Pages

Monday, June 28, 2010

Krisis Selangor

Salam semua.

Kini iklim politik di Selangor mula meningkatkan suhunya. Kini isu kepimpinan Khalid Ibrahim ada yang sidah mempertikaikannya. Maka berkocak lah sedikit PKR di Selangor terutamanya.

Terus terang aku katakan bahawa syukur aku kepada Tuhan kerna tidak 'merestukan' 16 September...Syukur sangat aku pada Tuhan,kalau tidak 'jahanamlah' negara akibat dari kerakuasan ahlul-ahlul politik yang nak tunjukkan jaguh.

Aku adalah antara yang mendukung akan perjuangan PR,tetapi sejak kebelakangan ni sedah menampakkan hero jalanan yang ingin menonjolkan diri. Maka hero-hero ini sebanarnya naif dalam berpolitik sebenar.

Aku tak tahu akan masalah sebenar yang menimpa PKR Selangor,tetapi harus lah di ingat bahawa musuh PR kini bagaikan mengangguk di air yang keruh...maka yang rugi adalah PR terutamanya Keadilan itu sendiri...Sewajarnya PR terutama Keadilan Selangor haruslah menangani sebaik mungkin supaya ia tidak merebak bagaikan barah...

Penyakit haruslah di rawat sebaik mungkin agar ia tidak merebak menjadi besar atau pun kronik,jika terjadi sukarlah ia di sembuhkan,maka kemungkinan besar di kuburkan adalah tinggi...fikirkan lah...

Sedarlah wahai teman-teman dalam PR,UMNO kini kian merapikan strategi mereka dalam merampas kembali negeri-negeri yang di kuasai oleh PR. Mereka hanya menanti masa dan ketikanya sahaja untuk bertindak...Sedarlah wahai teman-teman sekelian...

Jangan hanya pandai mereka rumah,tapi tak tahu membuatnya...

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment