Salam 2 all.
Terkezut bangat bila mendapat tahu bahawa Utusan Meloya mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri.
Ternyata sah lah bahawa utusan Meloya kini merupakan penyebar fitnah no 1 suratkhabar harian. Buktinya ialah sidang media yang di adakan oleh Maliik Kassim iaitu Exco Agama dan Lim Guan Eng sendiri. Yang lebih 'terasa' ialahlah kenyataan Lim Guan Eng ada mengatakan "adakah sampai kiamat baru Utusan Meloya ini berhenti menabur fitnah"...Kalau aku penulis utusan meloya dalam isu itu dah lama aku berhenti menjadi orang.
Pelik la juga dengan penulis yang membuat statement seperti itu,tergamak ia memfitnah sedemikian rupa. Sanggup memainkan sintimen agama bagi memecahkan belahkan rakyat Pulau Pinang serta sanggup menyebarkan fitnah ketahap yang tinggi.
Yang paling sedih sekali ialah pakcik-pakcik di kampung yang menjadikan utusan meloya ini sebagai sumber maklumat mereka,maka mereka akan terkena 'racun' dari penulis yang tak bertanggung jawab ini. ...menjawab lah kamu di depan Allah nanti.
Sedarlah kawan (penulis tersebut) fitnah itu dasyat dari membunuh,fikir lah yang kita akan mati suatu hari nanti. Janganlah kita membunuh orang tanpa kebenaran yang Allah s.w.t telah tetapkan, hak mengambil nyawa itu hanya milik Tuhan yang Esa sahaja. Adakah kamu berlagak menjadi Tuhan ?
Lu fikirla sendiri.
0 comments:
Post a Comment