Pages

Monday, August 22, 2011

Belum Habis lagi Rupanya...

Salam Pencarian Lailatul Qhadar.

Tadi aku melepak dengan kengkawan 'sekampung'...lama tak jumpa depa di bulan yang mulia ini. Menariknya 'parlimen' kedai kopi kali ini membincangkan pasai isu 'Larangan laungan bacaan Al-Quran' di waktu subuh di utarakan...

Al maklum la kita berkawan dengan semua golongan...tapi bila isu ini di 'usulkan' maka bertambah rancak la 'perdebatan' kami. Usul ini di bangkitkan oleh kawan aku ahli 'UMNO tok tok' yang agak karat 'keUMNOan' nya. Katanya habis la Islam terutamanya di Pulau Pinang ni, DAP dah tak bagi baca Al-Quran di waktu subuh dah, lepaih ni tak bagi 'Bang' (Azan) la plak....

Aku tersenyum dan di sertakan gelak dalam hati aku...walaupun ada la lagi 'bebelan' yang dah melalut di 'usulkan'...aku hanya gelak dalam hati sampai la kawan aku ni habis 'berhujah'...tetapi dalam hati ku hanya satu sahaja 'tersiat'....dalam hatiku berkata " ni lah kesannya UMNO' menjahilkan pengikutnya...

Setelah selesai hujahnya,maka giliran aku la plak 'berhujah'..sambil meminjamkan hadis-hadis sahih yang terdapat dalam blog Dr Asri,aku pun 'menyatakan' akan kesahihan hadis tersebut, al maklum la,DR ASRI agak terkenal di Penang ni...Maka kawan aku pun diam sebentar...dalam nada tak puas hati dia pun 'menanyakan' akan kebenaran tersebut. Maka aku tunjukkan la kat member aku ni akan 'blog' Dr Asri yang terkandung 'luahan' beliau kepada membe aku ni...Maka diam la si mamat UMNO tok tok ni...Tak terjawab dia.

Maka dengan kesempatan yang 'Tuhan' kurniakan ini aku 'cuba' menerangkan kepada dia akan 'kebenaran larangan itu' sebaik yang mungkin. Pada masa yang sama aku 'racunkan' dia agar berubah lah arah dari menyokong serta menjadi pak turut UMNO yang 'agak ketinggalan' sedikit dalam bab Agama Tuhan Allah...nak kata jahil tak patut,sebab dalam mereka juga terdapat ilmuan agama,tetapi semua ilmuan agama mereka perlu mendapat 'permision' dari pihak atasan mereka...

Maka bertambah lah 'racun-racun' aku berikan kepada mereka. Mereka dah mula 'pening' sedikit dengan ' racun' aku berikan itu. Bertambah la lagi aku 'menambah dos-dos' kepada mereka demi menyatakan akan kebenaran yang hakiki...walaupun aku ni bukanlah dari golongan 'ilmuan Islam ' yang handal. Tetapi sedikit sebanyak aku cuba 'mengembalikan' mereka dari menjadi 'Pak Turut' UMNO yang sudah nazak menghadapi 'sakratulmaut'...

Bukan aper,kekadang tu kesian jugak kat mereka yang 'bertaklid' buta...buta sejarah,buta perjuangan,buta akan permainan politik.....

Sebagai kesimpulan kepada mereka,aku menyatakan ,apa yang berlaku semuanya adalah kehendak ALLAH S.W.T...ia mungkin berlaku kerna Tuhan nak kita 'muhasabah' diri kita, di manakah kedudukan Islam,di manakah kedudukan melayu...apa yang depa buat selama 52 tahun memerintah dahulu,adakah semasa pemerintahan mereka,mereka menjaga 'melayu' dan Islam...Setidaknya baru lah kita tahu bahawa selama pemerintahan mereka,merekalah yang 'menjahanam'kan Melayu juga Islam itu sendiri. Siapakah 'taiko-taiko' pub masa pemerintahan mereka...itu lah hakikat sebenar yang harus orang UMNO telan...kini setelah pemerintahan berubah, barulah mereka sedar akan di mana kedudukan Melayu dan Islam..

Kini setelah hilang kuasa serta hilang 'kontarak-kontrak' maka, meracau lah jadinya...Maka timbul la hero-hero 'murahan' yang melaungkan 'hidup melayu'...Tapi semuanya itu palsu belaka...

Apa pun yang terjadi,'hadapilah dengan senyuman'...semua yang terjadi ini adalah 'peringatan' Tuhan buat kita umat Melayu di Pulau Pinang...Sesudah berdarah barulah 'tersedar' dari tidur yang panjang...selama ini hanya kekayaan dan perempuan sahaja di bicarakan...kini semuanya sudah hilang...

Apa pun yang berkuasa,pastikan Islam dan Melayu di Pulau Pinang ini terbela...yang dok merapau tu biarlah mereka dengan dunia mereka.

Apapun,sekali lagi nih...Syabas dan Tahniah buat Mufti Pulau Pinang kerna berani menyatakan akan kebenaran Islam yang sebenarnya....Setidaknya ia menunjukkan akan Pemerintahan di Pulau Pinang ini tidak 'menganggu' kerja-kerja Mufti...Terima Kasih juga di atas 'sokongan' Prof Madya Dr Mohd Asri kerna menyatakan sokongan 'terang' anda dalam 'membumikan Al-Quran dan Sunnah' di Pulau Pinang ini...InsyaAllah,mudah-mudahan adat melayu selama ini yang membelenggu fikiran Umat Islam dapat di jelaskan lagi...

'Islam itu bersumberkan Al-Quran dan Sunnah,bukannya Kerajaan dan Pemerintah'

Wassalam..


0 comments:

Post a Comment