Pages

Tuesday, February 2, 2010

Kartika Sari Dewi Shukarno

Sebut je nama Kartika Sari Dewi Shukarno ramai yang pasti mengenalinya. Mana tidaknya seorang ibu dan juga isteri yang berani di dalam 'taubatnya'

Kisahnya ialah 'peminum arak' yang telah kembali bertaubat dan mahukan hukuman 'sebatan' dijalankan ke atasnya. Syabas dan tahniah di atas keberanian saudari dalam melakukan anjakan paradigma ke atas hukum syariah di bawah bidang kuasa di negeri Pahang. Tak keterlaluan andalah kini model 'muslimah' kepada remaja melayu Islam yang lain.

Setakat ini andalah insan yang mulia yang mahukan 'menebus' dosa anda secara lain dari yang lain. Kalau telah 'tertakdir' hukuman sebatan itu,anda jugalah bakal menjadi 'perintis' kepada perlaksanaan Hukum Allah. Dalam Islam sendiri Hukum meminum arak ada Hukumannya yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t...ia juga termasuk dalam hukum hudud.

Tapi malangnya,insan yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarno telah di perkotak-katik kan oleh undang-undang itu sendiri. Sampai hari ini beliau masih 'gagal' menerima hukuman yang telah di kenakan serta di persetujui sendiri olehnya. Bermacam alasan dan 'taician' di buat hinggakan beliau kini menjadi serba salah di buatnya.

Inilah penguasa Islam di Malaysia,undang-undang di peruntukan,tetapi perlaksanaannya 'hempeh'..kesannya masyarakat bukan Islam akan 'sedikit pening la' dengan undang-undang syariah di Malaysia. Inilah hakikat sebenarnya yang di hadapi.

Berharap agar pihak yang berwajib,laksanakanlah secepat mungkin bagi insan yang bertaubat itu..Beliau benar ikhlas akan menyesali kesalahannya. Di harapkan dengan perlaksaan hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno menjadi teladan dan 'ikutan' ke atas negeri lain bagi menghukum peminum 'air kencing setan' itu..Umum masyarakat Islam itu tahu akan bahana meminum 'air kencing setan' itu kerna di bangku sekolah lagi ia telah di ajar dengan istilah 'ibu segala maksiat'

Berharap NGO-NGO yang rancak dalam memepertahankan isu kalimah ALLAH turut sama membangkitkan isu ini.

Tuhan menciptakan manusia,DIA tahu macam mana nak mengajar manusia...Inilah ketetapan yang di berikan kepada kita. Walaupun jumlah sebatan yang bakal di kenakan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak sama apa yang di perintahkan oleh NYA,setidaknya ia merupakan permulaan ke arah perlaksanaan Hukum Allah yang telah di syariatkan kepada kita umat Islam. Kenapa la nak di takutkan kepada Hukum Allah jika kita bukan melakukannya..

Di haraplah Najib, PM Malaysia memastikan Hukum Allah ini di laksanakan di Malaysia,bersamalah kita mendoakannya.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment