Salam 2 all.
Kini isu perkauman dan keagamaan mula di mainkan oleh UMNO. Umno kini rancak membela nasib melayu yang kononnya di katakan semakin di tindas. Agama pula semakin di kompangkan oleh UMNO dengan berita kemasukan 40 Ulama yang di katakan berkelulusan PhD.
Kini UMNO semakin merencanakan pelbagai isu yang berkaitan dengan Agama dan Bangsa. Bagusla kalau dah sedar akan dari kesilapan yang lalu...Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi betul atau ikhlaskah UMNO dalam mengembalikan martabat Islam. Adakah UMNO benar mahukan pemerintahan mereka berlandaskan Islam...Adakah Islam melalui Al-Quran akan di jandikan panduan pentadbiran mereka....Hati manusia siapa yang tahu.
Semalam aku ada menyaksikan perasmian Tilawah al-Quran peringakat kebangsaan yang berlangsung di Sabah. ia telah di rasmikan oleh PM kita,tidak ketinggalan juga kelibat 'First Lady' juga hadir bersama dalam memeriahkan suasana tersebut. Dalam suasana 'keindahan' itu aku melihat akan fesyen yang di tampilkan oleh 'First Lady'...sedih juga bila melihat akan cara 'First Lady' itu mengenakan tudung...nampak sangat yang 'First Lady' itu tak habis 'mengkaji' Al-Quran dalam bab menutup aurat...Tutup tak habis...terfikir juga aku,tak segan ka 'First Lady' kita itu dalam menghadiri program yang sebesar itu serta berpakaian tudung sedemikian rupa...
Maka nampak sangat la kelemahan Najib dalam menegur 'First Lady' salam etika menutup aurat....Macam mana la nak memimpin negara mengikiut acuan Islam berlandaskan Al-Quran jika isteri nya sendiri gagal 'di ajak' menutup aurat seperti yang di hendakkan oleh Islam...
Bagi aku mudah sahaja,UMNO hanya menjadi pejuang bangsa dan agama jika mereka berada dalam 'kesempitan' nescaya merekan akan 'terlepas pandang' menjadi pejuang bila mereka berada dalam keadaan selesa...Pada pendapat aku la...
Oleh itu berharap agar kita tak 'di mainkan' oleh politik murahan dalam mengembalikan kuasa sesuatu kelompok...mereka akan menjadi 'hero' bila mana mereka berada dalam kesusahan dan melupakan perjuangan sebenar bilamana mereka berada dalam kesusahan...
Kini aku yakin Malaysia akan menuju ke arah negara maju di Malaysia kerana rakyat kini rata-ratanya sudah 'celik' dalam permainan politik...Politik perkauman sebenarnya adalah politik lapuk yang boleh membunuh sesebuah parti-parti politik jika ia di mainkan....
Syabas kepada warga Malaysia kerna sekarang sudah membuka minda dan berani membuatl pilihan...Kecerdikan rakyat dalam 'mengamati' permainan politik kini menggusarkan pemerintah sebenarnya.
Buat PR,persiapkanlah minda dan jentera parti yang ada kerna dalam PR itu sendiri terdapat pemimpin yang 'kemaruk' bila dah berkuasa...Pastikan golongan 'kemaruk' ini di nyahkan dari PR. Golongan inilah yang akan memusnahkan PR dan akan menghampakan pendukung PR selama ini yang mahukan perubahan.
Bersatu kita teguh,bercerai kita akan Roboh....Go PR, GO PR, GO PR.
Wassalam....
0 comments:
Post a Comment