Pages

Saturday, November 21, 2009

Di Manakah Kesudahan


Salam 2 all.


Sejak 'penahan' Dr Asri makin semakin popularlah insan yang melakukan perubahan ini...Itu bagus namanya.


Terbaru ialah 'jemputan' beliau dalam al-kuliyah. Rakaman jer...Bagus la gak tu..langkah pertama katakan...


Yang tak bestnya kenapala rancangan ini perlukan rakaman,kenapa tidak di buat secara live jer,baru kita tahu 'pokok pangkal' akan ketulusannya...comfirm ada part yang kena edit punya. Entahla di mana la yang di katakan kejujuran dan keterbukaan selama ini yang di kompangkankan bernada demokrasi ...Dalam hal ini P.Ramli telah mendahulukannya dengan istilah

'Demokrasi Terpimpim'...- petika 3 Abdul


Mungkin alasan mereka nanti, 'adengan' yang tak sepatutnnya akan keluar...Biasala tu kan. Demi menjaga kepentingan pihak tertentu maka kebenaran perlu di sembunyikan...Standard Pemerintahan katakan.


Setidaknya dengan wujudnya kes Dr Asri ini,maka minda penganut Islam lebih terbuka akan kebenaran yang sebenarnya..Ini lah yang di katakan kuasa Tuhan.


Malah sambutan dari masyarakat adalah luar biasa dalam kes ini termasuklah para artis-artis di tanah air...lepas ni senanglah nak berdakwah kan...Kuasa Tuhan...


Berharap dengan tersebarnya isu panas ini maka orang akan lebih mengenali Islam dan tahu bilakah fahaman Wahabi ini wujud,setidaknya rakyat Malaysia akan lebih mencari akan hakikat dan kebenarannya.


Akhir kata, Islam itu luas,jangan sempitkannya,malah ia memang sesuai sepanjang zaman. Itulah yang di katakan mukjizat agung yang di gendong (di bawa) oleh Rasulullah S.A.W.

Bertuahnya rasa menjadi umat Muhammad B Abdullah.


Ada mata lihat,ada telinga dengar....ada buku bacalah...

Friday, November 20, 2009

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu

Tersentap jiwa....


Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam."Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin. "Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh."Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

- di petik dari Malaysiakini.com

Wahai insan yang di berikan amanah Tuhan. Bantulah adik kita ini semaksima yang mungkin.

Thursday, November 19, 2009

Dr Asri di dakwa.


Salam 2 all.


Seperti yang telah di tetapkan Dr Asri iaitu mantan mufti Perlis telah pun selamat di dakwa pada kelmarin harinya iaitu pada 18.11.2009.


Seperti yang telah di sangkakan berduyun lah peminat dan pegikutnya telah memberi sokongan padu dengan turut serta menghadirkan diri dalam menyatakan sokongan. Keputusan permulaan telah di jangka kan dengan menunda kes itu pada tarikh berikutnya...biasa la standard makhamah...


Isi pati pada 'trial' pertama tu malas la nak di kupaskan kerana kupas buah pelam lagi best kan.


Sokongan yang beliau terima amat baik sekali ,kalau la beliau menjadi calon pilihanraya memang comfirm menang punya...Menariknya terlihat kelibat beberapa pemimpin rakyat dan artis yang hadir. Terkesima jugak la bila melihat Azwan Ali iaitu abang kepada Umi haflida juga turut hadir...Siapa Umi Haflida lu orang ingatla sendiri...


Tak ketinggalan juga hero keadilan iaitu saudara Bro Zulkifli Nordin juga turut menyatakan sokongan. Shahidan Kasim juga turut menghadirkan diri bagi menyatakan sokongan. Inilah yang di katakan hebatnya pembawa risalah 'Rasullullah'..semoga Tuhan merahmati anda semuanya.


Memandangkan malas untuk mengupas apa yang terjadi di makhamah kerna kebosanan melihat akan 'tindakan bodoh' JAIS dalam melaksakan tugas.


