Salam 2 all.
Sejak minggu lalu Saudara Zulkifli Nordin telah mamanaskan sedikit suasana demi menyatakan penderian dan haknya sebagai pemimpin rakyat...tetapi malangnya, ada di antara rakan seperjuangan 'menggunakan' kesempatan yang ada bagi menghentam beliau. Malangnya insan yang 'hentam' beliau adalah saudara selaliran dari PR sendiri iaitu dari keADILan.
Untuk pengetahuan kalian,saudara Zul adalah YB dari PR yang mendapat tempat di hati rakyat baik semua bangsa dan semua aliran politik.Ketokohan beliau di kagumi oleh pihak lawan.
Alasannya menghentan beliau ialah pertembungan beliau dengan saudara YB Sivarasa. Kekadang tu pelik la jugak dengan kengkawan terutamanya dalam keADILan sendiri,adakah mereka ini tak tahu permainan politik lawan,kenapa la cepat sangat melatah...
Tengoklah kedua-dua mereka dah pun setel 'kes' ini,secara gentelment lagi...Inilah sikap profesional yang di tunjukkan oleh YB dari keadilan - Keterbukaan dan Penyelesaian. Sikap inilah yang menggerunkan BN terutamuanya UMNO. Janganlah kita terutamanya sesama kita cepat sangat melatah dengan 'pukulan-pukulan' dari pihak musuh...Janganlah kita terikut sangat akan akan 'lagu dendangan' mereka. Mereka ni sebenarnya nak menjahanamkan kita.
Tak keterlaluan rasanya jika apa yang Ketua Umum itu sampaikan bukanlah ditujukan kepada YB Zul,tapi kepada kita semua. Lihatlah apa yang berlaku dalam keADILan sekarang hinggakan Ketua Umum sendiri dah bersuara. Kekadang tu malas nak kata sebab,yang ada hari ini semuanya cakap jer pandai,tapi perlaksanaan macam haram...
Sedarlah,rakyat dan lawan sedang memerhati gerak kita. Renungilah balik,di manakah matlamat perjuangan kita sebelum ini. Hanya cakap,tapi perlaksanaan entah ke mana.
Pakat-pakatlah muhasabah diri kita kembali. Kembalilah kita kita semua kepada perjuangan kita yang asal. Janganlah mencari kesalahan kawan-kawan kita saja...Teringat kata Tariq Bin Ziyad: Jika kami silap,buat lah teguran,tapi teguran itu biarlah mengikut saluran yang telah di tetapkan oleh perlembagaan.
Kalau tak boleh ikut perlembagaan..sila lah jalan...
Akhir sekali, MP Zul adalah di antara yang terbaik...menyatakan kebenaran berlandaskan undang-undang dan perlembagaan..Media yang cari beliau bukan beliau yang mencari media...
Ingatlah peluang datang hanya sekali..Gunalah sebaik mungkin kerna PRU13 bukan lama lagi pun..Jangan sampai bila rakyat dah hilang keyakinan barulah nak datangnya penyesalan...
-Nanti UMNO akan katakan,reformasi dah basi-
'sesudah berdarah,baru lah ku sedar,yang ku sangkakan intan hanyalah kaca'
Salam perjuangan...
0 comments:
Post a Comment