Pages

Wednesday, June 30, 2010

UMNO kini pejuang Islam dan Melayu Pulak

Salam 2 all.

Kini isu perkauman dan keagamaan mula di mainkan oleh UMNO. Umno kini rancak membela nasib melayu yang kononnya di katakan semakin di tindas. Agama pula semakin di kompangkan oleh UMNO dengan berita kemasukan 40 Ulama yang di katakan berkelulusan PhD.

Kini UMNO semakin merencanakan pelbagai isu yang berkaitan dengan Agama dan Bangsa. Bagusla kalau dah sedar akan dari kesilapan yang lalu...Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi betul atau ikhlaskah UMNO dalam mengembalikan martabat Islam. Adakah UMNO benar mahukan pemerintahan mereka berlandaskan Islam...Adakah Islam melalui Al-Quran akan di jandikan panduan pentadbiran mereka....Hati manusia siapa yang tahu.

Semalam aku ada menyaksikan perasmian Tilawah al-Quran peringakat kebangsaan yang berlangsung di Sabah. ia telah di rasmikan oleh PM kita,tidak ketinggalan juga kelibat 'First Lady' juga hadir bersama dalam memeriahkan suasana tersebut. Dalam suasana 'keindahan' itu aku melihat akan fesyen yang di tampilkan oleh 'First Lady'...sedih juga bila melihat akan cara 'First Lady' itu mengenakan tudung...nampak sangat yang 'First Lady' itu tak habis 'mengkaji' Al-Quran dalam bab menutup aurat...Tutup tak habis...terfikir juga aku,tak segan ka 'First Lady' kita itu dalam menghadiri program yang sebesar itu serta berpakaian tudung sedemikian rupa...

Maka nampak sangat la kelemahan Najib dalam menegur 'First Lady' salam etika menutup aurat....Macam mana la nak memimpin negara mengikiut acuan Islam berlandaskan Al-Quran jika isteri nya sendiri gagal 'di ajak' menutup aurat seperti yang di hendakkan oleh Islam...

Bagi aku mudah sahaja,UMNO hanya menjadi pejuang bangsa dan agama jika mereka berada dalam 'kesempitan' nescaya merekan akan 'terlepas pandang' menjadi pejuang bila mereka berada dalam keadaan selesa...Pada pendapat aku la...

Oleh itu berharap agar kita tak 'di mainkan' oleh politik murahan dalam mengembalikan kuasa sesuatu kelompok...mereka akan menjadi 'hero' bila mana mereka berada dalam kesusahan dan melupakan perjuangan sebenar bilamana mereka berada dalam kesusahan...

Kini aku yakin Malaysia akan menuju ke arah negara maju di Malaysia kerana rakyat kini rata-ratanya sudah 'celik' dalam permainan politik...Politik perkauman sebenarnya adalah politik lapuk yang boleh membunuh sesebuah parti-parti politik jika ia di mainkan....

Syabas kepada warga Malaysia kerna sekarang sudah membuka minda dan berani membuatl pilihan...Kecerdikan rakyat dalam 'mengamati' permainan politik kini menggusarkan pemerintah sebenarnya.

Buat PR,persiapkanlah minda dan jentera parti yang ada kerna dalam PR itu sendiri terdapat pemimpin yang 'kemaruk' bila dah berkuasa...Pastikan golongan 'kemaruk' ini di nyahkan dari PR. Golongan inilah yang akan memusnahkan PR dan akan menghampakan pendukung PR selama ini yang mahukan perubahan.

Bersatu kita teguh,bercerai kita akan Roboh....Go PR, GO PR, GO PR.

Wassalam....

Monday, June 28, 2010

Krisis Selangor

Salam semua.

Kini iklim politik di Selangor mula meningkatkan suhunya. Kini isu kepimpinan Khalid Ibrahim ada yang sidah mempertikaikannya. Maka berkocak lah sedikit PKR di Selangor terutamanya.

