Pages

Saturday, June 20, 2009

Misi UMNO Kian Merebak

Isu kerajaan Perpaduan masih belum reda nampaknya. Kini hanya menunggu kata putus dari saf kepimpinan tinggi yang akan bermesyuarat. Nampaknya isu ini agak besar juga la.

Kini UMNO nampaknya agak lega bila mana umpan mereka seakan mengena,tapi masih belum boleh di tarik lagi. Ini kerna umpan yang di gunakan adalah umpan palsu untuk memerangkap PR. UMNO masih belum boleh mengisyitiharkan mereka berjaya.

Alhamdulillah ...seakan tersedar dari taktik jahat UMNO,PAS sudah pun terjaga dan dapat menilai umpan yang di berikan itu. Pendek kata UMNO kini menggunakan strategi baru dalam menghancuskan keakraban PR. Sedarlah UMNO kini di akhir garisan. Hanya masa dan ketika sahaja untuk ia runtuh menyembah bumi.

Kini hanya satu cara yang UMNO ada untuk pastikan 'polical milage' mereka iaitu bergabung dengan PAS. Cara ini sahaja yang tinggal kerna UMNO semakin hari semakin di jauhi oleh rakyat amnya melayu sendiri. Untuk pastikan jangka hayat mereka masih panjang lagi,maka sokongan dari PAS amat di perlukan ketika ini. Maka strategi baru perlu di lancarkan bagi memastikan PR tumbang.

Pada pengiraan mudah mereka,kesempatan yang ada kini perlu di gunakan kerna secara jujurnya PR kini ada sedikit kegoncangan terutamannya di Pulau Pinang,maka kesempatan yang ada ini perlu di gunakan sebaik mungkin.Maka keadaan yang sedikit tegang ini pun mula berlaku. Tetapi dengan hidayah yang Allah berikan kepada kepimpinan utama PAS kini masalah ini kian hampir kepada penyelesaiannya.

Sejarah lama telah membuktikan bahawa UMNO bukanlah boleh di buat sahabat.Ini kerna sudah menjadi resam mereka hanya bersahabat bila dalam keaadaan tersepit ataupun kesusahan. Tapi percayalah bahawa Tuan Guru bukanlah insan yang bodoh seperti UMNO sangkakan...percayalah nanti UMNO akan mendapat musibahnya serta aibnya nanti.

Kini PR sedikit goyah...ini sebenarnya dugaan yang Allah s.w.t ujikan kepada kita untuk melihat akan keikhlasan kita dalam meneruskan perjuangan...Maka ikhlas dan jujurlah kita dalam mentadbir dengan sedikit kuasa yang di berikan.

'Untuk bertemu impian bukanlah percuma'

0 comments:

Post a Comment