Pages

Tuesday, November 17, 2009

Mengundi Lagi - Kota Siputeh

Salam 2 all.

Maka dengan rasminya DUN Kota Siputeh telah di isyitiharkan kosong oleh Makhamah Tinggi Kuala Lumpur . Maka pilihanraya kecil (PRK) wajib di adakan.

Kekosongan oleh perintah makahamah DUN itu membuktikan kerajaan negeri Kedah telah bertindak mengikut saluran undang-undang yang betul,walau pun sebelum ini di kritik hebat oleh UMNO amnya. Secara tidak langsung ia melambangkan kejujuran dan ketelusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ustaz Azizan.

Maka melompat la UMNO bila mana satu dunia tahu bahawa Ustaz Azizan telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan betul.

Dengan adanya PRK dun ini,maka ia adalah satu peluang PR untup menutup mulut BN yang selama ini dengan bangganya ekeron kemenangan mereka di Bagan Pinang sebelum ini. Selepas kemenangan mereka itu,maka semakin rancaklah mereka berbicara hinggakan PR bagaikan terkena buah 'knock out' dari mereka...Sedikit sebanyak ia telah 'menghuru-hara' kan sedikit kem PR.

Kini medan pertempuran telah di buka kembali. Dulunya Bagan Pinang telah menyaksikan sedikit 'kelemahan' kita,maka wajarlan Kota Siputeh di 'repair' kembali bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kita.

Jadikan kekalahan di Bagan Pinang itu sebagai pengajaran terbaik bagi kita bagi merampas kerusi DUN Kota Siputeh dari cengkaman BN.

Secara tidak langsung 'radio-radio' buruk UMNO selama ini dapat di diamkan buat selamanya. Buat pendukung PR,inilah medan kita membalas dendam kepada BN dan UMNO untuk kita menebus balik kekecewaan kita di Bagan Pinang yang lepas.

Buang yang keruh ambil yang jernih...

Walaupun kedengaran bahawa Najib mewakili BN akan membuat rayuan 'kekosongan' kerusi tersebut,janganlah kita terperangkap dengan permainan politik UMNO yang semakin 'cerdik sedikit'. Persetankan semua itu...

Kalau Najib betul-betul yakin bahawa rakyat menerima kembali UMNO selepas kemangan di Bagan Pinang,mengapa perlu membuat rayuan...Kita 'lawan' secara 'lelaki sejati'.

...Jumpa kita semua di Kota Siputeh...

0 comments:

Post a Comment