Pelik bebenar la JAIS ni,kenapala isu tauliah tu di jadikan hal untuk menahan Dr Asri. Adakah beliau ketegori golongan sesat?...Seperti yang telah di huraikan oleh Dr Asri bahawa terdapat tangan ajaib di sebalik penahan beliau adalah logik . Lebih baik mereka menyerbu pusat hiburan adalah lebih baik.


Seorang bekas Mufti,pensyarah,malahan seorang yang memiliki Doktor Falsafah di jadikan sasaran mereka...apa kejadahnya JAIS ni...


Kesan tindakan ataupun 'effect' tindakan bodoh JAIS ini sebenarnya memberi kesan mendalam kepada pertubuhan khasnya agama Islam itu sendiri. Masyarakat bukan Islam mungkin akan 'pening' akan Islam bilamana sebuah jabatan yang mewakili Islam menahan seorang Islam yang nak tunaikan tanggungjawabnya. Sedarlah bahawa nanti yang bukan Islam akan mengatakan 'sesama' mereka sendiri pun bertelagah,mcm mana nak kata kan yang Islam itu hebat...renung-renungkanlah sejenak.


Inilah yang di katakan umat-umat yang 'buih'...Orang yang nak buat kerja Rasullulah di tahan,Orang yang buat kerja setan di biarkan...


Berharap agar kes ini dijadikan pengajaran berguna buat kita terutamanya jabatan yang berkaitan dengan Islam, buatlah kerja berdasarkan suruhan Tuhan dan bukannya suruhan 'malaun-malaun' yang berkepentingan.


Ada mata lihat,ada telinga dengar ada otak lu pikir...


'Yang baik itu dari Tuhan,yang buruk itu dari aku sendiri'


Semoga Tuhan memberkati Dr Asri.

Tuesday, November 17, 2009

Mengundi Lagi - Kota Siputeh

Salam 2 all.

Maka dengan rasminya DUN Kota Siputeh telah di isyitiharkan kosong oleh Makhamah Tinggi Kuala Lumpur . Maka pilihanraya kecil (PRK) wajib di adakan.

Kekosongan oleh perintah makahamah DUN itu membuktikan kerajaan negeri Kedah telah bertindak mengikut saluran undang-undang yang betul,walau pun sebelum ini di kritik hebat oleh UMNO amnya. Secara tidak langsung ia melambangkan kejujuran dan ketelusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ustaz Azizan.

Maka melompat la UMNO bila mana satu dunia tahu bahawa Ustaz Azizan telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan betul.

Dengan adanya PRK dun ini,maka ia adalah satu peluang PR untup menutup mulut BN yang selama ini dengan bangganya ekeron kemenangan mereka di Bagan Pinang sebelum ini. Selepas kemenangan mereka itu,maka semakin rancaklah mereka berbicara hinggakan PR bagaikan terkena buah 'knock out' dari mereka...Sedikit sebanyak ia telah 'menghuru-hara' kan sedikit kem PR.

Kini medan pertempuran telah di buka kembali. Dulunya Bagan Pinang telah menyaksikan sedikit 'kelemahan' kita,maka wajarlan Kota Siputeh di 'repair' kembali bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kita.

Jadikan kekalahan di Bagan Pinang itu sebagai pengajaran terbaik bagi kita bagi merampas kerusi DUN Kota Siputeh dari cengkaman BN.

Secara tidak langsung 'radio-radio' buruk UMNO selama ini dapat di diamkan buat selamanya. Buat pendukung PR,inilah medan kita membalas dendam kepada BN dan UMNO untuk kita menebus balik kekecewaan kita di Bagan Pinang yang lepas.

Buang yang keruh ambil yang jernih...

Walaupun kedengaran bahawa Najib mewakili BN akan membuat rayuan 'kekosongan' kerusi tersebut,janganlah kita terperangkap dengan permainan politik UMNO yang semakin 'cerdik sedikit'. Persetankan semua itu...

Kalau Najib betul-betul yakin bahawa rakyat menerima kembali UMNO selepas kemangan di Bagan Pinang,mengapa perlu membuat rayuan...Kita 'lawan' secara 'lelaki sejati'.

...Jumpa kita semua di Kota Siputeh...

Zulkifli Nordin MP PR terbaik.


Salam 2 all.


Sejak minggu lalu Saudara Zulkifli Nordin telah mamanaskan sedikit suasana demi menyatakan penderian dan haknya sebagai pemimpin rakyat...tetapi malangnya, ada di antara rakan seperjuangan 'menggunakan' kesempatan yang ada bagi menghentam beliau. Malangnya insan yang 'hentam' beliau adalah saudara selaliran dari PR sendiri iaitu dari keADILan.


Untuk pengetahuan kalian,saudara Zul adalah YB dari PR yang mendapat tempat di hati rakyat baik semua bangsa dan semua aliran politik.Ketokohan beliau di kagumi oleh pihak lawan.


Alasannya menghentan beliau ialah pertembungan beliau dengan saudara YB Sivarasa. Kekadang tu pelik la jugak dengan kengkawan terutamanya dalam keADILan sendiri,adakah mereka ini tak tahu permainan politik lawan,kenapa la cepat sangat melatah...


Tengoklah kedua-dua mereka dah pun setel 'kes' ini,secara gentelment lagi...Inilah sikap profesional yang di tunjukkan oleh YB dari keadilan - Keterbukaan dan Penyelesaian. Sikap inilah yang menggerunkan BN terutamuanya UMNO. Janganlah kita terutamanya sesama kita cepat sangat melatah dengan 'pukulan-pukulan' dari pihak musuh...Janganlah kita terikut sangat akan akan 'lagu dendangan' mereka. Mereka ni sebenarnya nak menjahanamkan kita.


Tak keterlaluan rasanya jika apa yang Ketua Umum itu sampaikan bukanlah ditujukan kepada YB Zul,tapi kepada kita semua. Lihatlah apa yang berlaku dalam keADILan sekarang hinggakan Ketua Umum sendiri dah bersuara. Kekadang tu malas nak kata sebab,yang ada hari ini semuanya cakap jer pandai,tapi perlaksanaan macam haram...


Sedarlah,rakyat dan lawan sedang memerhati gerak kita. Renungilah balik,di manakah matlamat perjuangan kita sebelum ini. Hanya cakap,tapi perlaksanaan entah ke mana.


Pakat-pakatlah muhasabah diri kita kembali. Kembalilah kita kita semua kepada perjuangan kita yang asal. Janganlah mencari kesalahan kawan-kawan kita saja...Teringat kata Tariq Bin Ziyad: Jika kami silap,buat lah teguran,tapi teguran itu biarlah mengikut saluran yang telah di tetapkan oleh perlembagaan.


Kalau tak boleh ikut perlembagaan..sila lah jalan...


Akhir sekali, MP Zul adalah di antara yang terbaik...menyatakan kebenaran berlandaskan undang-undang dan perlembagaan..Media yang cari beliau bukan beliau yang mencari media...


Ingatlah peluang datang hanya sekali..Gunalah sebaik mungkin kerna PRU13 bukan lama lagi pun..Jangan sampai bila rakyat dah hilang keyakinan barulah nak datangnya penyesalan...


-Nanti UMNO akan katakan,reformasi dah basi-


'sesudah berdarah,baru lah ku sedar,yang ku sangkakan intan hanyalah kaca'


Salam perjuangan...

Monday, November 16, 2009

Tajaan Ke Mekah

Salam semua.

Kebelakangan ni sibuk la media 'kompangkan' isu penajaan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) ke Mekah...

Bagi aku mudah jer...ia menunjukkan 'kebangangan' tersangat UMNO dalam mencari kesilapan TGNA. Betapa 'sangap'nya UMNO bila penajaan ini di jadikan isu untuk mensasaikan berita ini. Macam la TGNA itu 'melahap' sangat dengan harta...Bengong betui la puak-puak UMNO ini...

