Walau pun kini Isu Liwat DSAI hangat di muka depan 'paper' aku malas nak ambil pot untuk ulaskan nya...Biasa la,yang pasti nya kebenaran itu pasti menjelma. Siapa benar atau salah,hanya Tuhan jer yang tahu...Ini kerna hukum alam macam-macam boleh berlaku...Sebagai contoh ialah artis tanah air kita sendiri. Dalam lakonan begitu 'muslimah', di luar lakonan 'macam setan'..maaf andai aku terlebih dalam berbahasa.
Topik yang akan di kupaskan ialah ' Bantuan Syaitan'...Kekadang tu aku pelik jugak dengan umat Melayu Islam di Malaysia ni,negera dah maju hinggakan tak terikut di buatnya,tapi pemikiran masih di belenggu dengan pemikiran 'kuno'. Mana tak kunonya,masih meminta bantuan syaitan dalam menjayakan sesuatu serta untuk memuaskan kehendak naluri mereka. Jika hajat dan kedengkian yang melampau,maka bantuan syaitan mereka akan gunakan.
Maka berjumpalah bomoh dan pawang-pawang yang 'bersahabat' dengan jin dan syaitan untuk meminta bantuan..Ilmu pengasih,guna-guna, pelaris dan sebagainya akan di pinta dalam menjayakan niat 'jahat' mereka itu'. Inilah antara masalah pemikiran kuno yang masih ada dalam mind set orang melayu Islam.
Antara yang di buat ialah dengan mengenakan 'power rangers' kepada seseorang bagi menarik perhatian dia. Sebagai contoh ialah dalam instusi kekeluargaan, di mana si anak itu melihat akan 'kemaraan' seseorang saudara kandungnya,maka kedudukan nya terasa sedikit tergugat,maka bantuan syaitan harus di gunakan bagi memastikan si ayah tadi lebihkan perhatian kepadanya...maka si ayah tadi mungkin ke tahap menyampah bila melihat anaknya yang lain, si ayah tadi hanya sejuk sahaja bila anaknya yang menggunakan 'power rangers' tu..Inilah hakikat yang berlaku sekarang..Maka si anak yang 'menyampah' itu akan sering di pandang buruk oleh ayahnya...Kesiankan.
Selain itu juga di antara kengkawan. Sebagai contohnya dalam 'kedudukan' seseorang dalam jawatan. Jika seorang itu telah melebihi 'kreadibilitinya' maka perasaan tidak puas hati mula menjelma. Untuk di 'tinas' rakan nya tu tak kemampuan,maka bantuan syaitan harus di gunakan. Maka 'tempiasan' buah 'power rangers' la di hantar...Inilah hakikat sebenar dunia dalam menunggu 'mata terpejam' buat selamanya.
Kesan terhadap mangsa 'power rangers' ni bukan lah sikit sebenarnya...memang mangsa itu sihat,tetapi hati dan jiwanya menjadi lemah...Malas bekerja,tidak mahu bermasyarakat,pemarah tak tentu pasal,meluat melihat orang dan bermacam-macam lagi negative situation akan terjadi padanya..sedangkan sebelum ini dia seorang yang di senangi,tetapi setelah terkena asakan 'power rangers' dia telah berubah menjadi sebaliknya...Inilah antara bahana 'kecik' akibat terkena 'power rangers' berbanding kesan yang lebih besar hinggakan membawa maut.
Antara kerja-kerja 'pengikut' syaitan ini ialah baik di depan dan 'celaka' di belakang. Bak kata orang tua-tua di depan mata,pijak semut pun tak mati...inilah rupa-rupa serta wajah manusia yang bersabat dengan syaitan.
Mereka ni langsung tak fikirkan sifat belas kasihan langsung ke atas mangsa mereka,yang mereka tahu hanya 'hati mau puas' tanpa memikirkan dosa dan pahala yang bakal di 'kurniakan' kepada mereka kelak.
Bagi mangsa yang terkena 'power rangers' ini kuatlah semangat dan bebanyak la sujud kepada Tuhan walaupun ia agak berat di lakukan...inilah hakikatnya...berjumpalah dengan golongan alim ulama dan dapatkan bantuan serta nasihat dan lebih penting lagi dapatkan doa mereka agar 'bahana' yang terkena kepada itu terlepas bagi kita- senjata orang mukmin itu ialah doa kan...Memanglah badan nampak sihat,tapi di dalam badan kita telah 'di remotekan' oleh syaitan bagi 'menjahanamkan' kita.
Memang adil pun Tuhan kita iaitu Allah s.w.t yang mana ia mengatakan bahawa 2 dosa yang tidak di ampunkan: 1-Murtad dan 2- Syirik.
Menggunakan bantuan syaitan itu Syirik hukumnya walaupun untuk kebaikan seperti 'menggunakan' ke atas perempuan untuk buat bini..Hukumnya tetap syirik.
Buat golongan-golongan yang menggunkan ilmu syaitan ini bertaubatlah dan pohon lah keampunan kepada mangsa sebelum mata kita 'di pejamkan' kan. Ingatlah rahmat Tuhan itu adalah segalanya. Buat mangsa-mangsa bersabarlah...Inilah ujian buat kita,Kita di uji kerna kita sebenarnya di sayangiNYA. Mungkin kerna sayangNYA dia kepada kita,dia mahu mengampun dosa-dosa kita yang lalu.
Ingatlah" Hanya dialah (ALLAH) Tuhan yang kita sembah dan minta pertolongan".
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment