Pages

Friday, July 8, 2011

Masih Di Gunakan...


Terkesima jugak la bila aku ada menerima surat permohonan yang masih menggunakan 'typewriter'...terus terkeluar dari mulut aku " ada lagi ke"...maksud aku masih adalagi ka penggunaan typewriter di zaman ni...

Kan semua sudah maklum bahawa sekarang kita semua berada di zaman yang penuh kecanggihan yang teramat,hinggakan tak terkejar kita dalam arus permodenan seperti dunia IT. Rupa-rupanya masih ada lagi golongan yang masih 'menghargai' akan teknologi lama...

Surat ini akan ku simpan sebagai kenangan...Kerna tersentuh aku di buatnya...'Pak Long' yang berikan surat pada aku tu bukanlah calang-calang orangnya,pencen Jabatan Kerajaan yang 'bertitle' Timbalan Pengarah tu...aku tahu dia sengaja 'mengembalikan' zaman nostalgianya kembali...Setidaknya mengingat kan aku kembali akan zaman 98 semasa aku menuntut dahulu.

Zaman 98.

Itulah zaman aku mula menuntut dahulu,di mana semua 'tugasan' perlu di buat dan di hantar. Maka ketika itu 'komputer' agak 'termaju' dan ramai yang belum mampu memilikinya...Maka 'typewriter' lah merupakan 'bahan' terbaik ketika itu dalam melakukan tugasan...Maka berdetup detaplah bunyinya semasa menggunanya.

Teringat jugaklah ketika itu,terutama di waktu malam,bunyi " tup tap... tup tap" merupakan perkara biasa jer, ia juga menandakan bahawa kesibukan setiap pelajar dalam 'melaksanakan' tugasan yang di berikan. Ada ketikanya ia merupakan satu bunyi yang indah dan tak lupa juga ia merupakan bunyi yang 'mengganggu' telinga,terutamanya bila malam menjelang....Mau tidaknya,satu 'dome' dan bangunan akan menghasilkan bunyi tersebut...

Kekadang itu rindu jugak la kan bunyi "tup tap..tup tap"...

Kini zaman telah berubah,ramai yang dah mula tahu akan kepentingan penggunaan IT. Hinggakan telefon bimbit pun dah di lengkapi 'kemudahan' seakan komouter...Kini manusia bebas 'mengakses' internet di mana sahaja...Zaman kini tak seperti dahulu,...para pelajar pun dah mampu memiliki 'smart phone' yang bernilai ribuan ringgit...Zaman dah berubah...

Itulah Zaman dah berubah,maka pemikiran pun semakin berubah....

Teringat pada teman-teman dahulu...di mana mereka semua sekarang yek...

Akhir kata,tiada yang dulu,maka tiadalah yang sekarang....Barang lama jangan di lupakan..

0 comments:

Post a Comment