SIS ataupun Sister In Islam hari ini semakin berani dalam memnuat kenyataan kerna telah mendapat pelbagai sokongan dari ahli politik dan ada antara cendiakawan Islam turut mempertahankannya. Anak Pak Lah dan Mahathir adalah antara 'kabel' besar yang mempertahankan mereka iaitu Nori dan Marina.
Setuju jugak dengan pendirian yang dinyatakan oleh sesetengah pihak iaitu SIS patut menggugurkan perkataan 'ISLAM' dari pertubuhan itu. Kenapa ia harus di gugurkan,antaranya ialah 'fisrt inspiration' mereka ialah mereka tidak berudung.
Dalam Islam ia mewajibkan umatnya menutup aurat,tetapi ada yang dari kalangan mereka tidak bertudung,ini akan mengelirukan insan yang bukan Islam dalam. Mungkin mereka akan mengatakan menutup aurat itu tidak wajib.
Perihal menutup aurat memanglah hak peribadi tetapi Islam mewajibkan kita umatnya menutup aurat.Ini secara tak langsung SIS akan menimbulkan kekeliruan kerna mungkin bagi yang bukan Islam akan mengatakan aurat itu tidak wajib...Terimalah hakikat...
Memang di akui bahawa sumbangan yang di berikan oleh SIS ada yang baik,tetapi penampilan mereka dikhalayak ramai tidak mencerminkan identiti Islam yang sebenarnya. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W mengatakan bahawa kita ini umat contoh,jadi kenalah kita menunjukkkan contoh yang terbaik supaya kita nampak hebat dengan membawa imej Islam yang sebenarnya.
Kekadang itu ada jugak 'pandangan' mereka yang baik seperti mempertahankan hak wanita seperti memeperjuangkan penganiayaan terhadap wanita,ada juga pandangan yang bercanggah dengan hukum bila mana ada yang memepertikaikan 'Faraid'..
Di harap agar pihak pengurusan SIS mengkaji balik akan nama 'ISLAM' dalam pertubuhan mereka kerna peribadi 'saf' utama mereka tidak mencerminkan langsung ISLAM iaitu menutup aurat.
Tabik juga pada Khalid Samad kerna membangkitkan isu ini kerna kekadang SIS semakin hari semakin 'terlebih sedikit'...Dan tabik juga pada MP Zulkifli Nordin kerna mencadangkan nama yang agak baik kepada mereka iaitu IWK (Ikatan Wanita Kosmopolitan). Juga tak lupa tabik juga pada bekas MB Selangor iaitu supaya SIS menggugurkan nama 'Islam' pada pertubuhan mereka agat ianya tidak mengelirukan masyarakat terutamanya yang Islam dan bukan Islam.
Kekadang tu terfikir juga,bayangkan jika NGO ni pro PR,rasanya ia sudah di haramkan kot...Entahla...mereka benasib baik kerna Pro kan BN dan ada plak anak-anak VIP BN yang terlibat sama dengan SIS.
Harap selepas ni tak timbul lagi kekalutan yang SIS bikinkan kerna sedarlah umat Islam di Malaysia kini semakin kalut dengan pelbagai ideologi...
Islam itu hebat,kitalah yang melemahkannya kerna tidak berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah yang sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment