Saban hari aku dah naik meloya dengan isu 'Baju Bersih'...macam la si pemakai tu pengganas...Semakin hari ada sahaja tangkapan yang di buat oleh pihak Polis...
Kesian kat pihak polis kerna terpakasa mengikut kehendak atasan...aku tak marahkan polis,tetapi memarahkan pemimpin atasan yang memberikan arahan.
Kenapa la sebuah negara yang di katakan sebuah negara demokrasi,tapi 'demokrasi terpimpim' jadinya....
Yang paling menyedihkan bila mana ada pihak yang 'menghasut' akan golongan yang masih belum terbuka mindanya agar 'membenci bersih' sedangkan berhimpun dalam menyatakan kebenaran adalah tuntutan Islam. Sebagai contoh aku serta kan sedikit contoh hadis dari kupasan ilmuan iaitu Dr Asri:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Sedihkan bila mana golongan yang jahil agamanya cuba menunjukkan kealiman sedangkan ilmu mereka itu belum cukup lagi, lagi sedih bila mengatakan merekalah golongan yang menegakkan Islam...Paling sedih bila mana media massa arus perdana memberi mereka ruang dalam menyatakan 'ketidak benaran'.
Maka paling mendukacita kan aku ialah golongan yang malas berfikir menerima sahaja bulat-bulat akan 'kenyataan' golongan yang 'haprak' ini.
Kini,lembayung kuning semakin di kibarkan...nantikan 'penghakiman' rakyat bila mana tiba masanya PRU 13 nanti....Semoga Tuhan menunjukkan akan kebenaran..
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment