Pages

Friday, February 25, 2011

Revolusi dan Kuasa Rakyat

Salam 2 all.

Kini dunia Arab saemakin bekecai,satu demi satu negara Arab menuju kehancuran pentadbiran,bermula dengan Tunisia,Mesir dan kini Libya pulak yang menuju kehancuran pentadbiran.

Libya di pimpin oleh Muammar Ghadafi kini berdepan dengan ketidak puashatian rakyatnya. Rakyatnya kini dah 'melugai' akan kepimpinannya kini mula bangkit meyatakan akan betapa 'melugainya' mereka kepada pimpinan mereka.

Yang paling menarik apabila kita semua di khabarkan dengan 2 orang pilot yang sanggup menjahanamkan 'jet pejuang' demi rasa sayang mereka kepada rakyat. Pilot tersebut telah ingkar dengan dengan arahan Muammar Ghadafi yang 'mengarahkan' pilot tersebut menghancurkan rakyat Libya,tetapi pilot tersebut masih mempunya hati dan perasaan 'kemanusiaan'...inilah yang di katakan sanggup bekorban demi 'nyawa-nyawa' insan yang tidak berdosa....Tahniah buat 2 orang pilot yang 'berhati manusia' tersebut.

Haruslah di ingat bahawa kuasa rakyat memang kuasa keramat...buat pemimpin di atas sama ada BN ataupun PR haruslah memandang akan kebenaran 'kalam' kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Lihatlah akan 'letusan' kuasa rakyat yang kian memuncak melanda negara-negara Arab,jadikan ia sebagai pedoman dalam memimpin sesebuah negeri atau negara.

Sedarlah akan 'pengetahuan' rakyat akan situasi semasa kini. Kita bukan berada di era 90 an lagi...kita berada di era melinium,era yang penuh dengan 'lambakan maklumat' maya..kini rakyat tak perlu lagi keluar mencari maklumat kerna semua maklumat hanyalah di hujung jari...

Kematangan rakyat Malaysia dalam menilai sesuatu kebenaran tidak dapat di dangkal lagi,rakyat sekarang mempunyai minda 'keterbukaan' ataupun dalam bahasa yang canggih ialah 'liberal thinking'...

Syabas buat rakyat Malaysia....

What ever situation,hadapilah dengan senyuman..Guna kan kuasa mengundi anda dalam membuat 'hukuman'...sedarkan pemimpin yang 'sedang tidur' itu.....

Wassalam.

Saturday, February 5, 2011

PAS dan PKR Biadap?

Salam 2 all...

Apa ka Jadah statement yang di keluarkan oleh Pemuda Gerakan Kedah ni....Adakah beliau kehabisan modal politik atau nak menonjolkan dirinya...itulah yang aku fikirkan tatkala beliau mengatakan PKR dan PAS biadap bila berdemo pada cuti CNY....

Maklumat penuh: http://www.malaysiakini.com/news/155237

Kekadang tu aku terfikir jugak la dengan golongan ni,apa motif beliau mengeluakan statement yang agak kurang bijak..adakah beliau sebenarnya nak 'mentujukan' kepada Melayu?...Bagi aku demo ini sebenarnya di lakukan selepas umat Islam selesai menjalan kan 'Solat Jumaat'...mengapa dia tak masukkan DAP sekali dalam statment beliau ni yek...Jangan bermain dengan api bro dan jangan menimbulkan isu perkauman...Aku secara jujur 'berbaik sangka' dengan kenyataan beliau...Aku harap beliau tak tujukan kenyataan biadap ini kepada Melayu...

Dalam berpolitik berbagai taktik di gunakan dalam menarik perhatian rakyat dalam 'menyokong' tapi berpolitik secara ilmiah la brother,jangan mainkan isu perkauman...sudahla sejak dua menjak ni ada taktik perkauman di gunakan,tapi syukur pada Tuhan kerna masih 'mengawal' akan keadaan supaya tidak berlaku huru-hara...

Sebagai contohnya PKK Tenang baru-baru ini,kenyataan Chua Soi Lek yang sedikit mengguris perasaan Islam berkaitan tindakan Calon PAS iaitu Cikgu Mala yang bersarung tangan bila berjabat dengan bukan muhrim...

