Pages

Thursday, January 21, 2010

Maggie Segera.

Salam 2 all.




Dah lama jugak la 'blog' aku ni tak di update hinggakan ada kengkawan kata pada aku 'sibuk kot'...memang sibuk jugak la minggu ni..mana tidaknya sebagai kuli upahan dan juga 'politikus' kecil seperti aku ni agak jugak sibuk la minggu ni...



Dalam mencari apakah yang harus aku luahkan dalam blog ini tetiba jer aku terpandang 'makanan segera' yang nescaya ramai memintinya...ia itu 'maggie'..hehehe...



Bak kata olang muda ' don't waste the time' aku pun memulakan langkah meyediakannya..macam biasa 'masak air' la...lepas tu rendam...2 minit dah cukup untuk menyiapkannya...maka 'mematuklah' aku...



Semasa keasyikan mematuk aku di buai kenangan silam terutamanya di zaman 'sengket' iaitu ketika belajar yang lalu..ini lah makanan utama ketika itu..mana tidaknya di zaman itu kewangan terhad..hanya berbekalkan wang pinjaman jer...maka 'maggie' merupakan makanan utama ketika itu...Boleh di katakan juga setiap hari 'maggie' lah makanan wajib setiap hari...Itulah harga yang perlu du bayar untuk mendapatkan segulung diploma ketika itu...Maklumlah ayahku hanyalah seorang pesawah...



Kini syukur aku kepada Tuhan yang satu kerna zaman itu semua dah berlalu..kini dengan rezekinya, aku mampu 'makan' apa saja yang di inginkan...Alhamdulillah...



Kekadang tu,ini lah yang di katakan manusia,tidak bersyukur dengan apa yang ada..(termasuk aku la...)..tidak cukup apa yang ada...kalau dah dapat pendapatan yang tinggi itu,maka beranganlah untuk mendapatkan yang lebih tinggi lagi...inilah fitrah manusia yang tak cukup apa yang ada...jika di renungkan akan lagi,masih ada apa insan yang perlukan perhatian...Inilah sifat manusia yang 'terbiasa' dengan bisikan syaitan...

Kesimpulan nya mudah jer..."Hidup ini sebenarnya tak susah,kitalah yang menyusahkan hidup ini sebenarnya"...Bersyukurlah apa yang ada....

Apa pun sekali sekala 'mematuk' maggie terasa sedap juga walaupun ia adalah 'maggie' kosong yang direndam...

Wassalam.

Wednesday, January 13, 2010

Isu Penggunaan nama ALLAH

Salam 2 all.

Bila kah akan berakhirnya isu ini. Saban hari semakin rancak la pulak isu ini kompangkan...Maka semakin bercelarulah rakyat 'meratapinya' dan menanti apakah kesudahan isu ini.
Media massa kini saban hari semakin memanjangkan isu ini seolah ia akan berlanjutan semakin lama. Semakin lama isu ini di bicarakan,maka semakin 'dungunlah' masyarakat Malaysia di buatnya.

Yang sedihnya ialah umat Islam itu sendiri. Mana tidak sedihnya, hinggakan umat Islam di Malaysia sudah terlebih akan had ataupun batasan Islam itu sendiri. Lihatlah dengan kes pembakaran gereja-gereja baru - baru ini. Ia sebenarnya secara terang telah melanggar akan 'hukum Islam' itu sendiri. Maka secara tak langsung Islam akan terus di labelkan sebagai 'terrorist' oleh masyarakat bukan Islam.

Setakat ini hanya 'Ilmuan agama' dari PR sahaja memberi pendapat. Itu pun ada juga di ambil kesempatan oleh pihak tertentu dalam memutar belitkan keadaan bagi 'melaga-lagakan' di antara satu sama lain. Ia seolah-olah di ambil kesempatan oleh pihak tertentu dalam 'melaga-lagakan' kawan-kawan seangkatan...kesempatan politik namanya ni...

Sepatutnya janganlah di ambil kesempatan politik dalam isu ini kerana ia bukan perkara yang boleh di buat main. ia merupakan perkara serius. Sedarlah akan bahana yang bakal menimpa kelak umat Islam dalam mempolitikkan isu ini.

Islam sebenarnya tidak menghalang penggunaan Nama Allah kepada agama lain asalkan ia tidak di selewengkan. Mungkin sukar nak di jelaskan tetapi itulah hakikatnya. Mungkin ia tak sesuai di Malaysia kerana Islam di Malaysia berada dalam keadaan yang belum cukup baik lagi. Mana tidaknya jika sesuatu perkara di bangkitkan yang agak sedikit di luar kebiasaan kita maka ' meletuplah' ia di buatnya oleh pihak tertentu. Sebagai contoh isu "talkin' . Baru sahaja di utarakan maka 'melompat' lah sesetengah pihak dalam menangkisnya..Isu ini amat berat di kupaskan,tetapi itu lah hakikatnya.

Ini lah masalah di Malaysia di mana para ulama-ulama agama terpaksa mengikut kata pihak tertentu dalam menyatakan akan sesuatu kebenaran. Bagaikan Islam di Malaysia ini perlu mengikut Kerajaan daripada mengikut kata Al-Quran.

Antara sebab mengapa isu ini menjadi panas dan perbalahan di antara Umat Islam sendiri adalah kerana 'kefahaman' tentang Islam itu masih lemah lagi di antara kita...(termasuk juga aku)..Jika kita semua rakyat Malaysia faham apa itu Islam sebenarnya maka ia tidak akan menjadi masalah langsung buat kita..tetapi di Malaysia adalah sebaliknya...Jika sesetengah pihak memperjuangkan nilai-nilai Islam ia akan di katakan jumud...Sebagai contohnya mengapa kita dalam menghapuskan disko di Malaysia tidak ramai yang tampil seperti ini...Inilah masalah utama yang melanda kita...Mengapa kita umat Islamtidak bersatu berdemo menutup pusat maksiat seperti disko di negara kita ini. Sedangkan pengunjung utamanya ialah remaja melayu yang beragama Islam...

Inilah masalah Islam di Malaysia...Nabi Muhammad S.A.W sendiri menegah kita membakar rumah ibadat bukan Islam semasa perang... Ini kan pula di waktu kita sedang aman...Pening juga kekadang tu dengan umat Islam di Malaysia.

Paling malang lagi ialah di mana suara-suara Tuan-tuan mufti di seluruh negeri kita..mana pendapat mereka dalam hal ini. Setidaknya dengan adanya suara mereka di utarakan maka sedikit kekeliruan umat Islam dapat la di selesaikan sedikit sebanyak. Ini lah masalah kita yang sebenarnya...Kini yang bersuara hanya pemimpim para menteri yang mana isteri mereka sendiri tak bertudung...macam mana tu..nak cakap pasal nak selesaikan masalah yang melibatkan Islam,tapi bini-bini mereka sendiri tak berpakaian menurut Islam. Ini lah masalahnya lagi...

Oleh itu kita sebagai golongan bawahan kini hanya mampu berdoa kepada Allah yang satu iaitu Pemilik Segala Alam dalam menyelesaikan masalah ini.

Hanya Dialah Tuhan yang kita sembah dan minta pertolongan.

Setidaknya apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Saturday, January 9, 2010

SERANGAN KE ATAS GEREJA

KENYATAAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN




Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;

Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;

-Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.

-Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.

-Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.


Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).

Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.

Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.

Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.


Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin -8 Jan 2010

Monday, January 4, 2010

Tamar Jalis

Salam 2 all.




Entahla kenapa aku sekarang ni 'kemaruk' sangat membaca buku yang bertajuk 'Bercakap Dengan Jin' yang di tulis oleh Tamar Jalis.

Saban hari aku di tempat kerja asyik 'melayan ' jer buku ini....tup tap dah sampai Jilid ke 6 aku membacanya...Jilid seterusnya hampeh kerna kat kilang aku hanya sampai Jilid 6 sahaja yang ada....Mana la pegi nya 'team pengodam' kat tempat keje aku untuk dapatkan jilid seterusnya...kemponan ni...

Pada mula nya aku ni bukan la 'layan' sangat buku-buku macam ni,tapi entahla...melihat kengkawan lain asyik melayan,aku pun cuba melayan la jugak...bila dah melayan tu dah 'terbuai' jadinya...dalam bebanyak 'pelayan' aku pula yang jadi heronya apabila dah berjaya melayan dah sampai jilid ke 6....ketagih la plak untuk jilid seterusnya...

Sinopsis buku ini menceritakan pengalaman Tamar Jalis yang sering mengikut datuknya untuk mengubati insan-insan yang 'terkena' gangguan makhluk halus...Dalam 'misi' mereka pelbagai jenis dan dugaan yang di tempuhi dalam 'merawat' pesakit...Dalam pada itu juga dapat jugalah kita mengetahui sedikit sebanyak akan peristiwa-peristiwa dalam menghadapi 'karenah-karenah' masyarakat melayu dalam menghadapi kehidupan di zaman itu...



Setidaknya dapat la kita menjadi ia sebagai panduan dan 'mendalami' sedikit sebanyak ilmu perubatan tradisional yang berlandaskan Islam...

Sejauh mana kebenarannya,Hanya Tuhan sahaja yang tahu...bagi aku cerita yang 'di sajikan' ada kebenarannya kerana aku ada juga 'berkenal' dengan hamba Allah yang merawat penyakit yang datang dari Makhluk Halus...yang baik di jadikan panduan...Ini kerana sampai sekarang masyarakat melayu masih lagi mengamalkan perkara 'syirik' hingga ke hari ini.

-tak boleh cara kasar,cara halus di gunakan-

Sekarang ni aku dah sampai tahap nak 'memiliki' buku ini sebagai koleksi...aku dah jumpa dan dah tawarkan harga yang agak lumayan...hanya takdir sahaja menentukan sama ada aku menjadi pemilik buku tersebut..hehehe...Sebagai koleksi peribadi katakan...

