Pages

Tuesday, June 28, 2011

Puteri UMNO ...Oh kesian...

Meletup jugak la berita ketika ini. BN saban hari 'membalun' DSAI pasai kes video lucah,kini termuncul la plak kisah si Puteri UMNO di tangkap khalwat di Kedah...SIAP 4 ORANG SAKSI TU....Mungkin akan ada pihak akan mengatakan isu ini dah lapok,tapi moralnya ialah, Tuhan itu Maha Kaya....

KayaNYA Dia ialah,dalam asyik UMNO 'membalun' DSAI,mereka bagaikan meludah ke langit. Kalau ikut kan aku,aku nak 'mensensasikan' cerita ini....ada juga berbincang dengan 'kliks' bloger PR,tetapi kita ni ada la 'sedikit' hati perut nak jaga maruah orang...

Paling best sekali bila melihat 'media BN' menggunakan bahasa yang agak lembut dalam 'menghebahkan' isu ini berbanding 'video lucah' DSAI...inIlah yang di katakan Islam yang berlandaskan Kerajaan dan Pemerintah...tak adilkan mereka ni (UMNO).

Setidaknya rakyat nampak akan 'ketempangan' keadilan yang DI LAKUKAN oleh Pemerintah hari ini (BN). Bagus jugak...Terkini 'Si Puteri' itu dan Pasangannya telah 'di kaih' keluar dari UMNO. Biasa la kan,anak bilis dengan mudah ' di baham',manakala yang bertaraf jerung tu lain plak la caranya nak 'mengkaih'....

Bayangkan jika 'terdapat' video aksi mereka,mahu meletup jugak la di buatnya...nescaya ulama-ulama UMNO akan 'berfatwa' habis-habisan dalam 'mempertahankannya. Kalau DSAI habis-habisan di war-warkan cerita tersebut. Hinggakan ada la 'balaci-balaci' sanggup 'mengedarkannya.

Tapi aku berharap sangat la , kalau ada video tu,lupuskan sahaja...kerna tidak baik 'mengaibkan'...jangan la kita terikut sangat perangai UMNO yang semakin hari semakin di ambang maut. Teringat la akan 'maruah' keluarga beliau terutamanya kedua ibu bapanya yang selama ini 'menjaga' sebaik mungkin...Biarla UMNO sahaja yang mengaibkan 'musuh'...

Kita ada 'iman',teringat la akan 'kalam-kalam' Tuhan yang terdapat dalam Al-Quran. Kekadang tu mungkin Tuhan sedang menguji kita...Bila kita di uji,bermakna DIA semakin dekat dengan kita.

Mungkin ada mengatakan mengapa aku melalut begini,kerna ada sumber mengatakan bahawa terdapat 'aksi-aksi' mereka...pesanan aku hanya satu,jangan la terikut akan KEJAHILAN budaya UMNO dalam berpolitik....Biarla mereka dengan perangai jahil mereka....

Akhir kata ia akan di jadikan pengajaran untuk UMNO supaya tidak menjadikan 'mengaibkan' orang itu budaya mereka....Bayangkan jika ia di jadikan serangan balas,maka meletup jugak la di buatnya...

Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH...

Wednesday, June 22, 2011

Melayu Kian Bercelaru...

Pedih...tapi itulah hakikat yang harus Melayu tempuhi sekarang...

Lihatlah semakin hari semakin 'rakus' golongan politikus memainkan isu ini...kerna apa...semuanya kerna gilakan kuasa...yang bertahta cuba mengekalkan kuasanya, manakala yang mula bertapak kian mencengkam 'genggamannya'...

Sediah juga bila melihat gaya politik melayu, yakni yang mengatakan 'wakil kuasa melayu'...Saban hari semakin meloya aku di buatnya...mananya tidak, bila mana bangsa aku di gula-gulakan dengan 'ketuanan' melayu...tapi hakikatnya yang sebenarnya adalah hampeh...semuanya 'bernawaitukan' harta benda demi 'mengenyangkan' hawa nafsu masing-masing.

Sudah 50 tahun memerintah,tapi ia seakan baru bermula...sepatutnya melayu harus berada dalam keadaan selesa kini, tetapi sebaliknya berlaku...Kenapa dahulu semasa memerintah 50 tahun tidak 'menaikkan semangat melayu' ?..tapi bila semakin dekat 'dengan' kubur, baru teriakan 'hidup melayu' baru nak bergema....bagi aku sudah terlambat....sudah 50 tahun ia berlalu...

Kalau di ikutkan hukum alam,pada usia 50 tahun adalah usia hampir bersara, ketika ini kerja pun 'hanya rileks' sahaja...tapi sebaliknya berlaku,sudah 50 tahun baru nak kerja 'berat'...terlewat aku katakan...terlewat...sudah terlewat....

Kenapa terlewat aku katakan...kerna mereka dulu asyik 'berfoya-foya' di 'kelab malam' sambil meneguk 'ayaq-ayaq' setan hingga melalaikan mereka...Bila teringat akan 'kelekaan' mereka, gelabah la di buatnya...maka kembalilah mereka kepada Islam...tapi malangnya mereka bila mana Islam mereka itu berlandaskan Kerajaan dan Pemerintah,bukannya Al-Quran dan Sunnah...maka tempanglah Islam itu dibuatnya oleh golongan-golongan ini...

Tempangnya Islam mereka bila mana yang halal itu di haramkan,dan haram itu di diamkan...Di diamkan kerna terkena batang hidung mereka sendiri...Satu contoh...Bila mana pemerintah negeri Pulau Pinang kini, memberi penghargaan kepada warga emas,ia di katakan haram kerna di katakan bersumber dari duit judi kuda.....Sepatutnya cermin di rumah mereka itu harus di besarkan dahulu....Inilah yang terjadi bila mana golongan 'munafik' menjadi ustaz...ustaz terdesak aku katakan...Bila di amati, Isteri dia sendiri pun tak bertudung,macam mana nak bicara soal halal haram....inilah yang di katakan golongan 'pelacur' agama namanya...Bukan la kita ni alim sangat,tapi nampak sangat akan kejahilan mereka dalam 'mentarjih' hukum hakam agama....

Sebenarnya mereka ini hanya 'nak beragama' bila terdesak sahaja...Masa selesa ayaq-ayaq setan menjadi 'hiburan'...

Bila melihat lawan kini mendahului mereka,maka isu ketuanan melayu di mainkan...semuanya nampak sangat tak ikhlaskan....tak ikhlas kerna,lebih 50 tahun memimpin,habis semua melayu 'di usirkan'...kini 'skrip-skrip' ketuanan melayu di utarakan...bodoh sunggup puak-puak ini...

Secara jujur aku katakan bahawa mereka ini sebenarnya masih 'berdengung' dengan pukalan ayaq-ayaq' kencing setan tu...mereka tak tahu,bahawasanya kini rakyat kian celik,kian terang penglihatan,serta kian matang dalam memikir...bak kata pepatah,rakyat kini kenal yang mana intan dan yang mana kaca....

Walau bagaimanapun 'berdengung' yang masih kian mencengkam,mereka ni bekerja jugak demi kepentingan,maka Melayu kini di 'tarbiahkan' dengan isu perkauman oleh golongan yang masih berdengung ini...maka ada juga yang terkena 'umpan' dari pancingan mereka ini...yang tu la yang menyedihkan ...mana taknya,golongan 'yang sayangakan agama' juga terkena akan pancingan mereka ini...aku tak salahkan golongan ini kerna,mungkin mereka ini tak tahu akan 'kehidupan sebenar' mereka ini....

Kini menjadi tugas kitalah dalam 'mentablighkan' mereka-mereka ini dari terkena umpan - umpan palsu mereka....

Yang Paling sedih bilamana Melayu itu dikatakan Islam...Hakikatnya Islam itu adalah untuk semua....Salah bila mengatakan Islam itu Melayu...sedangkan berapa ramai Melayu yang bukan Islam....

Kini Bangsaku Berada dalam Dilema....

*bertemu lagi dalam tinta yang mendatang.

WASSALAM>

Friday, February 25, 2011

Revolusi dan Kuasa Rakyat

Salam 2 all.

Kini dunia Arab saemakin bekecai,satu demi satu negara Arab menuju kehancuran pentadbiran,bermula dengan Tunisia,Mesir dan kini Libya pulak yang menuju kehancuran pentadbiran.

Libya di pimpin oleh Muammar Ghadafi kini berdepan dengan ketidak puashatian rakyatnya. Rakyatnya kini dah 'melugai' akan kepimpinannya kini mula bangkit meyatakan akan betapa 'melugainya' mereka kepada pimpinan mereka.

Yang paling menarik apabila kita semua di khabarkan dengan 2 orang pilot yang sanggup menjahanamkan 'jet pejuang' demi rasa sayang mereka kepada rakyat. Pilot tersebut telah ingkar dengan dengan arahan Muammar Ghadafi yang 'mengarahkan' pilot tersebut menghancurkan rakyat Libya,tetapi pilot tersebut masih mempunya hati dan perasaan 'kemanusiaan'...inilah yang di katakan sanggup bekorban demi 'nyawa-nyawa' insan yang tidak berdosa....Tahniah buat 2 orang pilot yang 'berhati manusia' tersebut.

Haruslah di ingat bahawa kuasa rakyat memang kuasa keramat...buat pemimpin di atas sama ada BN ataupun PR haruslah memandang akan kebenaran 'kalam' kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Lihatlah akan 'letusan' kuasa rakyat yang kian memuncak melanda negara-negara Arab,jadikan ia sebagai pedoman dalam memimpin sesebuah negeri atau negara.

Sedarlah akan 'pengetahuan' rakyat akan situasi semasa kini. Kita bukan berada di era 90 an lagi...kita berada di era melinium,era yang penuh dengan 'lambakan maklumat' maya..kini rakyat tak perlu lagi keluar mencari maklumat kerna semua maklumat hanyalah di hujung jari...

Kematangan rakyat Malaysia dalam menilai sesuatu kebenaran tidak dapat di dangkal lagi,rakyat sekarang mempunyai minda 'keterbukaan' ataupun dalam bahasa yang canggih ialah 'liberal thinking'...

Syabas buat rakyat Malaysia....

What ever situation,hadapilah dengan senyuman..Guna kan kuasa mengundi anda dalam membuat 'hukuman'...sedarkan pemimpin yang 'sedang tidur' itu.....

Wassalam.

Saturday, February 5, 2011

PAS dan PKR Biadap?

Salam 2 all...

Apa ka Jadah statement yang di keluarkan oleh Pemuda Gerakan Kedah ni....Adakah beliau kehabisan modal politik atau nak menonjolkan dirinya...itulah yang aku fikirkan tatkala beliau mengatakan PKR dan PAS biadap bila berdemo pada cuti CNY....

Maklumat penuh: http://www.malaysiakini.com/news/155237

Kekadang tu aku terfikir jugak la dengan golongan ni,apa motif beliau mengeluakan statement yang agak kurang bijak..adakah beliau sebenarnya nak 'mentujukan' kepada Melayu?...Bagi aku demo ini sebenarnya di lakukan selepas umat Islam selesai menjalan kan 'Solat Jumaat'...mengapa dia tak masukkan DAP sekali dalam statment beliau ni yek...Jangan bermain dengan api bro dan jangan menimbulkan isu perkauman...Aku secara jujur 'berbaik sangka' dengan kenyataan beliau...Aku harap beliau tak tujukan kenyataan biadap ini kepada Melayu...

Dalam berpolitik berbagai taktik di gunakan dalam menarik perhatian rakyat dalam 'menyokong' tapi berpolitik secara ilmiah la brother,jangan mainkan isu perkauman...sudahla sejak dua menjak ni ada taktik perkauman di gunakan,tapi syukur pada Tuhan kerna masih 'mengawal' akan keadaan supaya tidak berlaku huru-hara...

Sebagai contohnya PKK Tenang baru-baru ini,kenyataan Chua Soi Lek yang sedikit mengguris perasaan Islam berkaitan tindakan Calon PAS iaitu Cikgu Mala yang bersarung tangan bila berjabat dengan bukan muhrim...

Pesanan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang , berhati-hati dalam membuat kenyataan...Ingatlah bahawa rakyat kini celik dari segi politik dan IT...setiap tindakan serta tingkah anda rakyat perhatikan.

Jangan kerna 'survival politics' anda mengeluarkan statement yang kurang bijak.

Wassalam.

Thursday, December 30, 2010

Bola dan Cuti...

Salam 2 all.




Tahniah buat skuad bola sepak kebangsaan kerna telah berjaya menjadi juara Piala AFF. Walaupun piala ini tak la sehebat mana,tetapi setidaknya ia merupakan 'satu lonjakan' buat bola sepak Malaysia dan terutamanya peminat bola sepak negara.



Bola sepak negara selama ini telah mengalami 'kemarau' yang teruk hinggakan stadium menjadi lengang bila mana melibatkan perlawanan antara negeri. Mungkin dengan kemenangan ini bakal menjadikan stadium negara 'penuh' kembali bila Liga Malaysia bakal kembali tahun depan.



Bangga jugak bila melihat rakyat Malaysia kini kembali menyerung Jersey kebangsaan...Boleh di katan jualan jersey negara meningkat. Yang lebih membanggakan bila mana ia dah di jadikan baju untuk kita keluar ke shopping kompleks.



Hasil kemenangan yang di perolehi rakyat Malaysia di berikan cuti Umum pada 31.12.2010. Cuti memang bestkan....Inilah trend negara kita jika kita memperolehi sesuatu yang luar biasa. Mungkin cuti ini telah di duga oleh rakyat Malaysia,malah ada juga telah meramalkannya.



Tapi terdapat masalah di pihak industri. Masalah ia pekerja yang tidak di berikan cuti oleh majikan,ada pula yang menggantikan cuti pada hari lain, dan ada pula majikan tidak mahu membayar OT bagi yang bekerja pada hari tersebut...Bagi rakyat atau 'kilang man' ia memang best bila bercuti,tapi karenah majikan adakalanya membuat kita 'hempeh'...



Apa pun sebentar tadi Menteri Sumber Manusia telah 'meresmi' bahawa ia adalah cuti umum,majikan wajar membayar upah lebihan jika pekerja terpaksa bekerja pada hari tersebut. Jika majikan ingkar maka pekerja harus membuat laporan....

Bagus, syabas....Tapi jika pekerja membuat laporan,adakah tindakan akan di ambil...bersama kita tunggu dan lihat akan 'kebenaran' Menteri Sumber Manusia.






Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Beza Antara Menteri dan Rakyat.

Salam 2 all..

Kini di hebahkan cerita mengenai seorang Bapak Menteri yang merogol 'amah' dari Indonesia. Walaupun ia tidak di 'mainkan' di media massa di Malaysia,tetapi ia boleh di ketahui melalui blog-blog 'reformis'.

Kini semakin di hangat di perkatakan,tetapi siapakah 'gerangan' Bapak Menteri itu. Satu Malaysia kini sedang menantikan siapakah gerangan sebenar Menteri itu,dan yang lebih penting lagi apakah tindakan undang-undang akan di ambil terhadapnya.


Inilah undang-undang Malaysia,Jika dari kalangan pimpinan PR yang melakukannya maka dengan 'terkinilah' ia di sebarkan...Maka 'berita utamalah' akan isu ini. Tetapi memandangkan ia pemimpin di dalam 'saf' menteri kabinet, maka cerita ini 'di hidden' kan dari pengetahuan umum.

Tetapi pemimpin Malaysia yang 'kini' sebenarnya terlupa akan kecelikan rakyat Malaysia dalam penggunaan IT,mereka seolah buat tak tahu sahaja akan isu sensasi ini.

Tunggulah akan bahana yang bakal melanda...Rakyat kini sudah terasa akan 'double standard' undang-undang yang ada di Malaysia. Lihatlah beza antara Rakyat dan Menteri Kabinet,undang-undang berbezakan...Di manakah Prinsip Rukun Negara yang di perkatakan selama ini. Sedarlah Rakyat kini hanya menunggu masa dan ketika sahaja dalam menghukum pimpinan yang ada hari ini.