Pesanan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang , berhati-hati dalam membuat kenyataan...Ingatlah bahawa rakyat kini celik dari segi politik dan IT...setiap tindakan serta tingkah anda rakyat perhatikan.

Jangan kerna 'survival politics' anda mengeluarkan statement yang kurang bijak.

Wassalam.

Thursday, December 30, 2010

Bola dan Cuti...

Salam 2 all.




Tahniah buat skuad bola sepak kebangsaan kerna telah berjaya menjadi juara Piala AFF. Walaupun piala ini tak la sehebat mana,tetapi setidaknya ia merupakan 'satu lonjakan' buat bola sepak Malaysia dan terutamanya peminat bola sepak negara.



Bola sepak negara selama ini telah mengalami 'kemarau' yang teruk hinggakan stadium menjadi lengang bila mana melibatkan perlawanan antara negeri. Mungkin dengan kemenangan ini bakal menjadikan stadium negara 'penuh' kembali bila Liga Malaysia bakal kembali tahun depan.



Bangga jugak bila melihat rakyat Malaysia kini kembali menyerung Jersey kebangsaan...Boleh di katan jualan jersey negara meningkat. Yang lebih membanggakan bila mana ia dah di jadikan baju untuk kita keluar ke shopping kompleks.



Hasil kemenangan yang di perolehi rakyat Malaysia di berikan cuti Umum pada 31.12.2010. Cuti memang bestkan....Inilah trend negara kita jika kita memperolehi sesuatu yang luar biasa. Mungkin cuti ini telah di duga oleh rakyat Malaysia,malah ada juga telah meramalkannya.



Tapi terdapat masalah di pihak industri. Masalah ia pekerja yang tidak di berikan cuti oleh majikan,ada pula yang menggantikan cuti pada hari lain, dan ada pula majikan tidak mahu membayar OT bagi yang bekerja pada hari tersebut...Bagi rakyat atau 'kilang man' ia memang best bila bercuti,tapi karenah majikan adakalanya membuat kita 'hempeh'...



Apa pun sebentar tadi Menteri Sumber Manusia telah 'meresmi' bahawa ia adalah cuti umum,majikan wajar membayar upah lebihan jika pekerja terpaksa bekerja pada hari tersebut. Jika majikan ingkar maka pekerja harus membuat laporan....

Bagus, syabas....Tapi jika pekerja membuat laporan,adakah tindakan akan di ambil...bersama kita tunggu dan lihat akan 'kebenaran' Menteri Sumber Manusia.






Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Beza Antara Menteri dan Rakyat.

Salam 2 all..

Kini di hebahkan cerita mengenai seorang Bapak Menteri yang merogol 'amah' dari Indonesia. Walaupun ia tidak di 'mainkan' di media massa di Malaysia,tetapi ia boleh di ketahui melalui blog-blog 'reformis'.

Kini semakin di hangat di perkatakan,tetapi siapakah 'gerangan' Bapak Menteri itu. Satu Malaysia kini sedang menantikan siapakah gerangan sebenar Menteri itu,dan yang lebih penting lagi apakah tindakan undang-undang akan di ambil terhadapnya.


Inilah undang-undang Malaysia,Jika dari kalangan pimpinan PR yang melakukannya maka dengan 'terkinilah' ia di sebarkan...Maka 'berita utamalah' akan isu ini. Tetapi memandangkan ia pemimpin di dalam 'saf' menteri kabinet, maka cerita ini 'di hidden' kan dari pengetahuan umum.

Tetapi pemimpin Malaysia yang 'kini' sebenarnya terlupa akan kecelikan rakyat Malaysia dalam penggunaan IT,mereka seolah buat tak tahu sahaja akan isu sensasi ini.

Tunggulah akan bahana yang bakal melanda...Rakyat kini sudah terasa akan 'double standard' undang-undang yang ada di Malaysia. Lihatlah beza antara Rakyat dan Menteri Kabinet,undang-undang berbezakan...Di manakah Prinsip Rukun Negara yang di perkatakan selama ini. Sedarlah Rakyat kini hanya menunggu masa dan ketika sahaja dalam menghukum pimpinan yang ada hari ini.

Buat menteri yang 'terbabit' itu, bersedialah anda untuk di hukum...siapa kah gerangan itu..nantikan akan 'wayang' yang bakal mereka mainkan....

