Pages

Monday, June 1, 2009

UMNO baru fikir mengenai Melayu

Tertarik dengan tulisan Dato Ruhanie dalam blognya iaitu Kuda-Kepang. Tajuknya iaitu Melayu diKhianati?...Tergelak rasanya bila dah kalah baru nak ingat akan kepentingan Melayu...Aku juga anak melayu,tapi bukannya Melayu yang berentak UMNO,UMNO hanya pentingkan pangkat dari membela bangsa sendiri...Bak kata pepatah 'Sudah terhantuk baru terasa'.

Peliknya bila hari ini UMNO mula memperkatakan kepentingan Melayu. Sebelum PRU12,kepentingan melayu jarang di sebut sekali. Jika ada yang bersuara tidak di endahkan langsung. Tapi semuanya berubah setelah PRU12. Mengapa sebelum ini semasa hampir 50 tahun memerintah isu hak melayu tak pernah dibangkitkan.

Mungkin isu melayu mula di bangkitkan bila pemimpin UMNO hari ini sudah susah cari makan. Ini kerana 4 negeri sudah di tawan oleh PR. Terutamanya Selangor dan Pulau Pinang yang sebelum ini menjadi lubuk emas UMNO.

Buat pemimpin UMNO sedarlah bahawa perjuangan anda kini telah tersasar dari perjuangan UMNO dulu. Rakyat sendiri terutamanya melayu sendiri dapat melihat akan ketempangan dan kehaprakan UMNO. Rakyat hari ini semuanya dah 'bersekolah' dan tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Hari ini boleh di katakan saf kepimpinan UMNO pun dah boleh rakyat pertikaikan. Alasan bodoh sering di berikan seperti tidak bertanding di Penanti baru-baru ini.

Hari ini masalah sosial di kalangan remaja melayu kian meruncing.Malh lebih parah lagi. Adakah UMNO ambil kisah akan masalah ini?..Sedangkan remaja adalah golongan pelapis yang bakal mewarisi negara kelak. Antara contohnya merempit,seks bebas dan macam-macam lagi yang terjadi kepada anak-anak melayu,adakah di ambil kisah...

Renungkanlah...Nabi Muhammad S.A.W sendiri tak pernah memperjuangkan bangsa,yang diperjuangkan hanyalah ISLAM. Begitu juga dengan kami dari melayu-melayu dalam PR,kamu akan pastikan yang Islam akan menjadi agama rasmi di Malaysia malah akan di daulatkan dengan lebih tinggi lagi. Kalau harapkan UMNO,Islam itu di jadikan Islam Hadhari,iaitu Islam yang ada hari...

Kami akan pastikan Islam itu tidak akan di usik.Jika di usik buruk padahnya...

0 comments:

Post a Comment