Wassalam.

Sunday, January 3, 2010

Penggunaan Nama ALLAH:Biar Mufti Buat Kerja

Salam 2 all.

Umat Islam di Malaysia 'sedikit' di kejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membenarkan penggunaan nama Allah pada penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Keputusan ini di lakukan oleh hakim Datuk Lau Bee Lan.

Maka pelbagai reaksilah dari umat Islam dari keputusan itu. Terutama beberapa NGO yang yang telah muncul bagi memprotes keputusan itu. Di fahamkan juga Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam juga akan memfailkan rayuan bagi keputusan itu.

Keputusan itu sebenarnya mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat Islam di Malaysia dan beberapa NGO-NGO Islam. Keadaan ini sebenarnya menimbulkan suasana yang kurang harmoni di Malaysia yang di ketahui sebuah Negara Islam.

Para ilmuan-ilmuan Islam juga sebelum ini telah memberikan hujah masing-masing dalam hal ini. Maka pelbagai pendapat telah di berikan hingga menimbulkan pelbagai sedikit 'perbalahan' pendapat.
Oleh itu cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah 'FATWA' dari mufti-mufti seluruh Malaysia ,fatwa harus di keluarkan dengan seberapa segera bagi mengelakan konflik lebih 'mendalam' lagi terutama dari kalangan penganut Islam. Ini bermakna mufti-mufti wajib mengeluarkan 'FATWA" secepat mungkin dalam hal ini.

Jika para-para mufti di negara ini lambat mengeluarkan 'FATWA' maka bertambah 'kacau bilau' lah negara di buatnya terutamanya masyarakat Islam yang kurang senang dek keputusan yang di keluarkan oleh makhamah Tinggi.

Biarlah Mufti mengeluarkan FATWA,baru lah kita dapat menilai akan kesahihannya.serta keputusan dan langkah seterusnya yang patut di ambil.

'Cabaran Baru Najib dalam mengatasi masalah ini selepas kehilangan Enjin Jet...Tunggu dan lihat...

Friday, January 1, 2010

Gurindam Si Gunung Tahan.

2009 Melabuh Tirai

Salam 2 all.




Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi...Dalam melaluinya banyak pengalaman suka dan duka...resam hidup katakan...



Bagi aku Tahun ini ada banyak cerita duka dan di sebalik kedukaan itu ada terselit juga 'sedikit' kemanisan yang mengubat kedukaan.

Resam hidup katakan...Tapi bagi aku, Alhamdulillah semuanya datang dariNYA dan inilah yang di kataan dugaan...Terima Kasih Tuhan (Allah S.W.T)..KAU telah menyedarkan aku akan erti hidup,menyedarkan aku dari terus 'terlena' di buai keindahan bisikan syaitan...TQ ALLAH.

Pendek kata,"SESUDAH BERDARAH BARU KU SEDAR, BETAPA HEBATNYA ALLAH HUAKBAR"

Syukur juga Pada Tuhan,di saat kesempitan yang melanda ini di temukan aku dengan sesorang insan,bagi aku 'HEBAT' peribadinya...walaupun dia seorang yang profesional,tapi bersahaja...Tidak pernah menunjukkan akan kelebihan yang di kurniakan padanya...Setakat ini belum pernah aku berjumpa dengan wanita yang 'mensyukuri serta merendah diri'.

Setidaknya,dengan 'berkawan' dengan beliau, perjalanan aku kini telah kembali kelandasan yang benar...Selari pendapat dan minat...hehehehe...amat sesuai di jadikan jodoh..jangan marah...


Tapi aku sedar akan 'kekurangan' diri aku ini...ayat power ni.

Mungkin inilah yang di katakan kuasa Tuhan...Terima Kasih kepada 'si dia' yang tak terhingga kerna aku telah kembali menjadi diri aku kembali...Sebelum ini Tsunami 060209 seakan meranapkan hidup aku,kini sampan kecil aku tak bersendirian lagi Bolddalam menongkah arus hidup...Setidaknya dengan adanya 'insan' tersebut sampan aku kini pulih serta bertambah berkeyakinan lagi dalam menongkah arus hidup...Rasanya,kalau datang la ribut atau taufan,sampan aku sudah bersedia mengharungi apa jua rintangan yang mendatang.



Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan memberkati dan merahmati 'si dia'..Capaikan serta makbulkanlah segala apa jua impian yang 'si dia' impikan..AMIN..



Apa pun Tahun 2010 ku bersedia mengharunginya..Sampan aku kini lebih 'berkeyakinan' serta mampu bagi mengharungi dan menongkah apa jua arus yang mendatang...

Tahun 2010 akan aku usahakan menjadi milik aku semilik miliknya...Ini azam aku.



Sampan Ku Telah 'di baiki' dan bersedia..Terima Kasih TuhanKU..ALLAH HUAKBAR.

TUHAN,berkatilah dan rahmatilah aku di Tahun 2010 ini.

SELAMAT TAHUN BARU.

Wassalam.