Pages

Friday, July 15, 2011

Cincin Bernilai RM 24 Juta

Salam semua...

Mak aih...pakai cincin sampai bernilai 24 Juta...itulah yang 'terhangat' di bicarakan sekarang. Cincin ini di katakan di pakai oleh Rosmah Mansor. a.k.a RM...bukan Ringgit Malaysia yek...

Terkejut jugak la bila mana 'malaysia' di kepohkan dengan berita ini...maka siasatan dan 'perawai' yang sahih harus di cari. Maka setelah berjumpa dengan perawi yang sebenarnya aku mengambil kesempatan bertanya akan kebenarannya...maka setelah di sertakan bukti dari pihak yang berwajib maka aku semakin mempercayainya... di tambah plak dengan ' perawi' yang berani membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat...kalau ia nya benar,maka celakalah golongan tersebut...apa pun biar SPRM menyiasat akan 'kebenarannya dahulu' jika jangan lah menghukum sebelum 'terbukti ia benar.
Jika ia benar...

Maka tak bertanggungjawablah seorang pemimpin yang mana isterinya hidup mewah, sedangkan masih terdapat rakyatnya 'masih ,memerlukan' perhatian...di Malaysia,walaupun di ketogerikan negara membangun,tetapi masih ramai memerlukan perhatian yang serius kerna 'kesesakan' kehidupan rakyat yang semakin hari semakin menghimpit.

Bayangkan kalau berpendapatan sekitar RM 2500 di Pulau Pinang ini,ia masih di ketogerikan sebagai cukup makan sahaja. Inalah realiti yang harus di tempuhi terutamanya di bandar metropolitan ini.

Minyak (bahan bakar kenderaan)agak mahal perlu di bayar oleh penduduk Malaysia, kenapa kita perlu bayar mahal,kerna Malaysia adalah antara negara pengeksport minyak yang terkemuka di dunia,tetapi rakyat harus membayar harga yang mahal...sedang negera lain yang yang di ketogerikan sebagai 'pengeksport minyak' mambayar harga yang agak murah atau kurang membebankan....

Inilah nasib rakyat Malaysia....

Bila minyak naik,maka secara 'lazimnya' maka harga barangan lain turut melambung. Mana tidaknya, pemborang-pemborong barang keperluan asas terpakasa menaikkan harga di sebabkan 'transportation' kos sudah meningkat. Ini terjadi kerna kenderaan yang di gunakan untuk mengambil barang memerlukan 'minyak' untuk bergerak...maka harga barangan perlu di naikkan untuk 'meng cover' harga minyak yang sudah meningkat,maka penggunalah yang 'menjadi mangsa' untuk menanggung masalah ini....

Bila mana harga barang menjadi mahal, maka kita perlu membayar lebih, maka nilai 'mata yang' semakin susut, maka terjadilah 'inflasi'....

Berbalaik kepada 'kemewahan' kehidupan pemimpin tadi...jika benarlah apa yang 'di canangkan' sekarang oleh masyarakat tentang cincin yang bernilai 24Juta itu, maka rakyat haruslah menolak pemimpin seperti itu. Wajib di tolak kerna kita sekarang semakin di himpit dengan 'kesesakan' kehidupan, mereka semakin bermewah dengan kekayaan...dalam Islam, pemimpin yang wajib di pilih adalah yang memimpin kita keluar kita dari masalah-masalah kehidupan, mencari jalan memudahkan serta mengurangkan beban kehidupan..

Tetapi sebaliknya telah berlaku...Kita dalam 'kesesakan', mereka dalam kemewahan..haruslah di kongsi bersama 'kemakmuran' negara yang Tuhan telah anugerahkan kepada kita bersama...Janganlah hanya golongan 'terdekat terpilih' sahaja yang mengecapi kemewahan anugerah Tuhan...

Ingatlah, sebagai pemimpin kita harus menjaga serta 'memudahkan' kehidupan rakyat...Ini kerna di akhirat kita akan di tuntut...Makhamah Padang Masyar adalah Makhamah Maha Adil...di sana 'hakim-hakimNYA' tidak dapat di jual beli....

Contohilah Umar Abd Aziz sebagai 'ikon kepimpinan'...walaupun dari golongan berada,tetapi menjadi 'miskin' bila mana di angkat sebagai Pemimpin...

Di harapkan pihak yang berwajib terus menyiasat bini Najib...Kami sedang menantikan 'jawapan' dari pihak bewajib....

Wassalam.

Thursday, July 14, 2011

Macam Mau 'Curfew' Nih...

Dok tak dok, ada sahaja kekacauan berlaku...terbaru ialah anak babi.itik dan biawak diletak kan kat bagunan KOMTAR. Entah la...apa motif mereka ni...'telahan' pertama ialah ia dari Pembangkang di Pulau Pinang yang nak di tujukan kepada beberapa invidu kepimpinan utama negeri Pulau Pinang.

Masa zaman pemerintahan BN dulu tak la 'seteruk' ni kejadian berlaku, bila PR memerintah ada ada sahaja perkara 'pelik' yang berlaku di Pulau Pinang. Yang paling aku pelik ialah kenapa la binatang-binantang ni di letakan kat KOMTAR...ini mesti ada 'hidden' agenda dari pihak musuh nih.

Yang paling kesian. tak pasai- pasai KOMTAR perlu di kosongkan yek, dek ancaman bom di katanya. Selepas membaca berita 'internet' Ketua Polis Pulau Pinang amat murka dengan kejadian tersebut serta memandang serius...harap Ketua Polis Pulau Pinang ni tak 'bermuka-muka' la...Tapi setakat ini,Tuan Ketua Polis Pulau Pinang mempunya 'rekod' yang yang terbaik sejak dia 'take over' Penang...Syabas.

Di harap pihak yang bertanggungjawab menyiasat serta mengambil tindakan yang cepat dalam mengatasi masalah ini. Bukan per,Penang kan sebuah negeri yang maju serta berbilang kaum, serta bangsa cina merupakan majaroti penduduk di sini. Tak mahulah keadaan yang tak di ingini berlaku di negeri yang antara termaju di Malaysia.

Harap pihak yang tak puas hati kepada kepimpinan di Pulau Pinang ni, 'muhasabahlah' diri anda...'renungilah' kesilapan kalain yang lampau...sebabnya,rakyat kini bukanlah bodoh seperti dahulu...Rakyat sekarang dah celik IT...dah dapat bezakan yang mana intan dan yang mana kaca...
Kekadang tu aku pening 'jugak' la dengan 'puak-puak ni'...kekadang tu depa ni seakan lebih 'camca dari bubur'....yang peliknya masyarakat melayu la yang terpengaruh...depa yang kaya,melayu yang merana...setahu aku,puak-puak ni tak pernah pun sayang kan melayu..kenapa la Melayu mengangkat mereka sebagai hero...pada hai,mereka ini bukannya 'pejuang melayu tulen'....

Di harapkan agar 'rakyat yang dahagakan perubahan' tak termakan akan 'cara-cara' mereka yang ingin menimbulkan 'ketegangan' ni. Mereka ini sebenarnya sedar,bahawa Pulau Pinang agak sukar mereka takluki semula,maka apa cara sekalipun akan di gunakan dalam menimbulkan huru-hara bagi mendapat semula 'negri yang belubuk emas' nih...dapat negeri,maka dapat lah 'habuan'....Bukit mereka semakin 'merendah'...maka mereka sekarang dalam kegelisahan...maka bukit perlu di tinggikan,maka apa jua cara,pasti dilakukan...

Maka 'CURFEW' pun sanggup di lakukan dalam meninggikan kembali bukit yang hampir merata...semakin hari bukit itu semakin merendah....

Buat pihak berkuasa,atasikan masalah ini sebaiknya...Kami percayakan anda selagi anda ikhlas dalam 'melaksanakan' amanah yang di berikan...

Wassalam.

Tuesday, July 12, 2011

Rakyat Mahukan Penjelasan

Salam 2 all.

Baru sahaja sebentar tadi hampir 6000 rakyat membanjiri Tapak Ekspo Seberang Jaya...Hampir setiap penjuru serta pelosok ruang di penuhi oleh rakyat dalam 'dahagakan' akan kebenaran. Melayu,Cina dan India hadir tanpa 'sebarang upah' dalam mengikuti perkembangan terkini akan situasi semasa,terutamanya selepas 'PENCUCIAN SPR'

9 Julai lalu,negara di gamatkan dengan 'kebangkitan' rakyat di ibu kota dalam menuntut 'pencucian' dari SPR. Kini hero-hero 'pencucian' hadir sendiri dalam ceramah tersebut dalam 'menjelaskan' apa sebenarnya yang berlaku. Hero-hero tersebut ialah DSAI dan Mat Sabu.

DSAI dalam keadaan kurang sihatnya tampil juga memberi 'penjelasan' walaupun keadaannya kurang mengizinkan...Pidatonya tetap menyengat walaupun lehernya terpaksa di 'ikat' bagi mengurangkan kesakitan yang beliau alami...Walau pun media pro BN 'mentomahkan' beliau dengan pelbagai tohmahan, antaranya di katakan beliau bersandiwara,tetapi hakikatnya beliau 'memang benar' dalam kesakitan...'terbuktinya' beliau dalam kesakitan,ialah beliau terpaksa memendekkan 'berpidato' di sebabkan keadaan beliau yang agak sukar untuk 'berpidato'..nampak jelas sekali yang beliau mengalami kecederaan yang agak serius.

Mat Sabu plak, walaupun dalam keadaan 'ber WILCA' tetap semangat dalam menerangkan 'hakikat' sebanar semasa peristiwa 9 Julai...sampai nak putus 'urat gelak' di buatnya..Tapi itulah hakikat pejuang tulen,walau pun 'berWILCA' aku turun jugak.
Kehadiran 'rakyat' dalam majlis penerangan ini sedikit sebanyak memberi 'isyarat' bahawa kini rakyat sudah dahagakan kebenaran, rakyat kini dah mula mahukan perubahan dalam kepimpinan negara.

Tak di lupakan ialah 'keprihatinan' Lim Guan Eng' kepada mereka yang meninggal baru-baru ini, Prihatinnya ialah beliau semasa ceramahnya memohon agar hadirin ' mendoakan' mereka yang meninggal baru-baru ini semasa menyertai 'pencucian' 9 Julai...tak terfikir jugak aku, walaupun kita 'mendahagakan' kebenaran,masih ada insan yang 'mengingatkan' kita untuk 'mendoakan' mereka yang tiada, Mereka tersebut ialah aktivis yang turun menyertai 'pencucian' SPR.

Jelas sekali bahawa kini rakyat Malaysia bersedia untuk berubah. Tinggalkan media massa Pro BN yang 'wartawannya' failed MATEMATIK, dan failed 'keadaan'.

Wassalam.

Sunday, July 10, 2011

'MEMBERSIHKAN'

Ber akhirlah sudah suatu 'suara' hati rakyat yang telah sanggup turun ke ibu kota dalam menyatakan sokongan akan 'ketempangan' sebuah organisasi terpenting di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, a.k.a SPR. maka berbagai citer telah di keluarkan....

Setiap media massa dan media internet memberikan tafsiran mereka sendiri...biasa la..ada yang pro dan ada yang kontra...biasa kan...isi hati masing-masing. Tapi yang agak 'kureng' bagi aku ialah kenyataan IGP Malaysia meyatakan sekitar 5 hingga 6 ribu sahaja yang hadir dalam menyatakan sokongan keatas BERSIH...benarkah jumlah yang Tuan IGP kita kata itu ?...

Dari pemerhatian aku lebih...bukan lebih sikit,tapi lebih banyak...pendapat aku jumlah sebenar adalah 10X ganda dari kenyataan Tuan IGP kita....hairan bin pelik jugak sebab mengapa lah perkara yang 'terang' itu di sembunyikan...adakah rakyat Malaysia berada dalam hutan?...

...
kekadang tu kesian jugak kepada 'kepimpinan' malaysia hari ini, kerna ia akan menjadikan bahan ketawa Rakyat Malaysia sahaja..tak kah mereka sedar akan 'kecelikan serta kecerdikan' rakyat Malaysia yang ada hari ini...
Kini Malaysia pesat membangun,terutamanya dalam dunia IT. Kini rakyat bebas 'mengaksess' maklumat di mana sahaja. Di tambah pula kemudahan WIFI yang di sediakan di permis-permis perniagaan....Maka tak hairanlah jika mereka mendapat berita terkini lebih pantas dari TV-TV yang ada di Malaysia.

Jujurlah kepada hakikat sebenarnya...Bukan nya apa,takut nanti dengan mudah kerajaan yang ada pada hari ini di hukum oleh rakyat sendiri...di tolak kerna di pimpim oleh golongan yang 'laih' ilmunya serta kurang kebijaksanaan....

Pesanan buat mereka yang berani sanggup hadir dalam menyatakan BERSIH...anda adalah golongan pejuang sejati...dengan kehadiran andalah Pimpinan Najib kini dah mula goyah dan tak keruan di buatnya...Syabas dan Tahniah...

Buat pemimpin yang ada,sendiri mau ingatla....Mungkin jawatan yang anda ada sekarang kini menghampiri di hujung nyawa...sedarlah,kuasa rakyat kuasa keramat...

Wassalam.

Friday, July 8, 2011

Masih Di Gunakan...


Terkesima jugak la bila aku ada menerima surat permohonan yang masih menggunakan 'typewriter'...terus terkeluar dari mulut aku " ada lagi ke"...maksud aku masih adalagi ka penggunaan typewriter di zaman ni...

Kan semua sudah maklum bahawa sekarang kita semua berada di zaman yang penuh kecanggihan yang teramat,hinggakan tak terkejar kita dalam arus permodenan seperti dunia IT. Rupa-rupanya masih ada lagi golongan yang masih 'menghargai' akan teknologi lama...

Surat ini akan ku simpan sebagai kenangan...Kerna tersentuh aku di buatnya...'Pak Long' yang berikan surat pada aku tu bukanlah calang-calang orangnya,pencen Jabatan Kerajaan yang 'bertitle' Timbalan Pengarah tu...aku tahu dia sengaja 'mengembalikan' zaman nostalgianya kembali...Setidaknya mengingat kan aku kembali akan zaman 98 semasa aku menuntut dahulu.

Zaman 98.

Itulah zaman aku mula menuntut dahulu,di mana semua 'tugasan' perlu di buat dan di hantar. Maka ketika itu 'komputer' agak 'termaju' dan ramai yang belum mampu memilikinya...Maka 'typewriter' lah merupakan 'bahan' terbaik ketika itu dalam melakukan tugasan...Maka berdetup detaplah bunyinya semasa menggunanya.

Teringat jugaklah ketika itu,terutama di waktu malam,bunyi " tup tap... tup tap" merupakan perkara biasa jer, ia juga menandakan bahawa kesibukan setiap pelajar dalam 'melaksanakan' tugasan yang di berikan. Ada ketikanya ia merupakan satu bunyi yang indah dan tak lupa juga ia merupakan bunyi yang 'mengganggu' telinga,terutamanya bila malam menjelang....Mau tidaknya,satu 'dome' dan bangunan akan menghasilkan bunyi tersebut...

Kekadang itu rindu jugak la kan bunyi "tup tap..tup tap"...

Kini zaman telah berubah,ramai yang dah mula tahu akan kepentingan penggunaan IT. Hinggakan telefon bimbit pun dah di lengkapi 'kemudahan' seakan komouter...Kini manusia bebas 'mengakses' internet di mana sahaja...Zaman kini tak seperti dahulu,...para pelajar pun dah mampu memiliki 'smart phone' yang bernilai ribuan ringgit...Zaman dah berubah...

Itulah Zaman dah berubah,maka pemikiran pun semakin berubah....

Teringat pada teman-teman dahulu...di mana mereka semua sekarang yek...

Akhir kata,tiada yang dulu,maka tiadalah yang sekarang....Barang lama jangan di lupakan..

Saturday, July 2, 2011

Apa Ke Jadahnya nie...

Saban hari aku dah naik meloya dengan isu 'Baju Bersih'...macam la si pemakai tu pengganas...Semakin hari ada sahaja tangkapan yang di buat oleh pihak Polis...

Kesian kat pihak polis kerna terpakasa mengikut kehendak atasan...aku tak marahkan polis,tetapi memarahkan pemimpin atasan yang memberikan arahan.

Kenapa la sebuah negara yang di katakan sebuah negara demokrasi,tapi 'demokrasi terpimpim' jadinya....

Yang paling menyedihkan bila mana ada pihak yang 'menghasut' akan golongan yang masih belum terbuka mindanya agar 'membenci bersih' sedangkan berhimpun dalam menyatakan kebenaran adalah tuntutan Islam. Sebagai contoh aku serta kan sedikit contoh hadis dari kupasan ilmuan iaitu Dr Asri:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Sedihkan bila mana golongan yang jahil agamanya cuba menunjukkan kealiman sedangkan ilmu mereka itu belum cukup lagi, lagi sedih bila mengatakan merekalah golongan yang menegakkan Islam...Paling sedih bila mana media massa arus perdana memberi mereka ruang dalam menyatakan 'ketidak benaran'.

Maka paling mendukacita kan aku ialah golongan yang malas berfikir menerima sahaja bulat-bulat akan 'kenyataan' golongan yang 'haprak' ini.

Kini,lembayung kuning semakin di kibarkan...nantikan 'penghakiman' rakyat bila mana tiba masanya PRU 13 nanti....Semoga Tuhan menunjukkan akan kebenaran..

Wassalam.