Buat menteri yang 'terbabit' itu, bersedialah anda untuk di hukum...siapa kah gerangan itu..nantikan akan 'wayang' yang bakal mereka mainkan....

Wassalam....

Thursday, November 11, 2010

Bestnya dunia Politik kan.

Salam 2 all.

Dah lama rasanya tinta ini tak melebarkan 'coretan'..mungkin di sebabkan iklim tanah air yang tak menentu keadaannya..bertambah la plak iklim politik yang semakin 'kepanasan' sedikit....

Panas kan...itulah hakikat yang perlu di terima oleh semua 'politikus' tanah air ...hakikat beb...

Yang paling aku suka ialah di mana Parti PKR iaitu parti yang memacu perubahan landskap politik sedikit bergelora..Media massa saban hari men 'spin' kan isu ini sehabisnya..bak kata pepatah, mengangguk di air yang keruh....itulah UMNO/BN...maka di ambil kesempatan sebaik mungkin bagi menyelamatkan 'survival' politik UMNO amnya...Umum mengetahui bahawa UMNO dan BN hanya menanti saat dan tika belah sahaja kerna keretakan semakin merebak...dalam memastikan 'kerekahan' itu tak dapat di lihat maka isu PKR iaitu musuh utama UMNO/BN ,maka kesempatan ini harus mereka gunakan sebaik mungkin...

Berbalik pada isu PKR yang menjadi topik panas di media massa,ia sebenarnya tiada apa pun...Ini lah yang di katakan keterbukaan dalam PKR...tak puas hati 'tembak' sahaja...jangan berselindung atau pun diam...ia boleh di umpamakan sebagai 'penyakit'...cegah dari awal sebelum ia merebak...bila merebak susah lah nanti untuk di ubati...jangan kita jadi seperti UMNO yang mana 'barah' mereka kini sudah sampai ke tahap kronik..sukar di ubati...

Dalam 'masalah' dalaman yang melanda PKR,biarlah pihak 'pengurusan' besar duduk semeja dan berbincang akan 'masalah' sebenar yang di hadapi...cari jalan penyelesaian...dengar suara akar umbi..habis cerita....Maka semakin 'cantiklah' akan keterbukaan yang kita laungkan selama ini....

Isu besar yang melanda sebenarnya ialah antara Azmin dan Zaid...perbalahan adalah perkara biasa sebenarnya...bak kata cendiakawan Islam : " Hidupnya ilmu itu adalah muzakarah"...Maka dalam menyelesaikan perkara ini maka 'muzakarah lah" sahaja jalan penyelesaiannya...Bab di 'spinkan' oleh media BN/UMNO,ia perkara biasa...mereka inii sebenarnya hanya 'mengangguk di air yang keruh' sahaja...'persetankan' media BN/UMNO kerna ajal mereka semakin hampir kot...

Apa pun aku sebenarnya 'salute' dengan keterbukaan PKR yang bawakan ini...setidaknya kita dapat ketahui akan ketempangan yang kita 'miliki',maka kita haruslah secepat mungkin 'memperbaikinya' dari terus tenggelam di bawah arus...Bab akan kebenaran isu ini,rakyat Malaysia kini bijak menilai akan sesuatu yang berlaku...

Inilah ujian pertama yang harus kita semua lalui sebelum melangkah ke 'Putrajaya'...sebab,bila berjaya kesana,banyak lagi dugaan dan cabaran yang lebih besar bakal mendatang...bagi kau perkara yang berlaku ini kecil sahaja...

Pesanan buat 'calon-calon' yang bertelagah ini perkara biasa..dah masuk gelanggang maka 'bertarunglah secara sihat seperti yang telah 'di syaratkan'...Kami penonton kini sedang memerhatikan 'gerak langkah' anda...

Buat CheGuBard...teruskan momentum anda...kami bangga memiliki jiwa 'besar' anda....