Wassalam....

Thursday, November 11, 2010

Bestnya dunia Politik kan.

Salam 2 all.

Dah lama rasanya tinta ini tak melebarkan 'coretan'..mungkin di sebabkan iklim tanah air yang tak menentu keadaannya..bertambah la plak iklim politik yang semakin 'kepanasan' sedikit....

Panas kan...itulah hakikat yang perlu di terima oleh semua 'politikus' tanah air ...hakikat beb...

Yang paling aku suka ialah di mana Parti PKR iaitu parti yang memacu perubahan landskap politik sedikit bergelora..Media massa saban hari men 'spin' kan isu ini sehabisnya..bak kata pepatah, mengangguk di air yang keruh....itulah UMNO/BN...maka di ambil kesempatan sebaik mungkin bagi menyelamatkan 'survival' politik UMNO amnya...Umum mengetahui bahawa UMNO dan BN hanya menanti saat dan tika belah sahaja kerna keretakan semakin merebak...dalam memastikan 'kerekahan' itu tak dapat di lihat maka isu PKR iaitu musuh utama UMNO/BN ,maka kesempatan ini harus mereka gunakan sebaik mungkin...

Berbalik pada isu PKR yang menjadi topik panas di media massa,ia sebenarnya tiada apa pun...Ini lah yang di katakan keterbukaan dalam PKR...tak puas hati 'tembak' sahaja...jangan berselindung atau pun diam...ia boleh di umpamakan sebagai 'penyakit'...cegah dari awal sebelum ia merebak...bila merebak susah lah nanti untuk di ubati...jangan kita jadi seperti UMNO yang mana 'barah' mereka kini sudah sampai ke tahap kronik..sukar di ubati...

Dalam 'masalah' dalaman yang melanda PKR,biarlah pihak 'pengurusan' besar duduk semeja dan berbincang akan 'masalah' sebenar yang di hadapi...cari jalan penyelesaian...dengar suara akar umbi..habis cerita....Maka semakin 'cantiklah' akan keterbukaan yang kita laungkan selama ini....

Isu besar yang melanda sebenarnya ialah antara Azmin dan Zaid...perbalahan adalah perkara biasa sebenarnya...bak kata cendiakawan Islam : " Hidupnya ilmu itu adalah muzakarah"...Maka dalam menyelesaikan perkara ini maka 'muzakarah lah" sahaja jalan penyelesaiannya...Bab di 'spinkan' oleh media BN/UMNO,ia perkara biasa...mereka inii sebenarnya hanya 'mengangguk di air yang keruh' sahaja...'persetankan' media BN/UMNO kerna ajal mereka semakin hampir kot...

Apa pun aku sebenarnya 'salute' dengan keterbukaan PKR yang bawakan ini...setidaknya kita dapat ketahui akan ketempangan yang kita 'miliki',maka kita haruslah secepat mungkin 'memperbaikinya' dari terus tenggelam di bawah arus...Bab akan kebenaran isu ini,rakyat Malaysia kini bijak menilai akan sesuatu yang berlaku...

Inilah ujian pertama yang harus kita semua lalui sebelum melangkah ke 'Putrajaya'...sebab,bila berjaya kesana,banyak lagi dugaan dan cabaran yang lebih besar bakal mendatang...bagi kau perkara yang berlaku ini kecil sahaja...

Pesanan buat 'calon-calon' yang bertelagah ini perkara biasa..dah masuk gelanggang maka 'bertarunglah secara sihat seperti yang telah 'di syaratkan'...Kami penonton kini sedang memerhatikan 'gerak langkah' anda...

Buat CheGuBard...teruskan momentum anda...kami bangga memiliki jiwa 'besar' anda....

Wednesday, September 29, 2010

Semakin Melampau...

Salam 2 all

Tadi aku 'tertengok' akan siaran milik kerajaan Malaysia iaitu TV3. Tersentuh dan menyentap hati aku bila mendapati 'Golongan Warga Emas' di Pulau Pinang di jahilkan oleh UMNO. Kesian aku kat pakcik-pakcik yang 'di jahilkan' sedemikian rupa oleh orang Melayu Islam yang jahil hukum agamanya,tetapi berlagak 'Alim' dalam hal agama.