Terus terang aku katakan bahawa syukur aku kepada Tuhan kerna tidak 'merestukan' 16 September...Syukur sangat aku pada Tuhan,kalau tidak 'jahanamlah' negara akibat dari kerakuasan ahlul-ahlul politik yang nak tunjukkan jaguh.

Aku adalah antara yang mendukung akan perjuangan PR,tetapi sejak kebelakangan ni sedah menampakkan hero jalanan yang ingin menonjolkan diri. Maka hero-hero ini sebanarnya naif dalam berpolitik sebenar.

Aku tak tahu akan masalah sebenar yang menimpa PKR Selangor,tetapi harus lah di ingat bahawa musuh PR kini bagaikan mengangguk di air yang keruh...maka yang rugi adalah PR terutamanya Keadilan itu sendiri...Sewajarnya PR terutama Keadilan Selangor haruslah menangani sebaik mungkin supaya ia tidak merebak bagaikan barah...

Penyakit haruslah di rawat sebaik mungkin agar ia tidak merebak menjadi besar atau pun kronik,jika terjadi sukarlah ia di sembuhkan,maka kemungkinan besar di kuburkan adalah tinggi...fikirkan lah...

Sedarlah wahai teman-teman dalam PR,UMNO kini kian merapikan strategi mereka dalam merampas kembali negeri-negeri yang di kuasai oleh PR. Mereka hanya menanti masa dan ketikanya sahaja untuk bertindak...Sedarlah wahai teman-teman sekelian...

Jangan hanya pandai mereka rumah,tapi tak tahu membuatnya...

Wassalam.

Friday, June 18, 2010

Mengapa Menjadi Malas

Salam 2 all.

Mengapa la sejak kebelakang ni aku menjadi malas dalam menulis dan meluahkan isi hati aku ini...aku seakan 'segan' dan 'malas' yang amat sangat dalam 'mencoretkan' sesuatu aku dalam blog ni.

Kekadang tu terfikir jugak kenapa la aku sedemikian rupa...nak kata ada masalah besar tak la jugak...entahla ...kenapa la aku jadi begini...nak kata 'caroi' tu tak la...nak kata masalah duit tu tak la sangat...nak kata masalah perempuan tu langsung tak ada...maklum la aku dah ada insan yang selama ni kucari yang sentiasa di sisi tau...hehehehe...

Tu la,apa la masalah yang melanda aku ni aku pun tak tahu...

Tapi sekarang ni aku asyik menghabiskan buku yang bertajuk 'YAKJUJU dan MAKJUJ-BENCANA DI SEBALIK GUNUNG...Buku ni di tulis oleh Muhammad Alexender....Sejek kebelakang ni aku 'kemaruk' dengan buku ni...nak di habiskan secepat mungkin tak mampu rasanya..kerna buku ini mengandungi halaman sebanyak 550 m.s...banyak tu..tapi setakat ini dah 272 m.s telah aku 'cerobohi'...setidaknya dapat la aku tahu sedikit sebanyak apa itu Yakjuj dan Makjuj yang di perkatakan selama ini...nak ulas nanti la sebab belum habis lagi.

Berbalik kepada 'malas' aku ni...aku kini lebih selesa dengan menunaikan tanggung jawab aku sebagai 'kuli upahan'..makna kata p kerja dan balik kerja...aku rasa kini dah dalam golongan 'bagus' dalam kerja...aku ke arah menjadi terbaik siut....Kalau sebelum ni bos aku dah malas nak layan karenah aku,tapi kini dia dah malas nak layan sebab aku dan nak masuk ke dalam fasa cemerlang....hehehehehe..."sesungguhnya lembu mana la yang tak angkat ekor sendiri kan"...

Sebagai sedar diri dari kelemahan yang melanda diri ini,aku akan buat 'post mortem' kan aku sendiri...aku gunakan segala sedikit kelebihan yang ada untuk 'operate' dan 'repair kembali 'masalah' yang aku hadapi kini...

Apa pun syukur aku tak terhingga kerna di kurniakan 'bakal' teman hidup yang terbaik buat diri ku...Dengan ada nya perjuangan dalam meneruskan hidup ni bertambah murni dan senang di harungi...

Apa pun aku rasa sampai di sini saja buat kali ni...ni pun jenuh memerah jugak la idea-idea yang macam tak mahu keluar ni...yang lebih penting la...ALHAMDULILLAH...kerna di berikan kesihatan dan rezeki dalam mengharungi hidup ini...


WASSALAM.


Tuesday, June 1, 2010

Nasib Rakyat

Salam 2 all.

Terbaru hangat juga negara pabila pimpinan yang memimpin negara yang di ketuai oleh Najib Razak (NJ) telah menwawarkan kan penarikan subsidi ke atas rakyat Malaysia dan akan menaikan harga petrol...Alasan yang di berikan adalah untuk mengelak negara dari terus 'bankrap'...adios...pening aku dengan telatah yang 'di mainkan' oleh pemimpin negara hari ini.

Mengapalah Malaysia di pimpin oleh golongan ini yer...kenapalah alasan yang kurang bijak di berikan oleh pemimpin negara yang sekarang ini hangat mempromosikan 1 Malaysia...adakah Malaysia kini miskin dan tiada hasil bumi ka...

Malaysia merupakan negara pengeluar minyak yang berjenama 'PETRONAS' kini satu dunia tahu akan kewibawaan PETRONAS...penaja kepada FI iaitu Mercedes GP yang mana pemandunya ialah lagenda F1...saper yang yang tak kenal Micheal Shumacer...kini lagenda ini memandu F1 yang taja oleh Malaysia.

Kalau berbilion ringgit boleh di laburkan kepada F1,takkan sedikit kot tak boleh nak tolong rakyat...Inilah menunjukkan akan kelemahan pimpinan negara yang ada pada hari ini...lemah dan tak tahu memerintah nampaknya NJ kita ni rupanya.

Kalau tak boleh memerintah lepas la saja jawatan tersebut kepada orang lain..masih banyak lagi pemimpin yang boleh mentadbir Malaysia...Alasan bodoh sering di berikan,antaranya rakyat perlu bekorban untuk negara,tetapi adakah mereka iaitu pemimpin negara kita sanggup bekorban untuk negara...lihat lah cara hidup keluarga mereka,anak mereka,bini mereka...semuanya serba mewah,sedangkan masih terdapat rakyat yang memerlukan perhatian...kalau di berikan perhatian pun cara tak ikhlas sahaja...mesti Berita Utama menyiarkannya...ni lah yang membuatkan rakyat semakin meninggalkan UMNO...tapi mereka ni sebenarnya seolah ditutupkan minda di buatnya...

Ingatlah,kalau minyak di naikkan nescaya harga barang akan turut sama melonjak,maka yang akan terasa ialah rakyat golongan pertengahan...mana tak naiknya harga barang,sebab semua nya melibatkan 'tranportation cost'...golongan kaya tak la terasa kerana mereka berduit,tetapi rakyat yang bekerja kilang akan terasa akan bahananya....

Menyentuh bab subsidi yang hendak di tarik...Kerajaan boleh la di umpakan bapak kepada keluarga,maka sebagai bapak kita 'bertanggung jawab' dalam memberikan keselesaan dan menyediakan kemudahan kepada anak-anak...maka sebagai pemimpin maka tanggung jawab merekalah dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat, kenapa pulak seorang bapak kena merungut kepada anak bila tak dapat menyediakan kemudahan serta keperluan asas kepada anak-anak,sedangkan bapa itu berada dan berduit...inilah kesimpulan yang boleh di simpulkan kepada 'ketidak cerdikan' pemimpinan hari ini...Kalau bapa itu kaya tak ada duit untuk keperluan kepada anak-anak,mungkin di sebabkan bapa itu 'joli sakan'...mungkin ini lah jawapannya...

akhir sekali...mudah sahaja...kini UMNO telah menampakkan ketidak cerdikan mereka kepada rakyat...ini adalah bagus sekali,kerna bila PRU 13 maka dengan mudah la BN di cantas....

Sekian wassalam...