Salam 2 all.
Seperti yang telah di tetapkan Dr Asri iaitu mantan mufti Perlis telah pun selamat di dakwa pada kelmarin harinya iaitu pada 18.11.2009.
Seperti yang telah di sangkakan berduyun lah peminat dan pegikutnya telah memberi sokongan padu dengan turut serta menghadirkan diri dalam menyatakan sokongan. Keputusan permulaan telah di jangka kan dengan menunda kes itu pada tarikh berikutnya...biasa la standard makhamah...
Isi pati pada 'trial' pertama tu malas la nak di kupaskan kerana kupas buah pelam lagi best kan.
Sokongan yang beliau terima amat baik sekali ,kalau la beliau menjadi calon pilihanraya memang comfirm menang punya...Menariknya terlihat kelibat beberapa pemimpin rakyat dan artis yang hadir. Terkesima jugak la bila melihat Azwan Ali iaitu abang kepada Umi haflida juga turut hadir...Siapa Umi Haflida lu orang ingatla sendiri...
Tak ketinggalan juga hero keadilan iaitu saudara Bro Zulkifli Nordin juga turut menyatakan sokongan. Shahidan Kasim juga turut menghadirkan diri bagi menyatakan sokongan. Inilah yang di katakan hebatnya pembawa risalah 'Rasullullah'..semoga Tuhan merahmati anda semuanya.
Memandangkan malas untuk mengupas apa yang terjadi di makhamah kerna kebosanan melihat akan 'tindakan bodoh' JAIS dalam melaksakan tugas.
Pelik bebenar la JAIS ni,kenapala isu tauliah tu di jadikan hal untuk menahan Dr Asri. Adakah beliau ketegori golongan sesat?...Seperti yang telah di huraikan oleh Dr Asri bahawa terdapat tangan ajaib di sebalik penahan beliau adalah logik . Lebih baik mereka menyerbu pusat hiburan adalah lebih baik.
Seorang bekas Mufti,pensyarah,malahan seorang yang memiliki Doktor Falsafah di jadikan sasaran mereka...apa kejadahnya JAIS ni...
Kesan tindakan ataupun 'effect' tindakan bodoh JAIS ini sebenarnya memberi kesan mendalam kepada pertubuhan khasnya agama Islam itu sendiri. Masyarakat bukan Islam mungkin akan 'pening' akan Islam bilamana sebuah jabatan yang mewakili Islam menahan seorang Islam yang nak tunaikan tanggungjawabnya. Sedarlah bahawa nanti yang bukan Islam akan mengatakan 'sesama' mereka sendiri pun bertelagah,mcm mana nak kata kan yang Islam itu hebat...renung-renungkanlah sejenak.
Inilah yang di katakan umat-umat yang 'buih'...Orang yang nak buat kerja Rasullulah di tahan,Orang yang buat kerja setan di biarkan...
Berharap agar kes ini dijadikan pengajaran berguna buat kita terutamanya jabatan yang berkaitan dengan Islam, buatlah kerja berdasarkan suruhan Tuhan dan bukannya suruhan 'malaun-malaun' yang berkepentingan.
Ada mata lihat,ada telinga dengar ada otak lu pikir...
'Yang baik itu dari Tuhan,yang buruk itu dari aku sendiri'
Semoga Tuhan memberkati Dr Asri.
0 comments:
Post a Comment