Kenapa la masa penajaan 'Korban Perdana' masa zaman Tun Abdullah itu tak 'dicanangkan' seluruh pelusuk Malaysia...Malah ia di taja plak oleh DIGI...Pergi la siasat kes itu...

Kekadang tu pening jugak dengan UMNO yang semakin meracau hinggakan 'kecik' punya hal pun di sensasikan...

Lagi lama menulis isu ni semakin meluat lagi dengan UMNO ni..

So kesimpulanya mudah saja, Insan yang menaja tu ikhlas dan ingin 'menyumbangkan' sedikit hartanya buat pemimpin ulama tersohor di negara kita ni...Salahkah...

Bagaimana plak dengan isu Rasuah yang nyata...

Sunday, November 15, 2009

"Kawan"

Salam semua...

Blog aku kini sudah berwajah baru,nama pun baru- bak kata pepatah terkini 'penjenamaan semula'...betul ka...hentam saja la labu...

Tapi aku berharap pada diri aku semangat menulis terpendam aku kian membara semula. Dulu agak aktif la jugak,sejak 'peristiwa' 060209 aku bagaikan hilang arah, tak ketahuan aku seketika di buatnya...Tak seketika la tu..hampir 9 bulan aku merana akan kerna peristiwa itu,minda aku seakan 'terbreak' seketika...Syukur pada Tuhan kerna masih berikan aku kekuatan dalam menghadapi 'sekelumit' dugaan dariNYA...

Terduduk juga aku di buatnya akan peristiwa itu...Hanya kengkawan dekat jer yang tahu 'peristiwa' itu...Padan Muka aku...hehehe

Aku pun kekadang juga tak akan faham akan diri aku ni...Naper la yang aku ni minat sangat dengan politik...Boleh di katakan aktif juga tu,hinggakan jawatan penting juga di sandarkan pada aku,aku terima jer..siapa yang tak mahu kan...setidaknya 'keaktifan' aku selama di pandang kot...

Maka aku terima dan akan aku 'pikul' nya sebaik yang mungkin...teringat kata-kata Tariq Bin Ziyad: Jawatan yang di berikan adalah amanah dan ia bukan untuk di megah,jika kami buat kesilapan buatlah teguran.

Kalam aku plak: Kami berjuang bukan utk mendapatkan pujian,tapi hanya untuk mendapatkan keredhaan Tuhan....hehehehe,mcm bagus jer aku ni....entahla...

Apapun akan ku terima amanah yang di berikan ini sebaik mungkin,bak kata Che'Guara: Perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata.

Terlebih plak aku melalut ini. Apa pun aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada seseorang yang mana kehadiran dia dalam hidup aku telah memberi sedikit 'oksigen' terbaik kepada aku..
Siapa dia,cukup lah kiranya aku nyatakan ia adalah 'Cik Zai' kerna dia adalah 'kawanku' (hehehehe) yang hebat pernah aku jumpa. Orangnya kaya dengan budi bahasa,cool dan insan yang 'hebat' aku jumpa setakat ni...

Dia lah yang membantu aku dalam 'mencantikkan' blog aku setakat ni...kalau nak harapkan aku,rasa nya tak 'up to date' lah blog aku sebelum ni.

Dengan ada insan 'cik zai' maka bertambah 'rancaklah' blog aku lepas ni...Terror (bukan terror department yer) dalam IT dan tak kedekut ilmu orangnya...Mudah-mudahan cita-citanya mendapat gelaran 'Dr' tercapai secepat mungkin...AMIN...

Aku rasa cukup buat kali ini...Rasa nya 'tonik' untuk aku sudah kembali...

Syukur pada Tuhan kerna masih sayangkan aku...
Berilah aku kesempatan untuk bertaubat dan kembali kepangkal jalan yang di kehendaki oleh Mu...
Berikanlah aku petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar sebenarnya...
Ampunilah segala dosa-dosa ku
Berikanlah aku kekuatan dan kesempatan untuk berbakti ke 'jalanMu'
Aku takut akan siksaan Mu Yang Amat Pedih...

Salam Perjuangan