Dok tak dok, ada sahaja kekacauan berlaku...terbaru ialah anak babi.itik dan biawak diletak kan kat bagunan KOMTAR. Entah la...apa motif mereka ni...'telahan' pertama ialah ia dari Pembangkang di Pulau Pinang yang nak di tujukan kepada beberapa invidu kepimpinan utama negeri Pulau Pinang.
Masa zaman pemerintahan BN dulu tak la 'seteruk' ni kejadian berlaku, bila PR memerintah ada ada sahaja perkara 'pelik' yang berlaku di Pulau Pinang. Yang paling aku pelik ialah kenapa la binatang-binantang ni di letakan kat KOMTAR...ini mesti ada 'hidden' agenda dari pihak musuh nih.
Yang paling kesian. tak pasai- pasai KOMTAR perlu di kosongkan yek, dek ancaman bom di katanya. Selepas membaca berita 'internet' Ketua Polis Pulau Pinang amat murka dengan kejadian tersebut serta memandang serius...harap Ketua Polis Pulau Pinang ni tak 'bermuka-muka' la...Tapi setakat ini,Tuan Ketua Polis Pulau Pinang mempunya 'rekod' yang yang terbaik sejak dia 'take over' Penang...Syabas.
Di harap pihak yang bertanggungjawab menyiasat serta mengambil tindakan yang cepat dalam mengatasi masalah ini. Bukan per,Penang kan sebuah negeri yang maju serta berbilang kaum, serta bangsa cina merupakan majaroti penduduk di sini. Tak mahulah keadaan yang tak di ingini berlaku di negeri yang antara termaju di Malaysia.
Harap pihak yang tak puas hati kepada kepimpinan di Pulau Pinang ni, 'muhasabahlah' diri anda...'renungilah' kesilapan kalain yang lampau...sebabnya,rakyat kini bukanlah bodoh seperti dahulu...Rakyat sekarang dah celik IT...dah dapat bezakan yang mana intan dan yang mana kaca...
Kekadang tu aku pening 'jugak' la dengan 'puak-puak ni'...kekadang tu depa ni seakan lebih 'camca dari bubur'....yang peliknya masyarakat melayu la yang terpengaruh...depa yang kaya,melayu yang merana...setahu aku,puak-puak ni tak pernah pun sayang kan melayu..kenapa la Melayu mengangkat mereka sebagai hero...pada hai,mereka ini bukannya 'pejuang melayu tulen'....
Di harapkan agar 'rakyat yang dahagakan perubahan' tak termakan akan 'cara-cara' mereka yang ingin menimbulkan 'ketegangan' ni. Mereka ini sebenarnya sedar,bahawa Pulau Pinang agak sukar mereka takluki semula,maka apa cara sekalipun akan di gunakan dalam menimbulkan huru-hara bagi mendapat semula 'negri yang belubuk emas' nih...dapat negeri,maka dapat lah 'habuan'....Bukit mereka semakin 'merendah'...maka mereka sekarang dalam kegelisahan...maka bukit perlu di tinggikan,maka apa jua cara,pasti dilakukan...
Maka 'CURFEW' pun sanggup di lakukan dalam meninggikan kembali bukit yang hampir merata...semakin hari bukit itu semakin merendah....
Buat pihak berkuasa,atasikan masalah ini sebaiknya...Kami percayakan anda selagi anda ikhlas dalam 'melaksanakan' amanah yang di berikan...
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment