Salam Nuzul Quran.
'Menarinya' tinta ini tatkala isu Laungan Bacaan Al-Quran dikuatkan ketika menanti subuh masih di bincangkan lagi...Agak panas jugak la isu ini ' di laungkan' di dada akhbar,terutamanya media massa yang 'rasmi' pemerintah.
Setidaknya syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan isu inilah 'mendekatkan' kita lagi apa yang terkandung di dalam ajaran Islam sebenarnya. Dengan ini barulah kita dapat melihat akan 'ke ilmuan' setiap insan dalam menerima akan 'permasalahan' maslah ini. Setidaknya kita dapat 'membezakan' antara Islam yang menurut Al-Quran dan Sunnah atau pun Islam yang berlandaskan 'Kerajaan atau Pemerintah'...
Setelah tercetus ini isu ini maka dapatlah kita perhatikan 'kedudukan' iman seseorang itu terhadap ajaran Islam. Umum kita mengetahui sesama Islam itu sendiri masih terdapat 'khilaf-khilafnya' yang tersendiri. Bagi aku ia merupakan perkara normal. Tetapi khilaf tersebut biarlah masih 'di dalam' landasan Islam.
Agak malang sekali ialah golongan yang mahu 'mempolitik' kan akan isu ini. Tak perlulah nyatakan, haluan manakah golongan tersebut,tetapi secara zahirnya dapat lah di lihat golongan yang agak 'jahil sedikit' agamanya nak tunjuk 'hero' dalam mempertahankan isu ini...Sedihnya bila mana 'hero-hero' tersebut 'menyerlahkan' akan kejahilannya sendiri dalam mengupaskan isu ini....Bagi aku ia adalah kuasa Tuhan...mungkin kalau tak keterlaluan di katakan 'Perancangan Tuhan' dalam menilai akan kefahaman kita terhadap 'Agama yang DIA wahyukan kepada Muhammad Bin Abdullah'...
Sebagai kesimpulannya, Syukurlah kepada Tuhan Allah,kerna mahukan kita kembali kepada Ajaran Islam yang sebenar. Dengan tercetusnya isu ini,semakin ramai mencari akan kebenaran Islam itu. Semakin ramailah yang 'melayari' laman sesawang yang 'terkenal' untuk mencari akan kepastian sebenarNYA.
Buat golongan yang cintakan Islam,ini lah peluang yang Tuhan berikan kepada kita dalam 'menyampaikan' ajaran Islam sebenarnya. Selama ini kita telah 'terpengaruh' dengan adat-adat lama yang telah lama 'meresapi' pemikiran kita selama ini. Setidaknya ia adalah jalan terbaik agar kita 'mendalami sedalamnya' apa itu Islam....
Telah bertahun kita 'di momokkan' dengan adat Melayu dalam Islam kita. Kini,istilah 'Melayu itu Islam' harus lah di pertimbangkan semula agar kita tak tercelaru dengan Islam bagi golongan yang kini sudah mahu 'mendalamkan' Islam di dalam jiwa mereka. Percayalah,kini ramai yang terkeliru,terutamanya yang bukan Islam serta yang baru mahu 'berkenalan' dengan Islam.
Buat pemerintah negeri atau pun negara,berlapang dadalah serta jujurlah terhadap Islam itu. Islam itu selamat maksudnya...jika kita tak jujur 'kepada selamat' maka musibah bakal menimpa kita...Kenapa musibah itu datang....kerna kitalah yang mengundangnya....
Wassalam...yang baik itu dari Allah,yang buruk itu dari kita sendiri....
ALLAHUAKBAR.
0 comments:
Post a Comment