tidak akan menjamin kekuatan 'selamanya' dan kita dari di kalahkan...seperti keputusan bola..adakalanya 'bukan pilihan' akan mengatasi kita.

Sebagai kesimpulannya...Yang kuat itu tidak semestinya boleh di kalahkan...Ada kalanya kita kalah dengan yang tak kuat kerna kita 'tertanam' sifat kuat dalam diri kita.

Akhirnya yang kuat itu mudah 'di ratah' oleh yang lemah...segala-galanya adalah perancangan yang rapi...Kita hanya merancang,tapi Tuhan yang menentukan...Adakalanya perancangan kita tidak sama dengan perancangan Tuhan yang Maha Berkuasa...Hanya niat yang baik dan murni sahaja akan di berkati...

Banyak lagi pengajaran dan serta 'kiasan' yang dapat kita jadikan panduan dari keputusan bola ini sebenarnya.

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment