Gumpita jugaklah Selangor pabila kepala lembu di hantar ke pejabat SUK Selangor.
Kekadang terasa bangang jugak dengan manusia ini(Si bahalol yang membawa).Lembu bagi umat Islam halal di makan malah ia boleh di jadikan Ibadah Korban. Manakala bagi masyarakat India plak ia merupakan haiwan yang suci.
Tetapi si bangang yang ada ni menampakkan lagi kejahilannya kerna mempermainkan kepala lembu yang berdarah. Ini di lakukan kerana protes terhadap kerajaan negeri Selangor membabitkan isu kuil. Si bangang yang membawa kepala haiwan ini lebih hina lagi dari 'binatang' kerna tak faham akan sensetif masyarakat majmuk...Tak keterlaluan andai di katakan si bahalol ini jahil dalam bab agama Islam.
Bodohnya si bahalol ini tidak menghayati isi kandungan Al-Quran di mana Allah s.w.t telah mengatakan bahawa 'tidak ada paksaan dalam beragama'...Bahalol sungguh pemuda tersebut.
Aku sebagai penganut Islam dengan ini mengutuk si bahalol tersebut. Kerna kejahilan beliau dalam agama membuatkan agama Islam tercemar dan di pandang serong oleh penganut bukan Islam.
Oleh demikian aku berharap agar Menteri Dalam Negeri memngambil tindakan yang tegas terhadap si bahalol tersebut. Di harap juga KDN tidak memilih kasih terhadap si bahalol ini.
Aku dan Rakyat Malaysia juga sebenarnya menunggu ulasan dari 'Menteri Agama'-Khir Johari dalam isu ini. Janganlah kerna si bahalol yang bangang ini Agama Islam di pandang hina oleh penganut agama lain.
IslaM itu Indah,Golongan semacam Si Bahalol inilah yang mencacatkan kemuliaanya.
Apa pun salam Ramadhan Karim buat umat Islam.
1 comments:
APAKAH MASIH SESUAI PERIBAHASA MELAYU 'BODOH MACAM LEMBU'
Post a Comment