Sakit hati aku di buat oleh mereka yang jahil bab agama tapi 'melacurkan' akan kesucian Islam itu. Sedih..sedih..sedih.... Itu la manusia yang rakus akan kuasa sanggup mengharamkan benda yang halal demi kepentingan politik dan demi kuasa....

Terlupa ka mereka akan sumbangan Genting iaitu syarikat judi terbesar kepada 'cukai' kerajaan...Macam mana pulak tu...kalau mcm tu haram la duit kakitangan kerajaan selama ni... lagi satu,kalau macam tu pekerja Surat Khabar tempatan seperti utusan Malaysia,Berita Harian dan sebagainya haram la....kenapa haram!..sebab syarikat judi ada mengiklankan 'nombor ramalan'...pastinya syarikat judi itu membayar untuk mengiklankan nombor ramalan tersebut...Pastinya duit yang didapati dalam syarikat tersebut HARAMKANNNNN...

Sedih aku lihat gelagat golongan yang kemaruk kuasa dalam bab ini...Yang Halal di haramkan...Walau bagaimana pun aku percaya kan akan pengetahuan Rakyat Malaysia...Mudah-mudahan mereka tahu siapa sebenarnya yang jahil dalam bab agama...Kekadang tu syukur sangat pada Tuhan kerna telah tunjukkan jalan kebenaran...

Nescaya suatu hari nanti UMNO akan di hina oleh masyarakat melayu yang mana selama ini mereka di tipu hidup-hidup oleh UMNO..Kesian kepada orang-orang lama kerna dengan mentah-mentah mereka di tipu..

" Perancangan Manusia tidak Sama dengan Perancangan Tuhan"

Wassalam...

Sunday, September 26, 2010

Politik Malaysia Semakin Menggila.

Salam 2 all.

Kini iklim politik kat Malaysia semakin menggila. Mana tak nya,semakin hari semakin 'keruh' di buatnya. Hinggakan hal peribadi di ungkit bagi menampakkan akan 'kejahatan' pihak lawan...Itu la politik yang melanda Malaysia sekarang ni.

Bila berbicara di kedai kopi besama 'kengkawan' mereka semua berasa akan sedikit 'kekotoran' yang jelas di lihat. Terbaru ialah mengenai isu 'Duit Warga Emas' berunsurkan judi...ish ish ish...sampai ketahapi itu isu 'di spin' kan...Cari la modal lain sikit...Tak ke 'bengong' namanya..Bukahkah kerajaan Malaysia juga ada mengambil cukai dari 'Genting'...macam mana plak tu...Itu la isu utama 'meje kopi' kami semalam...

Bagi pihak yang 'tak berparti' mereka juga rasa terkilan akan isu ini..bagi mereka mudah sahaja,adakah mereka tidak menyedari bahawa selama ini Geting juga 'memberi duit poket' tabung kerajaan. Golongan yang 'tak berpati' sebenarnya dah dapat mula rasakan bahawa golongan ' yang membuat tuduhan' seperti hilang arah...kerna isu yang tak sepatutnya di mainkan,di jadikan modal politik...Kekadang tu kesian juga kepada golongan yang memainkan isu ini kerna takut seperti isu yang di mainkan oleh KMA berulang kepada mereka.

KMA adalah persatuan yang mengutip duit para peniaga di KOMTAR,bila jadi isu ini tak la persatuan ini 'teruk' kerna mereka hanya melibatkan peniaga di KOMTAR sahaja,tetapi kalau UMNO plak,aku takut suatu hari nanti UMNO akan kehilangan kepercayaan melayu kelak.

Kekadang tu terfikir jugak,kalau nak 'menembak' biar la tepat kesasaran,takut nanti kalau tak tepat kesasaran nanti kita plak akan di serang...mana tahu nanti serangan yang dilakukan lebih dasyat...Fikirkan semua itu.

Sepatutnya 'orang politik' haruslah 'liberal' dalam berpolitik..jangan sempitkan politik itu hingga menampakkan akan 'kejahilan' kita kelak. Sedarlah bahawa rakyat kini 'celik politik' bukan seperti dahulu...maklumat dapat di akses begitu cepat lagi hingga tak dapat di kawal lagi keadaanya...

Janganlah kita berpolitik hinggakan menampakkan akan kejahilan kita...

Wassalam.