Pages

Tuesday, August 16, 2011

Ajak DAP join BN

Salam Ramadhan.

Hai...lain macam bunyinya..inilah yang si katakan berlaku apabila Nazri Aziz mengajak DAP join BN. Ini sebenarnya satu petanda yang BN semakin nazak menghambiri hari 'sakratul' maut. Nasib baik la pimpinan atas DAP bukan golongan yang gilakan kuasa seprerti MCA atau GERAKAN.

Sebelum ni PAS telah 'dijemput' bersama mereka hingga timbul istilah UG (United Goverment) yang sebelum ini sedikit sebanyak 'menggegarkan' iklim politik Malaysia. Umum mengetahui inilah 'idea' terkini yang di gunakan oleh BN dalam meneruskan cengkaman mereka untuk terus memerintah Malaysia. Kerna dengan cara ini sahajalah mereka mampu 'mengekalkan' kuasa memerintah.

BN, terutamanya UMNO sedar akan 'bakal' kehilangan kuasa mereka dalam PRU yang akan mendatang. Mereka sendiri sudah 'terbau' akan 'tanah kubur' mereka kelak. Sudah 54 tahun berkuasa memerintah,tetapi rentak mereka semakin hari semakin sumbang di buatnya. Faktor 'kecerdikan' rakyat juga merupakan antara faktor yang yang bakal menyumbangkan akan kejatuhan kuasa mereka.

Ini jelas jika di lihat akan 'stand' muda-mudi melayu kini. Mereka hari ini sudah tak sabar nak 'meyekolahkan' UMNO/BN yang sudah 'ternampak' akan 'kesesatan' hala tuju. Hal tuju mereka semakin 'tak jelas'....Kini rakyat dah mula dahagakan 'kebenaran'. rakyat kini semakin matang dalam 'dunia politik'...Bayangkan seorang yang 'tak berpolitik' kini dah mula 'berbicara' akan konsep 'kalih'...

Kekadang tu 'hairan gak' bila mana 'harakah' dan 'suara keadilan' dah mula di beli oleh golongan muda mudi hari dalam nak 'up date' berita terkini. Laman sesawang 'pro pembangkang' dah mula di lawati oleh anak-anak muda untuk 'di cari in-put'..Itulah kehebatan anak-anak muda dalam mnecari akan kebenaran.

Dunia semakin 'maju' pemikiran semakin kehadapan,maka dengan mudah lah anak-anak muda kini mendapat maklumat akan 'hal ehwal' negara kini. 'Smart Phone' kini di gunakan sebaik mungkin oleh anak muda dalam mencari 'ilmu'...Inilah sebenarnya yang agak 'mengusarkan' UMNO /BN.

Kenapa ini terjadi...

Inilah anatara kesilapan pimpinan UMNO/BN yang leka dan sentiasa lepak di 'pub-pub' untukberhibur. Mereka ini sudah 'mabuk' dengan keseronokan dunia. Mereka lupa akan 'keperluan' rakyt. Kini rakyat dah mula 'berubah'. Jika Rakyat berubah 'hati' maka bakal kehilangan keseronakan dunia lah pimpinan UMNO. Jika hilang semuanya maka 'susahlah' kehidupan mereka kelak di duniawi yang sementara ini.

Apa pun syabas kepada PAS dan DAP yang menolak 'pinangan palsu' dari BN/UMNO. Mereka sedar akan 'teman-teman' mereka yang yang lain, teman-teman mereka itu, kini sudah tidak boleh di harapkan lagi.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment